apa yang dicari??

Thursday, April 30, 2009

balas budi dengan doa

ini mungkin entry terakhir..sebabkan aku tak berapa sihat hari ini..dari tadi asyik terbersin..disebabkan selesema..

aku yakin dan percaya..dalam kehidupan bermasyarakat..kita tak terlepas daripada berbudi dan menerima budi daripada orang lain..betul tak???..tak kira la sama ada di rumah..pejabat..melalui jiran tetangga dan sebagainya..mahu tak mahu..kita kena belajar berbudi dan menerima budi dari orang lain..

berbudi tak semestinya dengan wang ringgit..tapi kita juga boleh berbudi dengan membantu atau menolong orang yang dalam kesusahan..tunjuk ajar..nasihat..sokongan dan macam-macam lagi..

manakala membalas budi..tidak semestinya dengan menabur kebaikan yang sama..tetapi memadai juga..kita membalas budi orang yang telah berbudi dengan kita..dengan cara BERDOA..kita mendoakan kebaikan untuk si budiman..

Sabda Rasulallah SAW yang bermaksud :- "Sesiapa yang berbuat baik kepada kamu maka hendaklah kamu membalasnya. kalau kamu tidak berdaya membalasnya..berdoalah selalu baginya sehingga kamu mengetahui bahawa kamu telah berterima kasih kepadanya..kerana ALLAH sentiasa membalas kebaikan orang yang berbuat baik dan mengasihi orang yang bersyukur" Hadith riwayat Tabrani

mudah sangatkan kita nak balas budi orang yang berbudi kepada kita??..tetapi kenapa susah sangat kita nak mengucapkan TERIMA KASIH kepada orang yang telah berbudi kepada kita???so..renung-renungkan..dan fikir-fikirkan lah ya bersama..

oklah..aku nak berehat..sebab badan tak sihat..doakan agar aku kembali sehat..salam sejahtera..

Laksanakan 4 perkara..

salam to all readers n followers..

di sini ada sedikit petua kepada anda semua..sesiapa yang inginkan kematian dengan selamat daripada seksaan, laksanakan 4 perkara ini..dan tinggalkan 4 perkara ini...

LAKSANAKAN..

1) banyakkan bersedekah
2) menjaga solat 5 waktu
3) banyakkan membaca Al-quran
4) banyakkan bertasbih

TINGGALKAN..

1) pendustaan
2) pengkhianatan
3) sifat adu domba/ fitnah memfitnah
4) sifat membuang air kencing sembarangan

semoga kita dapat manfaat bersama dengan entry ini..jika ingin sebarkan kepada yang lain..silakanlah..

happy labour's day

salam kepada semua warga yang bekerja..esok merupakan satu public holiday kepada semua warga yang bekerja..tak kira la kerja kerajaan atau swasta..semua gembira dengan hari pekerja..apatah lagi..murid-murid sekolah..sebab cuti 3hari..

tapi aku agak kurang gembira..kerana aku sekarang ini..diserang demam selesema..sejak hari rabu hari tu..semua kerja aku lakukan..tak menjadi dan tak berapa happy..disebabkan demam ini juga..aku terlepas nak makan satay kajang malam ni..aduh laa..

sebenarnya esok..aku nak berjumpa dengan bakal mak mertua..tapi dengan keaddan macam ni..mungkin tak jadi kot..dengan selesema..dan pening kepala ni..confirm..nanti ibu tersayang akan menjadi dee jay radio..bila aku nak pergi berjumpa dengan bakal mak mertua..

tadi pun..semasa pergi mesyuarat di jelebu..kawan aku yang drive kereta..pergi dan balik..sebab aku tak berapa sehat sekarang ini..

akhir kata..selamat menyambut hari pekerja..semoga selepas ini..semua warga kerja..kerjalah dengan penuh dedikasi..tingkatkan lagi kualiti kerja anda..yang tak bercuti..bekorban la untuk company anda..SELAMAT HARI PEKERJA..

"surat cinta"

salam..kali ini aku nak postkan entry berkaitan dengan surat cinta..hahaha..biasanya orang pasti teruja apabila menerima surat yang dikirimkan oleh posmen..apatah lagi..surat yang berdaftar..hari ini..aku pun menerima 2pucuk surat cinta..yang dikirmkan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban Cawangan Trafik..


hahaha..itulah surat cinta untukku..jenis kesalahan yang dibuat ialah..memandu melebihi had laju..kui kui kui..padan muka dengan aku..tapi kereta yang disaman tu..bukan lah my white pearl..akan tetapi NCB 8487..kereta perodua viva..milik adik aku..yang didaftarkan atas nama aku..huhuhu...


kalau ikutkan..yang memandu pada masa itu..adalah aku..so kena laa pergi IPD untuk buat rayuan dan bayar saman..tapi tak mengapa..kawan-kawan ramai..boleh tolong..kalau tak dapat yang di Seremban..aku pergi ke IPD Sepang..kalau tak gak dapat..aku pergi la Bukit Aman..untuk menyelesaikan saman-saman ini..huhuhu..


kepada semua pemandu kenderaan dan penunggang motosikal..patuhilah undang-undang jalanraya..untuk keselamatan korang jugak..

aku merindui mu!!!!


wei..tolong lah aku..huhu..aku rindukan dia..rindu sangat-sangat..dah seminggu tak pelok, belai dan bawak dia bersama aku..
selalunya..kemana sahaja aku pergi..mesti aku bawa bersama..tak kira kemana..sampai ke toilet pun..mesti aku bawa juga..(ini kalau waktu aku bekerja la..kalau kat rumah..aku letak la kat atas meja je..)..bila waktu pagi..dia yang kejutkan aku..tapi kini..dah seminggu aku tak rasa macam tu..aduh laa..sampai bila aku nak tunggu ni..
hahaha..korang mesti ingat aku rindu kat cik adik aku kan???memang rindu jugak aku kat dia..tapi kat sini..aku maksudkan..telefon kesayangan aku..sony ericsson c905 aku..dah seminggu aku hantar repair..sebab sound dia tak ada..ntah bila nak siap tak taw la..sebab phone tu kena hantar kilang balik..coz masih ada warranty..

aku merindui mu!!!

aduh laa..dah la segala aktiviti harian aku..kurang bermakna..sebab tak dapat nak ambil gambar..phone yang dibagi pinjam nokia 6233 ni..kurang kualiti gambarnya..serba tak kena dibuatnya..bila berjauhan dengan C905 ni..

Meeting Pengurusan Kursus Pemantapan Akidah dan Kecemerlangan Diri Siri 2/2009

salam..hari ini aku dan 2orang rakan aku telah pun menghadiri satu mesyuarat pengurusan berkaitan dengan aktiviti yang bakal diadakan pada 22 Mei ini..meeting itu berkisar tentang pengurusan, perlaksanaan dan budget program..

aku yang ketika ini tidak berapa sehat..dengan menggunakan segala tenaga yang ada..pergi juga ke tempat mesyuarat..nasib baik kawan aku yang drive..hehehe..kami tiba awal 10minit dari masa yang dijanjikan..pukul 11pagi..

setibanya di sana..kami disambut oleh Pegawai Penguasa PPAJ..Al-fadhil Ustaz Mohd Kamel..dan kami terus dibawa ke pejabat..rupa-rupanya..beliau nak menunjukkan berita tentang diuploadkan di dalam web rasmi JAKIM..kalau nak tengok berita lanjut mengenai aktiviti siri 1..korang boleh klik pada link ini..http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=3978

sekian sahaja..

Sunday, April 26, 2009

2 hari lagi ulang tahun kelahiran danish aiman

hurm..tinggal 2 hari lagi..maka muhammad danish aiman..akan genap 3tahun..anak angkat abang aku yang sangat aku sayang..sekarang ni dia demam..panas badannya..dah semakin berkurangan..cuma batuknya sahaja..yang tak hilang-hilang lagi..cian dia..mungkin demam sebab nak membesar kot..aku pown tak tahu laa..asyik meragam sahaja..sekejap melalak..menangis..pening kepala aku dibuatnya..

muhammad danish aiman

sekarang ni..aku tengah fikir..hadiah apa yang sesuai untuk ku berikan kepadanya..sungguh memeningkan aku..untuk membuat pilihan..huhuhu..tolong laa bagi idea sikit..esok selepas kerja..senang aku nak belikan untuknya..hari selasa ini..birthday dia..

hari Ahad yang memenatkan...

salam to all readers..1stly sorry coz dah lama tak hantar ebtry baru..sebab aku agak busy sedikit baru-baru ini..huhuhu..tapi walau macam mana pun..aku tetap ingat kat korang semua..

hari ini..hari ahad..memang laa hari ahad..takkan jumaat pulakkan???huhuhu..biasa nya hari ahad atau hujung minggu..ramai yang ambil peluang untuk berehat bersama keluarga..dan teman-taman...tapi abgi aku lain pula ceritanya..

hari ini..hari yang memenatkan aku..huhu..apa taknya..aku dengan abang aku..bertungkus lumus..membasuh 4 buah kereta..hahahaha..kereta akak aku, kereta abang aku..kereta aku dan kereta adik aku..

memang dah macam kat car wash..pastu satu..satu..huhuhu..tapi enjoy jek basuh kereta ni..selain boleh main air..boleh bergurau senda..ngan abang aku..lalalala...

okies laa aku nak berehat sebentar..untuk hilangkan kepenatan aku..lagi jumpa..salamzzz

p/s:- photo tak dapat diletakkan bersama kerana..handphone aku sedang diperbaiki..harap maklum..

Tuesday, April 21, 2009

Minggu Ujian Bulanan Ke-2

hehehe..hari ini..hari yang paling best aku ke sekolah..tak perlu penat untuk mengajar..just jaga exam sahaja..huhuhu..

jadual ujian bulanan ke-2

sebenarnya..hari ini..sekolah aku mengadakan ujian bulanan ke-2..bermula hari ini hingga khamis..21-23.4.2009..sepatutnya..ujian ini diadakan minggu lepas..tetapi terpaksa ditanggguhkan..kerana ramai murid yang tiada..antaranya..50 orang pergi ke kursus..dan ada yang pergi main bola..

tekun menjawab

jawab ya..jangan tak jawab

tapi sebenarnya..jaga exam ni..bosan gak..huhuhu..nasib baik laa ada laptop dan broadband..sempat jugak aku online semasa menjaga exam tadi..huhuhu..dan sempat aku snap suasana semasa exam..

budak-budak ini terlalu bijak..dalam masa 15minit..dah boleh siap menjawab..tak kira apa sahaja subjeknya..hebatkan budak-budak zaman sekarang..tapi bila keluar result..kebanyakannya 'menghampehkan'..huhuhu

Kemelut mufti di Negeri Sembilan.

Kalau baca blog politik, Negeri Sembilan adalah antara yang paling sunyi kemelut ehwal semasa, pentadbiran negeri dan politik. Ia tidak diheboh-hebohkan di media blog atau media perdana seperti tv, radio atau akhbar. Terakhir adalah isu penamatan kontrak bekas mufti N.S. iaitu Dato' Mohd Murtadza Sheikh Ahmad. Yang lain agak senyap dan tidak dipanjang-panjangkan.

Isu penamatan kontrak ini sebenarnya lebih mengundang bala yang lebih besar kepada N.Sembilan khususnya hal ehwal agama negeri. Walaupun pengganti beliau iaitu Sahibus Samahah Dato' Yusuf Ahmad tidak kurang hebatnya namun belum apa-apa lagi beliau ditempangkan. Senjata buat beliau berjihad telah dirampas. Beliau terkapai-kapai keseorangan sementelah lagi timbalan mufti yang berkaliber dan orang lama dalam jabatan tersebut iaitu Ustaz Zaidi telah dipindahkan ke JAKIM, Putrajaya. Atas alasan apa?Wallahua'lam.

"Orang lain kalau tahu dalam sangkar tu ada harimau mesti tak mau masuk. Tapi saya ni pelik pulak" ujar Dato' Yusof.

Kini kemelut tersebut berpanjangan lagi dengan perletakkan jawatan Ustaz Suffian sebagai ahli majlis fatwa Negeri Sembilan, pemecatan Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Ustaz Mohd Khalil Sheikh Ahmad dan Dr. Mohd Farid Sheikh Ahmad juga sebagai ahli majlis fatwa negeri. Tidak nampak rasionalnya kenapa kes sebegini berlaku. Ini betul-betul menyedihkan.

Suatu yang dapat diketahui, pemecatan dan larangan Dr. Zul untuk berceramah bebas dihalang adalah kerana tuduhan keatas beliau sebagai Wahabi!. Kenyataan ini agak pelik lantaran banyak penulisan beliau yang menjurus kepada tasawwuf. Contohnya kitab syarahan Hikam hasil karangan beliau, kitab Bahjah an-Nufus, soal jawab A-Z tentang tasawwuf dan banyak lagi. Jadi tang mana wahabinya?.

Tuduhan keatas bekas mufti iaitu Dato' Mohd Murtadza bahawa beliau adalah Sheikh Wahabi langsung tidak dapat diterima memandang komitmen beliau yang baik pada Enakmen Tariqat serta menganjurkan beberapa siri seminar tasawwuf diperingkat kebangsaan dan antarabangsa.

Isu ini hanya menjadi buah mulut dikalangan agamawan negeri dan tidak merebak kepada seluruh rakyat. Ia diam dan sunyi dari jadi bahan bualan masyarakat. Cukup cerdik orang nogori ghuponyo!!.

***

Lama gua pendam dan simpan isu ini dalam hati. Sakit hati bila ahli agama diperlakukan sebegini rupa. Artis pandai pulak ko puja dan jaga ye. Ban la Nabil tu kalau berani??

link:- http://lamputih.blogspot.com

Monday, April 20, 2009

aku..dan aku..dan kawan-kawan aku..

apa hal plak tajuk macam nie..hehehe..sebenarnya aku nak postkan gambar-gambar aku dan kawan-kawan aku semasa pergi menghantar budak kursus..so semasa program LDK..dan dah letih amek gambar budak-budak ni..amek pulak laa gambar-gambar aku dan kawan-kawan aku..hehehehe..

aku disnap oleh paparazi..

aku di sisi kereta kesayanganku..

kakitangan PPAJ Jelebu..

aku dan helmi SK Sikamat

syaiful SK Sikamat dan Amru Al-Haz JAKIM

Best friend Halil SKDC

best friends..samihah (kiri) n fatin..

itulah sedikit sebanayk gambar-gambar yang sempat diuploadkan di sini..sebenarnya aku tak taw nak post apa lagi..so sementara nak tunggu mata ni betul-betul mengantok..aku post kan la gambar-gambar ini..hehehe..time to sleep..esok nak kerja..

Kursus Pemantapan Akidah dan Kecemerlangan Diri 1/2009


panjangkan tajuk entry aku kali ni kan??..hehehe..sebenarnya aku nak story tentang satu kursus yang telah diadakan oleh pihak sekolah aku untuk student UPSR 2009 sekolah aku..kursus ni dah pun berlangsung pada minggu lepas.. 14-16.4.2009 yang lalu..( dah
seminggu baru nak poskan entry nya)..hehehe..bertempat di Pusat Pemantapan Akidah JAKIM, KM 17 Jalan Kongkoi, 71650 Titi, Jelebu, Negeri Sembilan..

seramai 50 orang murid yang terpilih untuk menghadiri kursus ini..kursus ini turut disertai oleh murid dari Sekolah Kebangsaan Sikamat Seremban..mereka pun menghantar seramai 50 orang peserta juga..( tempat ini boleh menampung 100 orang peserta sahaja dalam sekali kursus )..

sebelum kursus dijalankan..aku dan rakan sejawat aku yang merupakan guru penyelaras tahun 6 serta YDP PIBG sekolah aku telah dipanggil untuk bermesyuarat di pusat ini..bersama guru SK Sikamat..untuk membincangkan jadual dan modul yang akan digunakan semasa kursus ini...

isi kandungan kursus ini..memang bagus dan aku amat berpuas hati..satu motivasi untuk berjaya..dan dapat meningkatkan tahap keimanan murid terhadap Penciptanya..sepanjang 3 hari 2 malam kami semua berada di sana..memang laa best..tak payah fikir tentang sekolah sekejap..dan tak perlu fikir untuk menulis rekod mengajar..huhuhu..tapi..kene fikir kan murid yang berada di sini..kena standby kalo apa-apa yang terjadi pada murid...

jadual sepanjang kursus

sebelum berangkat pergi ke sana..sempat juga aku membuat sesi fotografi untuk bebudak ini bersama boss aku..( guru besar sekolah aku la )..korang tengok laa semangatnya mereka sebelum berangkat pergi.. (sampai sana..korang tahu laa nasib korang )..huhuhu...

peserta kursus siri 1

inilah serba sedikit gambar-gambar yang aku sempat snap sepanjang kursus..

menunggu ketibaan bas

ice breaking

LDK hari pertama

sahabat sama sekolah..yang kiri jadi cekgu macam aku..yang pakai baju batik
pengarah program ini..kedua-duanya sudah masih bujang 3..huhuhu


siar fikir

majlis penutup

barisan fasilitator

sebenarnya banyak lagi gambar-gmabr yang aku snap..tapi sebabkan internet slow untuk upload..aku upload yang penting-penting je laa..hehehe..

gambar kenangan SK Sikamat

gambar kenangan SK Desa Cempaka

memang seronok di sini..kemudahan yang disediakan..baik tempat penginapan dan makan..aku duduk sini selama 3hari..tak sempat nak berlapar..kerana makan disediakan 6kali sehari..huhuhu..dan aku bertemu dengan ramai rakan baru..dan insyaAllah..pada bulan hadapan..aku akan ke sana lagi..tapi kali ini lebih ramai murid UPSR yang akan ke sana..seramai 100 orang pula..

okies laa..setakat ini sahaja..untuk entry hari ini..aku nak select gambar-gambar yang sesuai untuk dicuci dan dijual kepada murid..bisne-bisnes..huhuhu..salam..daa~~

petang yang membosankan

kenapa la petang ini sungguh membosankan aku..sampai semua benda yang aku buat serba tak kena..nak post entry pun rasa berat je jari jemari ini untuk menaip..adus laa..kenapa dengan aku ni..aku sendiri pun tak tahu..


dah laa dengan cuaca yang panas..membuatkan aku pun panas hati..hahaha..so masa bosan-bosan..nak cari idea..aku pun snap laa beberapa shot aku sendiri..kui kui kui..


petang ni tak ada apa perancangan..badan pun penat sangat..sebab nak ready untuk LDP rabu ni..turn aku yang kena bagi ceramahnya..nasib baik 2 jam sahaja..huhuhu.. ok lah..nak menghadap Yang Maha Esa..untuk melangsaikan hutangku kepada-Nya..lagi jumpa..daa~~~

Sunday, April 19, 2009

Pusat Pemantapan Akidah JAKIM (PPAJ)


salam..bertemu kembali..kali ni aku nak storykan sedikit tentang tempat yang aku bawa anak-anak didik aku pergi kursus baru-baru ini...tempat ini dikenali sebagai Pusat Pemantapan Akidah JAKIM atau dikenali sebagai PPAJ..


pusat ini terletak di daerah Jelebu, Negeri Sembilan..kira-kira 20 kilometer dari pekan Kuala Klawang..memang agak jauh sedikit tempat ini..kalau nak ke Semenyih atau Kajang..dah dekat sangat..sekitar 40 ke 50 kilometer sahaja..tapi memang seronok dan menghiburkan..dengan suasana yang aman dan tenang serta menyegarkan..keadaan sekeliling yang menghijau..walaupun berada di tepi jalan utama..kuala klawang-semenyih..tetapi susah sangat nak melihat kenderaan lalu lalang..membuatkan aku berasa tenang sekali di sana...

pemandangan yang menghijau

dewan besar

tempat ini di dikelolakan oleh 13orang staf..dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan..asrama pelajar..asrama khas..asrama khas ni..dilengkapi 2 katil dan satu toilet untuk satu bilik..dewan makan..dewan utama..rumah kakitangan..surau..rumah VIP..tempat riadah..dan macam-macam lagi..

carta organisasi PPAJ

surau yang dilengkapi dengan air-cond

blok asrama peserta

kalau nak buat apa2 events di sini..sangat sesuai sekali..tetapi kena tempah awal..sebab kebiasaannya..tempat ini..tak pernah sunyi dengan pengunjung yang mengikuti pelbagai kursus dan seminar.. so..kalo sesiapa yang berminat..boleh laa contact pusat ini untuk membuat sebarang tempahan..di talian 06-6113951..atau faks 06-6113950..tapi aku rasa untuk tahun ini dah penuh kot..sebab baru-baru ni..aku tengok senarai tempahannya..terlalu banyak..tapi..next month..22-24.5.2009..aku pergi sekali lagi ke pusat ini...hehehe..

Saturday, April 18, 2009

1st Proton MPV

salam kawan2..hope you all sehat..kali ni aku nak postkan cerita..tentang MPV pertama keluaran Proton..semua orang dah tahukan..MPV ini dah pun dilancarkan pada 15 April yang lalu..masa pelancaran hari tu..aku tak ada kat seremban..

danish di hadapan proton exora


danish aiman bersama pak uda dan pak busunya..

so tadi aku pergi la tengok sekejap..MPV yang diberi nama Exora..memang cantik..dan besar..bagi aku..ini adalah keluaran yang terbaik proton selepas persona..keluasannya..memang luas..dengan 7 seaters..walaupun 7 seaters..still ada ruang untuk bagasi di belakang..hehehe..kalo yang high-line dibekalkan sekali dengan navigator dan lcd serta dvd player..tapi kalau yang medium-line..tak ada la navigator dan dvd player..air-cond pula double blower..berbanding wish..yang hanya single blower..enjin yang digunakan enjin 1.6 campro cps..sama macam enjin waja cps, satria cps, gen2 cps dan persona special edition..

nadi utama Exora

reka bentuk exora ini..memang menawan..dan menarik..membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya pasti teruja nak memilikinya..hahaha..sampai aku pun terfikir..nak beli juga Exora ni..kalau nak maklumat lanjut..korang pergi sendiri la kat proton show room yang berhampiran..maximum price.. RM 75,998..dan yang paling murah RM69,548..


danish buat hal..tak nak balik..

dah puas tengok exora aku pun nak balik la..tapi anak buah aku ni..buat hal pula..tak nak balik..sedap pula dia duduk dalam exora..sampai tak nak turun..huhuhu..puas aku pujuk..kecoh betul si danish ni...Tahniah buat proton..

Friday, April 17, 2009

penatnya..


salam tu all readers..sorry sebab dah lama tak update blog..bukan apa..cuma busy sedikit sekarang ni..ini pun baru balik dari jelebu..jadi pengiring untuk kursus pemantapan akidah dan kecemerlangan diri..di pusat pemantapan akidah JAKIM..


mengantuk ini..tapi sebelum menutup mata untuk menghilangkan penat yang tak hilang dari semalam..saja saja aku jengok sekejap blog aku ni..hehehe..nanti akan ku kisahkan tetang kursus tu..insyaAllah..salam

Monday, April 6, 2009

entry terakhir..

ok..ini entry aku yang terkahir...aku masih lagi dalam kesedihan..esok pun aku dah nak kena bangun awal untuk bekerja..so aku nak tidur..nak lelapkan mata..dan nak restkan badan yang penat ini..

untuk mengelakkan diri dari sebarang gangguan semasa tidur..eloklah kita berwudhuk terlebih dahulu..sebabnya wudhuk adalah perisai kita dari diganggu oleh syaitan..tapi wudhuk yang sempurna tau..selepas itu bacalah doa sebelum tidur..diikuti dengan 3qul..(surah al-ikhlas, al-falaq dan an-nas)..diikuti dengan ayat kursi..semasa baca tadi..tadahkan tapak tangan..selesai sahaja membaca semua tadi..hembuskan di tapak tangan dan sapu ke seleruh badan sebanyak 3kali...

selesai sahaja semuanya..eloklah kita mengucap 2 kalimah syahadah dan berselawat ke atas nabi s.a.w..andai kata nyawa kita di ambil semasa tidur..kita berada dalam keadaan yang bersih..

sekian..aku nak tidur..wassalam

Sunday, April 5, 2009

Sedihnya aku bila mendapat tahu...


salam readers..ni merupakan post aku yang ke-3 untuk hari ini..hurm..terlalu berat semasa aku nak taip untuk entry kali ini..tapi aku cuba gagahkan hati..untuk tuliskan juga entry ini..

sebenarnya..aku sekarang ini..betul-betul berasa sedih..sedih sangat..kesedihan yang aku rasai ini..membuatkan aku masih lagi tertanya-tanya..adakah ianya benar-benar berlaku..sehinggakan apa sahaja yang aku buat..semuanya tak kena..

memang saja aku postkan entry ini di malam hari..agar orang lain di rumah aku..tak nampak yang aku sedang bersedih..biar orang dekat rumah ini..tidak tahu yang aku sedang menangis..
ya Allah..kuatkanlah serta tabahkanlah hati hambaMu ini..dalam menghadapi setiap ujian yang telah Engkau tentukan..

pagi tadi..lebih kurang pukul 10pagi..aku mendapat satu panggilan dari sahabat aku..yang merupakan junior aku semasa belajar di KUSZA dan di Mesir..satu berita yang membuatkan aku terperanjat..sehingga kini..aku seolah-olah masih tidak percaya..tetapi dari apa yang aku dengar dari sahabat yang lain..benarlah ceritanya..

malam hari raya..membakar satey bersama kawan-kawan..
arwah zuhaili..berbaju biru..yang disebelah kanan kawan becermin mata



semalam..aku telah kehilangan seorang sahabat karib aku..seorang sahabat yang aku kenali pada tahun1999..semasa belajar di KUSZA dulu..seorang sahabat yang sama belajar di mesir satu ketika dulu..orang yang aku maksudkan ialah Allahyarham Ahmad Zuhaili bin Shafie..a.k.a zuet..sahabat yang yang sentiasa dengan aku..bila susah dan senang..sahabat yang pernah berkongsi tidur dan makan bersama aku satu ketika dulu..

arwah zuhaili berbaju melayu ungu..
berada di sebelah kiri aku..
gambar ketika selesai solat idul-fitri..


orang yang aku kenali dengan sifat ramah dan pemurah..kini telah pergi meninggalkan aku dan rakan-rakan yang lain..begitu singkat umur mu sahabat..aku redha atas pemergianmu..

kali terakhir aku jumpa arwah ni..ketika aku konvokesyen KPLI..tahun lepas..hari raptai dan konvo kami..hari yang sama..seronok sangat dapat jumpa beliau..banyak sangat ceritanya..tapi tak sangka..itulah pertemuan kami buat yang terakhir..beliau telah pun pergi buat selamanya..akibat terbabit dalam satu kemalangan jalanraya yang mengerikan ketika ingin menjemput tunangnya di kuala terengganu..lokasi kemalangan di kawasan paka..menurut sumber..ketika itu hujan turun dengan lebat dan beliau hilang kawalan..lalu terbabas dan bertembung dengan sebuah kereta dari arah yang bertentangan..pemandu kereta tersebut juga maut di tempat kejadian dan penumpangnya parah..

AEG 898

beginilah keaadan kereta honda EK milik arwah yang baru 4bulan dimilikinya..hasil dari carian seorang sahabat yang lain..hancur berkecai..beliau meninggal di tempat kejadian..dimandi dan dikafankan di hospital..selepas itu..jenazah di bawa pulang ke rumah beliau di kemaman untuk disemadikan..

aku memang rapat dengan beliau..mungkin sebab kami lahir pada bulan yang sama..cuma bezanya..aku awal 9hari dari beliau..kami memang rapat..masa di mesir dulu..aku selalu datang rumah beliau..dan beliau pun sering datang bertandang di rumah aku..sedih dan pilu sangat aku rasakan kini..begitulah qadar Allah buat mu sahabatku..qadar untuk ku..tak tahu pula macam mana..

aku nak stop dulu..sebab dah tak tahan sangat untuk menaip lagi..sebak sangat yang kurasakan sekarang ini...buat sahabatku ahmad zuhaili..aku doakan agar dikau ditempatkan bersama para rasul dan anbiyak 'alaihimus solatu was salam..bersama para malaikat dan para syuhadak..dan bersama orang-orang yang beriman dan bertaqwa..semoga rohmu dirahmati Allah..Segala kenangan kita bersama akan ku abadikan selamanya di lubuk hati ini..Selamat tinggal sahabatku..24121981-04042009..ku hadiahkan AL-FATIHAH khas buat mu!!!

sekali lagi aku dilantik menjadi hakim

salam to all readers..kali nie aku nak postkan kisah aku menjadi hakim..buat kali ke dua aku dilantik untuk menjadi hakim pertandingan MTAQ @ Karnival Pendidikan Islam..

pada minggu lepas..aku telah pun menjadi hakim di sekolah menengah kebangsaan senawang..itu untuk daerah seremban 4..semalam aku sekali lagi menjadi hakim di sekolah menengah kebangsaan seremban 2..kali ini untuk daerah seremban 2.. macam biasa..aku menjadi hakim untuk pertandingan seni khat jawi..memang best jadi hakim untuk pertandingan ini..selama 1jam setengah..kita boleh relks..dan merayau sekejap sementara menunggu peserta menyiapkan hasil seni mereka..hehehehe...(sebab tu aku tak dapat hadir di sekolah aku untuk mesyuarat agung PIBG semalam~~bukan saja-saja tak datang ehh)

inilah wajah hakim yang adil lagi bijaksana..huhu

setelah sampai masa 1jam setengah..maka semua hasil dipungut untuk dinilai dan ditentukan juara..yang juara akan pergi ke peringkat negeri..yang akan diadakan pada 11 April 2009 di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol..

kali ini..untuk menilai hasil meraka..memang agak sukar..berbanding pada minggu lalu..budak-budak kali ini..memang betul-betul berbakat dalam membuat dan menulis seni khat jawi..nasib baik 7 orang sahaja yang menyertainya..kalau 70 orang..tak tahu laa macam mana..huhuu..memang betul-betul mengambil masa yang agak lama untuk menentukan tempat pertama hingga tempat yang ke-3..tetapi walau macam mana pun..keputusan hakim adalah muktamad..sebarang surat menyurat tidak akan dilayan..


inilah hasil-hasilnya..

sampai naik migrain para hakim dibuatnya nak tentukan juara..akhirnya aku dan 2orang rakan yang lain..membuat keputusan bahawa..hasil yang ini menjadi pilihan di hati kami bertiga..

inilah keputusan hakim-hakim yang bijaksana..

so tahniah kepada pemenang..dan selamat maju jaya di peringkat negeri nanti..yang tewas..tahun depan cuba lagi..

10 tahun SK Desa Cempaka

Selamat Hari Jadi..Selamat Hari jadi..selamat Hari jadi SKDC..selamat hari jadi...yee~~

hehehe..apa hal pula aku nak menyanyi lagu happy bitrhday ni..kui kui kui..sebenarnya..2009 merupakan genap 10 tahun sekolah aku mengajar sekarang ini dibina..tahun 1999-2009..so pelbagai rancangan yang telah dirancangkan untuk sambutan 10 tahun SKDC...


semalam berlangsung satu acara tahunan yang amat penting bagi sekolah dan ibubapa..apa lagi meeting PIBG yang ke-10 la..hehehe..tapi sayang aku tak dapat hadir sama kerana..ada urusan lain..entah apa yang diorang meetingkan pun aku tak tahu..hehehe..yang aku tahu..dalam meeting tu nanti ada usul yang akan dibincangkan tentang sambutan 10 tahun SKDC..

logo sempena 10tahun Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka..dicipta oleh seorang rakan setugas aku..dia ni memang berbakat seni betul..dan inilah hasil ciptaan logo beliau..


perasmian meeting dan pelancaran sambutan 10tahun SKDC disempurnakan oleh Dato' Hasim Rusdi.. Adun Labu merangkap Exco Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus.. sebelum meeting..macam biasa laa tugas-tugas yang diberikan kepada setiap guru untuk selesaikannya..antara tugas aku ialah..mengemas dewan dan buat banner dan backdrop pentas..so ini lah hasil aku dan rakan aku buat..


kalo selepas ni..ada siapa-siapa nak tempah banner untuk apa sahaja program sekolah atau individu..termasuklah banner perkahwinan..boleh laa contact aku..caj nya tak mahal..aku just kira rm2.50 sekaki sahaja (tidak termasuk kos penghantaran)..daa~~