apa yang dicari??

Tuesday, May 19, 2009

terima kasih kepada yang menghargai saya


salam..kali ni aku nak tory about sambutan hari guru peringkat sekolah aku..yang telah berlangsung semalam..walaupun sambutan kali ini..aku tak dapat hadir sama..kerana aku ke putrajaya..untu temuduga..tapi aku tetap happy..(tak happy macam tahun-tahun yang sudah)..


so aku nak ucapkan thanks kepada my students..sebab sanggup memberikan aku hadiah..thank you very much..kerana mereka menghargai diri ini..sebenarnya terharu juga pagi tadi..apabila aku datang ke sekolah..nak kata penuh..tak juga laa..tp kira ada juga hadiah yang diletakkan di atas meja aku..


hadiah yang paling best sekali..set cadar queen size..siap ngan dua helai sarung bantal dan sehelai sarung bantal peluk..sekejap lagi aku nak terus pasang kat tilam aku..walaupun tilam aku hanya single size..huhuhu..


walaupun tahun ini..tak sebanyak tahun lepas hadiahnya..tapi aku menghargai pemberian mereka..terima kasih la sekali lagi kepada yang memberikan aku hadiah ini..

Monday, May 18, 2009

terima kasih kepada anda...

sekadar gambar hiasan sahaja..
salam..aku rasa betul-betul terharu..terharu kerana sokongan dan dorongan terutamanya dari my lovely mom n my family..cik intanurulfateha..(my lovely sister)..milimilo kamiliaharun..dan kawan-kawan seblog..thanks so much..daku menghargainya..
pagi tadi aku ke putrajaya..untuk menghadiri temuduga lantikan jawatan ke gred DG41..memang sungguh mendebarkan..sebab ramai yang datang temuduga..kebanyakannya gagal..itu yang membuatkan aku risau..sepanjang perjalanan dari seremban-putrajaya..phone aku tak henti-henti..terima mesej dari kawan-kawan...
aku tiba di sana satu jam awal dari waktu aku temuduga..aku duduk lepak dalam kereta dulu..sambil membaca newspaper..takut pulak kalo dia tanya isu semasa..tak dapat jawab pulak..
pukul 9.30..aku pergi ke bangunan SPP..untuk urusan mendaftar..lebih kurang dalam pukul 1045..aku dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga..panel temuduga..seorang lelaki yang aku rasa seawal 40-an kut..
seperti biasa..sambil menatap dan merenung sijil-sijil aku..beliau menyuruh aku..menceritakan tentang latar belakang dan keluarga..tapi yang syoknya..beliau banyak menanyakan aku tentang tugasan aku di sekolah..dan apa yang aku buat selepas waktu sekolah..langsung tak tanya yang susah-susah..ALHAMDULILLAH..begitu mudah rupanya aku ditemuduga..

keluar dari bilik temuduga..pelbagai soalan ditanya oleh calon-calon..yang bakal ditemuduga sebentar lagi..aku story yang aku hanya ditanya pasal tentang diri aku..dan sekolah aku sahaja..dan yang lain..hanya berbual-bual sahaja dengan beliau..
selepas temuduga..aku pun terus keluar dari bangunan SPP yang meninggalkan seribu kenangan temuduga dalam hidup ku..aku pun bercadang nak berjumpa dengan cik adik sayang..yang bekerja tak berapa jauh dari situ..tapi beliau ni..melampau busy..so aku pun terus je balik..sampai rumah dalam pukul 1..makan tengah hari dengan mummy..solat zuhur dan terus tidur dengan nyenyak sekali..(sebab malam tu..aku tak berapa lena..mengenangkan hal temuduga)..
so sekali lagi thanks kepada my mom n my family..kawan-kawan seblog..dan kawan-kawan yang lain..(nak tulis nama banyak sangat)..yang tak putus-putus memberi semangat kat aku..aku betul-betul menghargai kalian semua..thanks..n love u all...mmmmmmuuahh

Sunday, May 17, 2009

hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi...aku bakal....


salam to all..hepy weekend..tentu seronokkan bile hujung minggu..terutamanya aku la..tapi weekend kali ini..tersangat laa tak bestnye..adus laa..

nak taw kenapa??..sekarang ni jam dah pukul 11..tinggal satu jam lagi..maka bertukar laa hari dan tarikh..hari isnin 18 Mei 2009..dan tinggal beberapa jam sahaja..aku bakal ditemuduga oleh SPP..(rujuk entry lepas)..

huhhuhu..sungguh mendebarkan..dan menakutkan aku...segala persiapan dah disediakan..cume aku tak taw kenapa..aku agak gabra pula kali nie..bukan tak pernah pergi interview..tapi entah la..aku pun tak tahu kenapa..cemana ni..tolong laa saya..

baju pun dah siap diironkan..huhu..esok wearing kemaja kuning..seluar slack hitam..neck tie pown kuning..siap ngan blizer lagi..huhuhu..

inilah blizer yang bakal digunakan

ini pula baju kemeja dan neck tie aku

dan yang ini seluar slack..

to all readers..tolong doakan aku success esok..aku takot nie..tolong la saya ye..

terima kasih cikgu

ketua kelas : semua bangun..assalamualaikum cikgu..
murid-murid : assalamualaikum cikgu..
cikgu : wa'alaikumussalam..ok bediri dengan tegak..dan tadah tangan..kita mulakan bacaan doa..

tentu korang semua masih ingat benda ini kan..rutin seharian di sekolah dulu..semua orang..aku yakin dan percaya..mesti pernah melalui semua ini..sampaikan dato' seri najib pun..pernah lalui benda ni..cuma mungkin ayatnya berbeza..ada yang dalam bahasa melayu..atau bahasa inggeris..mahupun dalam apa jua bahasa..

korang mesti lagi ingatkan..betapa besarnya jasa seorang manusia yang dipanggil GURU ataupun CIKGU..inilah orang yang penting dalam hidup kita..selepas ibu dan bapa kita..di sekolah merekalah yang menggantikan ibu dan bapa kita..

insan yang bergelar GURU atau CIKGU ini..tak pernah kenal erti jemu..mendidik dan mengajar kita dengan pelbagai ilmu..ya..dengan ilmu itulah kita gunakan pada masa sekarang...

walaupun sekarang ini..aku tergolong dalam golongan ini..aku juga tidak pernah lupa pada jasa-jasa guru-guruku yang pernah mengajar dan mendidik aku selama ini..tanpa mereka..sudah pasti..aku tidak akan berada di tahap ini sekarang..

kepada semua guru di malaysia..aku ucapkan Selamat Hari Guru..segala jasa dan pengorbanan mu..akan ku kenang hingga ke akhir hayat ku..buat guru-guruku yang telah kembli ke Rahmatullah..ku hadiahkan mu dengan AL-FATIHAH..

dan kepada semua guru-guru yang masih lagi berkhidmat..jalankan tugas dan amanah..dengan sepenuh hati dan ikhlas..Semoga Allah memberkati hidup kalian..

TERIMA KASIH CIKGU!!!


akhirnya..kerinduan ku terubat jua


salam..dah agak lama aku tak mengupdatekan blog aku..bukan apa..cuma tak berkesempatan untuk berbuat demikian sahaja..hehehe

entry kali ini..nak mengisahkan..tentang kerinduan aku..aku betul-betul rindu sangat pada dia..hampir sebulan aku tak bersamanya..dia pergi meninggalkan ku..selalu dia la yang temankan aku tidur..dan dia la yang selalu mengejutkan aku pada waktu pagi..dan akhirnya..hari ini..dia telah kembali semula kepangkuan ku..

DIA..yang aku maksudkan ini..ialah my Sony Ericsson c905..huhuhu..akhirnya telah berjaya direpair dan telah siap..petang tadi..aku terima satu panggilan dari kedai phone..yang memberi tahu..bahawa phone aku dah siap dibaiki..dan boleh diambil..hari ini juga..


so pas maghrib tadi..tanpa membuang masa..aku pergi town..untuk ambil phone aku..rindu betul aku kat c905 ni..selama 3minggu aku menggunakan phone yang dipinjamkan oleh pihak kedai..betul-betul menyusahkan aku..huhu

tapi aku bersyukur sangat..sebab sekarang ni..c905 aku telah kembali ke pangkuan ku semula..

Thursday, May 14, 2009

menghitung hari

aku sekarang ini sedang menghitung hari..hanya tinggal 4hari sahaja lagi dari sekarang..aku bakal ditemuduga..temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran atau lebih dikenali sebagai SPP..temuduga bakal diadakan di bangunan SPP di putrajaya..pada 18 mei 2009 ini..pukul 10 pagi..

sungguh mendebarkan..kerana temuduga ini..adalah penentu untuk perlantikan jawatan aku di gred DG41..atau Pegawai Perkhidmatan Pelajaran (siswazah)..segala persiapan untuk temuduga..aku dah siapkan..salinan photostat sijil-sijil juga telah disahkan..begitu juga segala sijil original aku..tapi aku tak tau kenapa aku begitu berdebar-debar..tak pernah aku rasakan sebegini..tolonglah daku..aku sangat berdebar-debar saat ini..

Saturday, May 9, 2009

aku merinduimu...


salam to all..entah kenapa tetiba malam ini..aku rasa lain dari yang lain..semua benda aku buat tak kena..tiba-tiba aku merindui seseorang yang aku sayang sangat..orang yang membuat aku bermula di atas dunia ini..orang yang aku maksudkan ialah Ayah aku..

hmm..diam punya diam..sekejap sahaja masa telah berlalu..kini sudah pun masuk bulan 5/2009..maka genaplah 2 tahun pemergian ayah..meninggalkan kami sekeluarga..begitu cepat dan pantas masa berlalu..tanpa disedari..

saat bahagia ibu dan ayah

khamis..3.5.2007..itulah hari dan tarikh pemergian ayahku..aku kehilangan seorang ayah yang penyayang pada masa itu..keluarga kami kehilangan seorang ketua keluarga yang berkaliber..ayah telah kembali kepada penciptaNya..pada pukul 4.15 petang di Hospital Tuanku Jaafar Seremban..

masih segar lagi dalam ingatan semasa benda ini berlaku..hanya selang beberapa hari selepas nenek aku meninggal (mak kepada ayah aku)..ayah pula menuruti jejak langkah nenek..belum pun hilang kesedihan di atas pemergian nenek..ditambah pula dengan kesedihan kehilangan ayah..

aku ingat lagi..semasa pagi itu..ayah ku lewat bangun subuh..aku ingatkan..mungkin ayah keletihan sebab semalamnya..ayah pergi ke kuala lumpur bersama abang sulung ku..untuk melihat dan memilih kereta yang bakal dibelinya..aku seperti biasa..siap sedia untuk menjalankan tugasku di sekolah..

gambar terakhir dirakamkan..30.4.2007

pagi itu..aku tak sempat mencium tangan ayah..sebabkan aku lihat ayah sedang tidur..aku terus ke sokolah dengan menunggang black pearl aku..(masa tu aku belum mampu beli kereta..sebab baru mula kerja)..semasa keluar rumah..aku agak rasa berat hati..tapiku gagahkan jua untuk ke tempat kerja..

lebih kurang pukul 11pagi..aku dihubungi oleh adik aku..yang memberi tahu..ayah dikejarkan ke hospital sebab sesak nafas..aku dengan tanpa berlengah..terus ke pejabat..untuk memohon perlepasan pulang..disebabkan berlaku kecemasan..

hanya dalam masa setengah jam sahaja..aku telah tiba di hospital..dan terus ke wad yang telah adik ku beritahu..sungguh luar biasa aku menunggang motosikal..selalunya mengambil masa satu jam..tapi hari tu..aku memecut tanpa mengendahkan keadaan sekeliling..yang aku fikirkan..aku harus tiba di hospital awal..sebab nak tengok ayah..

ayah bersama dua orang cucu saudaranya dan anak bongsunya

setibanya di hospital..lif pula buat hal..sebabkan pada masa itu waktu melawat..lif pula ada yang dalam penyelenggaraan..aku mengambil keputusan menaiki tangga hingga ke tingkat 7..sampai sahaj di wad..aku lihat ayah aku ditemani oleh adik dan ibuku..aku terus mendapatkan ayah ku..ayah begitu lemah sekali..aku membisik ditelinga ayah..memanggilnya..tiada suara..hanya mendengar nafas yang dihembuskan dari hidungnya..

tiba-tiba..badan ayah kejang..seperti menahan sakit yang teramat..aku membisikkan kalimah syahadah ditelinganya..dan ibuku memanggil doktor..doktor terus membuat rawatan kecemasan di situ juga..bertungkus lumus mereka cuba merawat dan menyelematkan ayah..

doktor memberitahu..bahawa peluang ayahku semakin tipis..kerana serangan jantung yang dialami ini..amat kritikal sekali..serangan secara mengejut dan menyerang di bahagian bawah jantung..di mana terletaknya pam untuk mengepam darah keseluruh badan..doktor memberi kami semangat..supaya terus berdoa agar beliau sembuh seperti sedia kala..

pada masa itu..ramai saudara mara yang datang..serta adik beradik ku yang lain juga telah tiba di hospital..kecuali along aku..yang dalam perjalanan dari pulau pinang..antara yang awal datangnya ialah busu aku..(adik bongsu ayah aku) dan anak-anaknya..

hampir 3jam mereka berusaha..untuk menyelamatkan ayah..tapi kuasa ALLAH..tiada siapa yang dapat menandinginya..ayah disahkan meninggal pada pukul 4.15 petang..terduduk aku apabila mendengar berita itu..seperti dibuai mimpi..aku kehilangan ayah..aku lihat kakak ku lembik dan hampir pengsan bila mendengar berita itu..aku cuba tenteramkan kakak ku..tetapi aku sendiri tak berdaya..

jenazah dibawa pulang oleh abang sepupuku yang bertugas sebagai pemandu kereta jenazah milik Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan..ramailah saudara-mara..sahabat handai..rakan taulan yang datang memberi penghormatan terkahir kepada ayah ku..

jenazah dikebumikan selepas solat jumaat di tanah perkuburan islam paroi jaya..(berhampiran dengan stadium)..dan sehingga kini..aku masih lagi terkilan..keran tidak sempat membalas jasa ayah..yang telah bersusah payah mencari rezeki..untuk kami sekeluarga..

aku rindukan ayah..rindu sangat dengan ayah..semoaga ayah di tempatakan bersama orang-orang yang beriman dan bertaqwa..semoga Allah mengampuni segala dosa-dosamu..Al-Fatihah khas buatmu ayahku yang disayangi..Amin~~

p/s:- kepada yang masih ada ayah..cuba la tunaikan permintaanya sebelum terlambat..

my lovely family

hari raya 2006

yang ini gambar masa raya 2007

bersama keluarga aku dan keluarga mak zarah (mak angkat aku)
raya 2007

bersama family mak long (kakak ipar arwah ayah)
di melaka..hari raya 2007


bersama keluarga dan keluarga mak long..(kakak ibu)
di hari raya tahun 2008

NOR HAYATI BINTI AMIR ALI


nor hayati binti amir ali..itulah nama yang diberikan kepada ibuku..oleh arwah datuk ku..beliau dilahirkan pada 17.7.1956 di seremban..kini usia beliau telah mencecah hampir..53 tahun..comelkan ibu ku??hehehe..inilah wajah ibu tercinta..ibu yang telah menjaga aku..sejak aku dilahirkan..sehingga aku kini berumur hampir 28 tahun...

ibu..aku sayang kamu..terima kasih ibu..kerana telah menjaga aku..dan melayan kerenah aku..tanpa rasa jemu..inilah ibu yang telah menjaga dan mendidik seramai 11orang adik beradik..segala kesusahan dan kepenatan..tak pernah pun beliau merungut..begitu tabah hatimu ibu...

ibu aku ni..pandai memasak..kalo masak memasak..memang best..sampaikan aku sehari tak kena masakan ibuku..mesti rasa macam ada yang tak kena..thanks ibu..

n ibuku jugu panda menjahit..hehehe..boleh dikatakan setiap hari..ibu menjahit..boleh katakan setiap kali aku balik dari kerja..mesti ibu tengah menjahit..menyiapkan tempahan baju..ibuku juga pandai serta bijak..membuat kuih-muih serta kek..dan ada satu lagi kelebihan yang ada pada ibu..ibu pandai buat gubahan untuk hantaran perkahwinan..kalau korang tengok pada entry yang lepas..ada gambar gubahan bunga dan sirih junjung..itulah hasil dari tangan kreatif my lovely mum..

memang best laa ibu aku ni..kerana mu ibu..kini aku telah berada di tahap ini sekarang..segala jasamu tidak akan aku lupakan..selagi nyawa di kandung badan..aku akan berbakti kepada mu IBU..

IBU MITHALI IBU YANG SEJATI..KASIH SAYANG MU KASIH YANG SUCI..PENGORBANANMU DISANJUNG TINGGI..JASA MU TETAP DI SANUBARI...

THANK YOU IBU...SAYANG IBU SELAMANYA..

khas buat mu ibu

KAU DIBUAI MIMIPI..DIA JAGA..KAU BERSENANG DIA BEKERJA..UNTUKMU TIADA TERBATAS..MEMBERI TAK MINTA DIBALAS..INGIN DIBINANYA UNTUKMU..KEHIDUPAN YANG SEMPURNA..PUNYAI KUATAN JIWA..PUNYAI MARUAH..

TEGURANNYA DARI RASA LUHUR..MENEGUR SEBELUM TERLANJUR..ITULAH YANG DIWARISI..PESAN IBU TERPAHAT DI HATI..BERINGAT-INGATLAH BERPESAN-PESAN..UNTUK KEBAIKAN..MARAH BUKAN KEBENCIAN..TAPI TANDA SAYANG..

itulah yang ada pada seorang yang kita panggil ibu, mama, mak dan sebagainya..begitulah sifat yang ada padanya..begitu mulianya hati mereka..yang sanggup bersusah payah untuk kita..bersengkang mata menjaga kita..dan sebagainya...

IBU..KU INGAT DAHULU..MENYISIR RAMBUTKU KEMAS SELALU..

semua itu takkan ku lupakan ibu..aku sayang ibu aku..terima kasih kerana sudi menjaga ku sehingga kini..aku tak mampu untuk membalas segala jasamu..tetapi aku hanya mampu berdoa..agar dikau diampunkan dosa..dan dikashi Allah sebagaimana dikau mengasihaniku semasa aku kecil..

kini aku hanya ada ibu sahaja..ayah??ayah ku dah 2 tahun kembali kepada penciptaNYA..ku ingin membalas semua jasa ibu kepada ku..tapi mampukah aku untuk melakukan semua itu??wahai sekalian manusia..kasihani dan sayangilah ibu kamu..sebelum meraka dijemput Ilahi..bahagiakan mereka..dan cuba tunaikan segala permintaanya..agar beliau tidak berkecil hati kepada kita..ingatlah..SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU...

Tuesday, May 5, 2009

aku bakal ditemuduga...

salam to all readers..sorry aku tak sempat nak update blog..sebab busy sedikit pada hujung minggu baru-baru ni..hehehe..

pagi tadi aku telah di call oleh buah hati aku..lebih kurang pukul 9 pagi kot..kebetulan aku baru habis kelas..so aku borak laa ngan cik adik sayang aku..dah alang-alang borak..aku mintak tolong dia semak status permohonan aku untuk temuduga lantikan jawatan DG41..sebab hari ini school net buat hal pulak...

dengan penuh debaran..dia pown bagi taw..yang aku bakal ditemuduga pada 18Mei ini..aduh..sungguh mengecewakan..sebab pada tarikh itu juga..sekolah aku bakal mengadakan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah..buat kali pertama..aku tak dapat hadir sama semasa sambutan ini...

tapi tak mengapa..temuduga ini lebih penting untuk lantikan jawatan aku..ok lah..so aku mohon doa restu dari readers..wish me luck..doa kan aku woi..takut ni..nak temuduga..hahahha~~

Friday, May 1, 2009

Upacara Memotong Kek Kali ke-2


bertuah betul si Raksasa sorang ni..raksasa yang diberi nama muhammad danish aiman..hari selasa 28.4.2009..adalah hari ulang tahun beliau yang ke-3..so malam tu..aku belanja la my family dengan satay..dan membeli sebuah kek hari lahir untuk beliau..

kek khas untuk RAKSASA

tapi hari ini..beliau dapat lagi sebuah kek..hadiah dari kakak aku pula..huhuhu..untung betol kau ni RAKSASA..orang lain..sambut birthday dan potong kek sekali je..tapi kau sampai dua kali...huhuhu


jelas terpancar keriangan di wajah RAKSASA semasa memotong kek


sebenarnya..kakak aku ni buat macam tu..sebab masa birthday beliau..akak aku tak da di rumah..kerana bertugas di Gemas..so hujung minggu baru balik Seremban..kek yang ditempah khas untuk danish aiman...memang bertuah sangat danish ni..ramai sangat yang support beliau..huhuhu..

p/s :- gambar kureng quality sebab guna handphone pinjam..:P

awas jika anda bertemu dengan RAKSASA ini..

kali ni aku nak postkan entry yang agak menakutkan jugak..huhu..tapi tak takut sangat kut..hehehe..aku nak ceritakan tentang RAKSASA yang wujud dalam rumah aku buat masa sekarang ini..RAKSASA ini..agak berbahaya untuk keselamatan dan keamanan negara...pelbagai jenis ultraman telah datang..cuba untuk menewaskan RAKSASA ini..tapi usaha mereka semuanya gagal dan tidak berhasil...tolong lah bantu saya untuk menyelesaikan masalah RAKSASA-RAKSASA ini..

RAKSASA pertama :-


nama :- nurul izzah athirah binti muhammad nasrul osman
umur :- 1tahun 4bulan 14hari
jantina :- perempuan
hobi :- merosakkan harta benda awam..dan suka menjerit

ini ketika beliau sedang mengganas


RAKSASA kedua :-

nama :- muhammad danish aiman bin abdullah

umur :- 3tahun 3hari

jantina :- lelaki


hobi :- tak suka merosakkan harta awam..tetapi suka mencederakan diri sendiri bila tengah marah..contohnya..menggigit lengan tangan sendiri..

ini lah RAKSASA-RAKSASA yang wujud dalam rumah aku setakat ini..huhuhu..walaupun mereka berdua selalu mengganas..aku tetap sayangkan beliau..kerana beliau berdua adalah penyeri dan penghibur hati ku..


I LOVE U ALL RAKSASA-RAKSASA!!!!

aku diserang demam

salam kepada semua..selamat menyambut hari pekerja..

sejak hari rabu hari tu..kau dah mula rasa nak demam..tapi aku lawankan jua..sebab aku tak nak ambil MC..aku tak nak tinggalkan kelas aku..kesian kat budak-budak ni nanti..pelajaran tertinggal..

tapi bila aku bangun pagi tadi..keadaan aku semakin teruk jugak ni..aduh..kenapa harus jadi begini??..huhuhu..ini lah takdir dariNYA..satu ujian yang diberikan..mungkin kifarah buat aku..aku redha dan pasrah..

cuma kekadang..rasa tertekan juga..sebab tak selesa..nak buat kerja pun tak seronok..ujian ujian..selepas solat jumaat ni..nampak gayanya..kena pergi klinik juga la..ibu aku dah mula bising..huhuhu..

aku bukan takut untuk berjumpa doktor atau takut nak makan ubat..tapi aku cuma malas nak membazir je..se;agi aku masih terdaya untuk bangun dan menjalankan tugas harian..selagi itu aku tak mahu pergi klinik..huhuhu..

ok lah..aku nak breakfast sekejap..perut dah lapar ni..huhuhu