apa yang dicari??

Saturday, June 27, 2009

idamanku..


salam to all readers..aku sebenarnya ada benda yang aku idamkan..dan benda ni..aku memang minat..sejak dari kecil lagi..tp cuma masih tak dapat nak dijadikan kenyataan..kerana ada beberapa halangan..

benda yang aku maksudkan ialah super bike..aku memang minat sangat dengan super bike..memang dari kecil berhajat nak memilikinya..tapi bila tak tahu lah..dalam banyak-banyak model super bike..aku memang minat sangat dengan Honda CBR ni..tak kira laa 650R ataupun 1000R..asalkan super bike keluaran Honda..

IDAMAN AKU..HONDA CBR 1000R

so masa aku bawa budak-budak pergi kursus baru-baru ni..kebetulan cuti hujung minggu..ada la geng-geng super bike ni..main layan corner kat jalan kongkoi..selepas dorang dah penat..dorang berhenti rehat dekat dengan tempat yang aku buat program ni..


YAMAHA R6



HONDA CBR 1000R

HONDA CBR 1000R (NEW MODEL)

so apa lagi..aku pun mengambil kesempatan..mengambil beberapa keping gambar motor dorang..aku tak lepaskan peluang yang ada..hehehe..selalu kalau nak gambar super bike..download dari internet..hari tu aku snap depan-depan..hehehe...

semasa dorang test motor dorang..sempat juga..aku snap skil dorang..tp sebabkan aku ni jurugambar amatur..dan menggunakan alatan yang standard dari camera dslr..so tak dapat la nak shot gambar dengan sharp..hehehe..inilah hasilnya..












tp aku tetap berpuas hati..huhuhuhu..(bila la nak ada modal nak tambah aksesori dslr dan beli super bike ni....)

Thursday, June 25, 2009

akhirnya..

akhirnya..kini pasti..ku merasai KEJAYAAN ini..(macam penyanyi la pulak)..hoi kimie..apa hal kau menyanyi plak ni??

huhu..segala puji bagi ALLAH kerana telah memberikan daku kejayaan ini..terima kasih juga buat ibu tercinta dan buah hati tersayang..kerana tak putus-putus bagi aku semangat..sudah hampir setahun aku menunggu keputusan ini..lama jugak kan..akhirnya..aku dapat juga merasaai kejayaan ini..

(walaupun aku gembira..tetapi di dalam aku tetap bersedih dan duka..kerana kejayaan aku..tak dapat dikongsi bersama ayah dan adik aku..)

kejayaan yang aku maksudkan..bukanlah pasal temuduga yang lalu..tapi ini berkaitan dengan kursus biro tatanegara KURSUS KENEGARAAN dan juga kursus induksi sistem saraan malaysia..atau dikenali sebagai KISSM..

semua ujian ini..aku duduki setahun yang lalu..dan semalam..aku terima sijil yang membuktikan yang aku betul-betul lulus..hehehe..sebelum ni dah tahu dah..cuma tak da bukti je..so ini lah buktinya..korang saksikan la ya..


sijil BTN

sijil KISSM


aku bukan nak menunjuk atau nak bongkak..apatah lagi nak riak..(tak baik riak..BERDOSA..n tak masuk SYURGA)..tapi..cuma aku nak bagi semangat kepada orang yang masih bergelar pelajar..untuk terus berusaha..sebab aku tahu..ada follower aku ni..terdiri dari pelajar..tak kira la pelajar sekolah mahupun IPT..

Wednesday, June 24, 2009

minggu yang membosankan...

salam to all readers..dan selamat pagi semua..

minggu ini cukup membosankan buat aku..apa tak nya..minggu ni kan minggu exam pertengahan tahun bagi sekolah aku..bila dah exam..mesti tak mengajar dan belajar kan???..so aktiviti aku nak mengajar..tak dapat nak dijalankan seperti biasa..

yang lagi membosankan ialah..nak menanda kertas-kertas jawapan budak-budak ni..hahahaha..memang biru la mata hitamku menanda kertas-kertas ni jawabnya..

tapi kebosanan aku dapat jugak dikurangkan..sebab aku dapat online semsa jaga exam nie..hehehe...sekarang ini..sekolah aku dah ada wi-fi..(tak ramai cikgu yang tahu..sebenarnya ni)..so apa lagi hehe..gunakan lah kemudahan yang telah disediakan dengan sebaik-baiknya...

oklah..nak ronda sekejap..kang ada pulak yang meniru nanti..hehehe..jumpa lagi selepas ni..assalamualaikum...

Monday, June 22, 2009

Sudah diuploadkan

salam..sebagai pembuka bicara..hehehe

korang masih ingat lagi tak..sebelum cuti sekolah yang lalu..aku dan beberapa orang guru..serta murid-murid yang bakal menduduki UPSR 2009 pergi ke satu kursus di Jelebu???kalau tak ingat..rujuk pada entry yang lepas eh..

kursus pemantapan akidah dan kecemerlangan diri siri 2/2009..yang telah diadakan di Pusat Pemantapan Akidah JAKIM di Jelebu..pada 29-31.5.2009 yang lalu..so tadi aku saja online menjenguk laman web rasmi JAKIM..sekali aku tengok..dorang dah upload kan cerita tu kat web dorang..hehehhe

lambat betul bertindak..huhuhu..dorang upload pada 17 Jun yang lalu..kira minggu lepas la..hehehe so korang boleh la klik dekat link ni untuk maklumat lanjut http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=4083

ok lah..lagi jumpa..salamzzz

berapa lama nak tunggu laa

salam..dah agak lama aku tak mengupdatekan blog aku ni..bukan apa..agak busy sedikit sekarang ini dengan pelbagai tugas harian..tak sempat nak update..

pada entry yang lepas..aku ada storykan yang aku pergi temuduga untuk lantikan DG41 kan..pada 18 Mei yang lalu..diam punya diam..dah sebulan lebih berlalu rupanya..dan aku masih lagi menunggu jawapannya..

setiap kali aku online..mesti aku cek keputusan aku..tp agak menghampakan..keputusan masih lagi belum keluar..sampai bila laa nak tunggu ni..dah sebulan lebih dah..aduh laa...penatnya aku menunggu ni..entah bila dapat tahu pun..tak tahu laa..hehehe

Monday, June 15, 2009

hari pertama selepas cuti yang tak best

salam..back to school to semua cikgu dan murid sekolah..hehehe..hari ini merupakan hari persekolahan pertama bagi sesi ke-2/2009..memang jadual tidur aku berubah..kena bangun awal semula..seawal pukul 5.30 pagi..

semua itu aku tak kisah..tapi yang aku kisahkan..peristiwa petang tadi..selepas tamat sesi persekolahan..kira petang la eh..lebih kurang pukul 1.30 petang..kami warga SKDC dipanggil ke satu mesyuarat tergempar..mesyuarat ini diadakan untuk memberitahu kepada semua guru..bahawa sekolah akan dipantau oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan..secara berkelompok pada hari rabu ini..17 Jun 2009..

hahaha..sungguh menakjubkan..mood cuti tak hilang lagi..dah kena pantau pulak..dah la next week ada Canang dan exam pertengahan tahun..orang sibuk nak selesaikan soalan-soalan exam..masa tu pula dia nak datang..huhuhu..

habis menggelupur semua cikgu dibuatnya..termasuk la aku..yang sekarang ini tengah mengupdate sistem fail..huhuhu..padan muka aku..siapa suruh tak update masa cuti hari tu kan..wakakka..tensionnya la..hari pertama kerja selepas cuti..dapat berita macam ni..

apa nak buat..dah nasib..terima sahaja la..ok la..aku nak sambung update fail aku..lagi jumpa..salam

Sunday, June 14, 2009

ala...tak bestnya

hari ini..hari ahad..14.6.2009..merupakan hari terakhir cuti persekolahan bagi sesi pertama tahun 2009..huhuhu..tentu semua orang yang bergelar murid..mesti bengang..sebab esok dah mula nak kena pergi sekolah..setelah cuti selama 2 minggu..

esok...aku kena bangun awal..dan menjalankan tugas mendidik anak bangsa..seperti biasa la..rutin aku..berulang dari paroi ke nilai dengan white pearl aku..

esok juga..aku akan kehilangan 3orang rakan seperjuangan..kerana mereka akan memulakan tugas di tempat yang baru..huh!!..ni yang tak best ni..yang pindah tu..semua kawan yang sealiran dengan aku..

ok..lah..aku nak bersiap nak pergi kenduri..so kepada semua yang bergelar GURU aku ucapkan selamat mengajar dan kepada semua yang bergelar murid..selamat belajar..

Saturday, June 13, 2009

pendekar dan srikandi

salam to all readers..hope korang semua sehat..hehehe
ok lah..entry ni saja aku postkan..sebab nak mengisi masa lapang..PENDEKAR dan SRIKANDI..ni lah gelagat 2orang anak buah aku..siapa lagi..kalau bukan si danish aiman dan izzah athirah..
kisah ni terjadi minggu lepas sebenarnya..adik aku ni..memang bergait aktif dengan seni silat..so adalah keris dia sendiri..aku pulak dengan selamba ambil keris tu..bagi pada anak buah aku..untuk bergambar..hahaha..
korang tengok laa..wajah danish yang poyo..huhuhu..bila pegang keris..


yang ini pula..wajah izzah athirah..macam tun teja pun ada gak kan..huhuhu..

budak dua orang ni..kalo bergambar..macam-macam aksi dan gaya dia lakukan..walau macam mana pun..aku tetap sayangkan dua orang anak buah aku ni..to danish dan athirah..pak teh sayang sangat dengan kamu..

Friday, June 12, 2009

biar betul???


salam..bertemu kembali..kali ni aku nak postkan entry..yang agak menimbulkan persoalan..huhuhu..korang baca tajuk pun dah tau kan..

biar betul??apa yang biar betul??..betul ke aku dah bertukar profesion??dari seorang guru..kepada jurufoto..isy..agaknya kot..tapi aku rasa tak..ini hanya sekadar mengisi masa lapang..aku sayangkan profesion perguruan..sebabnya banyak cuti..huhuhu..to my lovely fiera..jangan marah eh..sebab abang lagi banyak cuti..berbanding sayang..hahaha
sebenarnya..gambar-gambar ini..aku ambil masa pergi Kursus Pemantapan Akidah dan Kecemerlangan Diri Siri Ke-2 baru-baru ni..so semasa kursus tu..sempat la aku ambil beberapa shot..sebabkan aku baru belajar lagi menggunakan DSLR ni..jadi korang boleh komen la..agar aku dapat memperbaiki teknik aku semasa mengambil gambar..
gambar yang bakal ditunjukkan ni..aku menggunakan beberapa orang model..yang tak dibayar upah pun..hehehehe..dan gambar pemandangan..saja suka-suka..saksikan lah ye..
1) amir..anak kak ita kedai buku sekolah aku..





2) shiela..salah seorang fasilitator kursus ini..dia ni memang suka bergambar..kalo ada yang nak mencari model..aku syorkan shiela ni..huhuhu..sebab dia memang jenis yang suka bergambar..






3) pasangan suami isteri yang romantis..hanif (rakan seperjuangan) dan hidayah..


4) wan halil..rakan seperjuangan


5) maisarah..yang ini anak murid aku..

6) pemandangan..bunga, sungai dan air terjun..air terjun ni..dekat bukit tangga..sempat berhenti sekejap..sementara menunggu bas yang lambat ketika mendaki bukit tangga..






semua gambar..aku ambil dengan menggunakan DSLR Canon 1000D..akhir sekali..thank you very much..kepada model-model yang telah menyumbangkan diri..untuk menjayakan sesi fotografi ini..

TAG~TAG~TAG--> macam smart tag plak..

salam..malam tadi..sebelum aku melelapkan mata..aku belek my blog..tetiba aku dah di TAG oleh seorang bloger ni..bloger yang baru aku kenal..tapi dah kena TAG..hehehe..bloger yang aku maksudkan ialah HONEYBUNNY..so nak puaskan hati si HoneyBunny ni..aku luangkan la sedikit masa..untuk menjawabnya..

1)APAKAH NAMA BLOG ANDA DAN KENAPA ANDA MEMILIH NAMA ITU ?

***PELANGI PETANG

pelangi petang ini..di ambil dari tajuk lagu Allahyarham Sudirman dan dinyanyikan semula oleh Def-Gab-C..sebab aku pilihnya..lagu ini..mengajar kita menghargai persahabtan..dan mengingatkan kita..satu hari nanti..perpisahan pasti terjadi dalam setiap hidup insan (kira insaf sikit la) huhuhu...

2)APAKAH LINK BLOG ANDA SEKARANG DAN BAGAIMANA BOLEH TIMBUL IDEA UNTUK MENAMAKANNYA SEPERTI ITU?

***http://kifiemiera.blogspot.com

aku pilih link yang macam ini..sebab ini adalah nama gabungan aku dengan buah hati tersayang..cik fiera..dan orang biasa panggil aku kimie..asalnya nak letak kimiefiera..macam tak best plak..so aku campur aduk kan..jadilah kifiemiera..huhuhu

3)APAKAH 'METHOD' PENULISAN DALAM BLOG ANDA?

memperkembangkan penulisan aku dengan menggunakan bahasa melayu..(walaupun masa SPM dulu..kurang minat nak buat karangan)..kang kalo aku tulis dalam bahasa arab..tak paham pulak kawan-kawan blog aku..huhuhu..

4) PERNAH TERASA NAK HAPUSKAN BLOG ANDA? SEBABNYA?

pernah gak dulu..sebab tak reti nak decorate blog..tapi sekarang ni..tak der dah..sebab aku akan luangkan masa aku menulis blog di sini..

5) ORANG SETERUSNYA UNTUK DI TAG...JENG2..he3

a) cik fiera
b) cik intanurulfateeha
c) cik cha cha
d) antusabun@lamputih
e) lanndesa
f) cik tieha
g) rose emely

cukup laa..dah ramai plak..huhuhu..ok cik honeybunny..aku dah jawab TAG yang diberikan..huhuhu



jom bantu mereka yang memerlukan..

apsal malam ni..aku asik nak post entry jek ni???huhuhu..nak lepaskan gian..sebab dah lama tak update blog..hahahaha


ok lah..ni nak ajak kawan2 kita wat charity sikit..untuk bekalan kita jugakkan..korang ada nampak tak banner kaler kuning dan kehijauan kat sebelah atas blog aku tu??

nampak kan??..so korang clik la kat situ..dan seterusnya..ikut la step yang diberikan..
jom la kta bantu mereka yang memerlukan untuk cari saham di SANA nanti...

Thursday, June 11, 2009

Kursus Pemantapan Akidah dan Kecerlangan Diri Siri 2/2009

salam..bertemu kembali..kali ni nak story pasal aktiviti yang aku ikuti baru-baru ini..iaitu pada 29 - 31.5.2009..sebelum cuti sekolah..sebenarnya kursus ni..untuk my students yang bakal mengambil UPSR tak lama lagi..

kursus kali ini..sebenarnya sama sahaja dengan kursus yang lepas..cuma kali ini..hanya student dari sekolah aku sahaja yang menyertainya..seramai 84 orang peserta yang mengikuti kursus ini..dan kali ini..kursus ini dikendalikan oleh kakitangan Pusat Pemantapan Akidah JAKIM serta 2 orang fasilitator undangan khas..dan dibantu oleh guru-guru sekolah aku sebagai urusetia..


antara wajah peserta ketika menunggu bas berlepas


ini pula wajah driver bus yang akan membawa peserta

memang banyak benda yang mereka timba selama 3hari 2malam di sini..pelbagai program yang diisi bagi memenuhi skop kursus ini..



sesi taklimat dan ice breaking




antara aktiviti yang diadakan




antara wajah fasilitator..en Affa n cik Shiela



dan yang paling menyeronokkan..ialah apabila aktiviti SIAR FIKIR..selesai sahaja aktiviti..peserta dibenarkan melepaskan gian mandi sungai..hahaha..tengok sahaja gelagat mereka..huhuhu..aku malas nak taip panjang..so korang saksikan la sendiri antara gambar-gambar yang sempat disnap sepanjang kursus ini..


seronoknya mereka dapat berkubang


so ini pula..gambar semasa majlis penutup..dan gambar kenangan bersama fasilitator, urusetia dan peserta..


peserta lelaki terbaik..amirul asyraf bin abd rahman

peserta perempuan terbaik..siti normaisarah bt zainuddin

barisan fasilitator dan urusetia..
yang baju oren belakang tuh..ultraman amir namanya..


gambar peserta-peserta bersama fasilitator

begitulah al-kisahnya..maka selepas majlis penutup..semuanya pergi minum petang dan solat asar..lebih kurang pukul 5petang..kami semua pulang ke sekolah dan tiba di sana pada pukul 7.15 mlm..