apa yang dicari??

Tuesday, September 22, 2009

kad hari raya untuk semua...

salam..hari ni..aku tak kemana pun..duduk rumah sahaja..so aku nak bg korang semua kad raya..terima lah kad raya dari aku ini...walaupun kad raya nie tak chantek..aku harap korang sudi menerimanya ye...


terpulang laa yang mana satu korang nak ambil..aku tak kesah pown..ok lah..SELAMAT HARI RAYA..

Monday, September 21, 2009

benda-benda yang aku sayangi..


entry ini dipostkan sebab aku tak tahu nak post ape lagi..tadi selepas beraya di rumah jiran-jiran..aku dah kekenyangan..tak boleh nak tidur..so aku pun postkan entry ni..

ni antara benda-benda yang aku sayangi..memang aku sayang sangat kat benda ni..kalau benda ni rosak atau hilang..boleh susah aku dibuatnya..kalo korang nak tahu apa bendanya..korang scroll ke bawah nie..dan saksikan laa benda-benda nya..




MY HONDA EX-5


MY HONDA CIVIC ES1 1.7


MY SONY ERICSSON C905


MY LAPTOP ACER ASPIRE 4920

MY DSLR CANON 1000D WITH EXTERNAL FLASH

YONGNUO DIGITAL SPEEDLITE YN460

MY LOVELY ZIPPO PAT.2032695..



ok itu sahaja antara benda yang aku sayang..huhuhu..salam n bye..

SALAM AIDILFITRI



salam dan alhamdulillah..bertemu kembali..selepas seharian aku tak berblog..busy dengan hari raya..yer..semalam kita semua umat Islam menyambut aidilfitri..so selamat hari raya buat semua umat islam..

seperti biasa..bila diumumkan esok raya..masing-masing bila azan isyak..semuanya ke surau untuk solat isyak berjemaah selepas itu takbir dari rumah ke rumah..ini tradisi yang dilakukan setiap kali menjelang syawal..semoga tradisi ini dikekalkan..

so pagi-pagi lagi semua bangun dan bersiap ke surau untuk solat sunat aidilfitri secara berjemaah..selesai solat dengar khutbah..habes khutbah..wat tahlil arwah pulak..selepas tu..aku pun balik ke rumah la..

sampai rumah semua orang dah bersiap sedia..untuk acara seterusnya..bersalaman dan bermaafan dengan ahli keluarga..bermula dari ibu memohon ampun dan maaf pada emaknya (nenek kami)..dan seterusnya diikuti oleh adik-beradik aku yang lain..aidilfitri 1430H..aidilfitri yang ke-3 buat kami sekeluarga merayakan nya tanpa ayah dan adik..yer..ayah dan adik aku meninggal pada tahun 1428H..sebelum puasa dalam tahun tersebut..

nenek..busu bt muhammad amin

fikri..
aishah @ aie

shariff @ ayep










sesi maaf bermaafan dengan ahli keluarga..


selesai bersalaman dan bermaafan..kami bergambar sekeluarga..dan pemberian duit raya la..huhuhu..selesai jek..pergi ziarah pusara ayah, adik dan nenek..di tanah perkuburan islam paroi..berdekatan dengan stadium tuanku abd rahman paroi..




gambar kenangan bersama keluarga..






pemberian duit raya dari kak ngah..



kemudian kami pergi beraya kat rumah busu..adik arwah ayah yang kecik sekali di kg sentosa..agak-agak sejam kat situ..kami beransur pulang dan menuju ke rasah..taman sg ujong..yang ini..rumah sedara aku..rumah pak cik @ cikgu malek junid..lepak kat sini lama jugak..dekat nak 3 jam..huhuhu..panjang ceritanya..




kak ngah..anak abang nizam dan kak seri



adik..anak ke-3 abang nizam dan kak seri



mak cik azizah..



pak cik malik..



kak hanim..my sis..ni anak sulung pak cik malik dan mak cik zizah..



kenangan bersama dua keluarga..



balik dari rasah ingat nak singgah rumah sedara-mara..tapi dorang pulak tak ada..tak jadi singgah dan terus balik ke rumah..sampai rumah aku pown..melelapkan mata..sebab penat malam tu tak hilang lagi..
so itu lah cerita 1st raya aku..hari ini tak kemana..maybe esok kot aku nak beraya dengan cik adik sayang aku..hehehe~~~

Saturday, September 19, 2009

entry terakhir...


salam kepada anda semua..semoga dapat menjalankan ibadah puasa dengan penuh kesabran dan keimanan..

ni adalah entry terakhir dari saya..ye..memang benar..inilah entry terkakhir dari aku..sebelum tibanya syawal..hehehe..sekejap saja rasanya puasa pada tahun ini..dan hari ini..hari yang ke-29 dalam bulan ramdhan..petang ni..orang tengok anak bulan..untuk memastikan bila syawal akan datang..sama ada esok atau lusa..

so sedih juga rasanya..bila ramadhan dah nak pergi meninggalkan kita semua..mana taknya..bulan yang Allah limpahkan segala kebaikan dan rahmatNya buat kita semua..tak ada pun kelebihan dalam bulan ramdhan ini..ada dalam bulan-bulan Islam yang lain..

dalam bulan ramadhan ni..Allah limpahkan rahmatNya..Allah limpahkan MaghfirahNya atau keampunanNya..bulan yang Allah janjikan pembesan dari azab neraka..bulan yang ada satu malamnya lebih baik dari seribu bulan..bulan yang Allah buka pintu syurga seluas-luasnya..bulan yang Allah tutupkan pintu neraka serapat-rapatnya..bulan yang Allah lipat gandakan pahalanya..bulan yang Allah bebaskan azab kubur bagi mereka yang telah tiada..dan banyak lagi kelebihan dalam bulan ini..

sama-samalah kita berdoa..agar puasa kita pada tahun ini..diterima oleh Allah..janganlah ditolak puasa kita..kalau ditolak..maka kita berpuasa hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja..kita tak tahu lagi..adakah kita akan bertemu dengan ramadhan akan datang..dan kalau kita tengok dalam paper baru-baru ni..banyak sangat berlaku kemalangan sehingga meragut nyawa..

dikesempatan yang ada..aku dan keluarga..bermohon ampun dan maaf kepada anda semua..pengikut setia hamba..maafkan andai ada tersalah kata sehingga mengguris hati dan membuat anda semua terluka..so sebagai tanda memohon maaf hamba kepada kalian semua..sudilah kiranya kalian semua menerima ketupat dari hamba..silakan ambil dan letakkan di blog anda ye..





ketupat yang dirembat dari kedai buku kak ita..huhu


sebeum ini..aku ada terima kad raya dan duit raya dari seorang follower aku..yanmie..dan hari khamis baru ni..aku menerima kad-kad raya dari anak murid aku..terima kasih buat kamu..kerana sanggup pow mak ayah korang tuk bagi kad raya kat aku..hehehe..terima kasih banyak-banyak..cikgu maafkan dosa-dosa kalian semua..

kad raya dan duit raya dari yanmie

kad-kad raya dari murid-murid aku...

dari nur hazzuin


yang dua kad ini..tak ingat sapa yang kasi..hehe

dari fikri


dari ahmad rais..anak sulung kak yanz

dari nurfarhanah

dari anastasia allysa


akhir kata..mohon ampun dan maaf zahir dan batin dari aku (pelangi petang)..kepada semua pengikut setia aku..dan kepada semua yang mengenali diri ini..maaf kan saya..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

projek before eid al-mubarak..

salam to all readers..hope semuanya sehat sejahtera..dan berada dalam perlindunganNya selalu..diam tak diam..sekarang ni..semuanya busy nak siapkan persiapan untuk menyambut ketibaan syawal..bermungkinan tiba pada ahad ni..aku pulak..seawal subuh syafie ni..rajin pulak mengupdate blog..huhuhu..sebab kejap lagi nak pergi pasar..nak tahan mata..supaya jangan shut down power dulu..haha

so sama juga laa dengan family aku..kita orang pun busy jugak..hehehe..busy untuk menyiapkan juadah semasa hari raya nanti..ok..boleh dikatakan setiap tahun..family aku mesti buat benda ni..benda yang menyelerakan..tapi nak buatnya cukup menyeksakan..hahaha..

seingat aku..dari aku sekolah menengah lagi..family aku dah mula buat benda ni..dulu kita orang gunakan dapur kayu..huhuhu..memang masak dibuatnya..benda tu belum masak lagi..kita orang yang masak dulu..huhuhu..tapi sekarang dah kurang sikit laa.sebab dah guna dapur gas untuk membuatnya..

benda yang aku maksudkan ni..salah satu kuih tradisional kita semua..kalau orang negeri sembilan sebut PENGANAN..dan orang lain sebut DODOL..so ini lah projek aku sekeluarga sebelum menjelang hari raya..kita orang buat sebanyak 3.5kg..(ini berat tepung pulutnya..berat sebelum dimasak dan dicampur dengan bahan-bahan lain)..banyak tu beb..

projek bermula pada hari jumaat..18.09.09..seawal pukul 8.30 malam..selepas waktu berbuka..huhu..takkan nak buat masa berpuasa pulak kan..kang ada pula yang kantoi puasa..sebab tak tahan panas bahang apinya..

dimulakan dengan mengupas kelapa dan memesinnya..kelapa yang sudah siap dimesin..diramas pula untuk mendapatkan santannya..kemudian tepung pulut tadi..dibancuh dengan air..dan dicampur dengan beras pulut yang telah dikisar..digaul dan dibancuh sehingga sebati..gula anau dan gula melaka..dilarutkan dengan air dan dijerang sehingga hancur kesemua gula tadi..

bila dah siap..masukkan la..bancuhan tepung pulut dan beras pulut tadi ke dalam kawah yang dah siap sedia di atas dapur..ingat..jangan dihidupkan api dapur tu dulu..nanti bancuhan akan menjadi berkitil atau berbuku..sebab kawah panas..

so mula laa operasi..bila dah masuk benda ni..mula la menggodak atau mengacau..jangan berhenti..nanti akan menyebabkan bancuhan melekat pada kawah..kacau dan godak laa perlahan-lahan..masa ni..tak apa lagi..nak laju pown tak pa..sebab benda nya masih cair lagi..kemudian masukkan santan ke dalam kawah..perlu ditapis dahulu..takut ada hampas kelapa..huhuhu...

kacau la lagi..bila dah mula nak mendidih..masukkan pula gula anau + gula melaka tadi..ke dalam kawah..dikacau dan digodak lagi..godak dan terus godak..sehingga pekat dan likat..masukkan pula gula pasir ke dalam penganan tadi..aku cuma gunakan 2kg gula pasir sahaja untuk adunan ini..terpulang kat korang laa..kalau tak manis..tambah laa lagi..

kacau dan terus godak..mula menggodak pukul 10malam..dan tamat lebih kurang pukul 2.15pagi esoknya..lamakan nak buat benda ni???...huh..memang penat tak terkata..tapi kami puas..sebab hasilnya..dapat kami makan bersama keluarga..dan tetamu yang datang nanti..serta boleh diagihkan kepada sesiapa yang mahukannya..sebagai buah tangan di hari raya..dah penat menaip dan bercerita..kita layan gambar-gmabr yang sempat di snap sepanjang proses menjalankan projek ini..

kelapa yang siap dimesin

kawah yang bakal digunakan..


tepung pulut + beras pulut kisar dibancuh dengan air


operasi memerah santan


gula anau + gula melaka yang telah dicairkan


mula dijerang..ni bancuhan tepung pulut + beras pulut kisar


setelah dimasukkan santan


setelah dicampurkan dengan cairan gula anau + gula melaka


ianya semakin pekat dan likat..


gaya salah seorang penggodak penganan




hasil PENGANAN kami..


so kalau korang nak cuba buatnya..buat laa..ini resepi turun temurun..huhuhu...

SELAMAT HARI RAYA..MAAF ZAHIR DAN BATIN..