apa yang dicari??

Tuesday, October 20, 2009

entry terakhir

salam to all..semoga sehat sejahtera..sorry sebab dah lama tak update blog aku..ok lah..entry nie..aku post..khas buat kawan-kawan blog semua..ini adalah entry terakhir aku..ye..entry terkahir..dan maksudnya..selepas ini aku tak berblog lagi..

so aku mohon ampun dan maaf kepada semua kawan-kawan..andai ada salah dan silap yang aku lakukan..andai ada kata yang menyinggung perasaan..so tolong maafkan aku..jangan tanya kenapa aku nak stop berblog nie..biar la aku sorang jek yang tahu..

buat mai pot pet..selamat menjawab SPM..adik intan..teruskan berblog dan ajar laa orang yang memerlukan ilmu tuh..wat kawan-kawan sume..aku akan tetap ingat kat korang selamanya..

kalo korang nak borak ngan aku..add jek id YM aku tu..nanti bila aku on9..kita sembang..

sekali lagi..mohon ampun dan maaf atas segalanya..assalamualaikum..

Monday, October 12, 2009

projek yang belum selesai..

salam..sudah lama aku tak mengupdatekan blog nie..busy dengan tugas harian..dan laptop aku diborrow oleh akak aku selama seminggu yang lalu..so semalam baru dia pulang kat aku..huhu..aku jadi tak tentu arah sejak tak de laptop tempoh hari..


ok..sekarang ni dah hampir hujung tahun..dan dah pun masuk bulan oktober..sekejap sahaja masa berlalu..pelbagai projek aku masih lagi tertangguh..so sejak minggu lepas..aku dah mulakan antara projek yang tertangguh ni..



projek nya..huhu..tak lah grand sangat..macam grand lavina..ataupun grand sale...mahupun grand stand..huhuhu..cuma projek untuk menambahkan dana..bagi pusat akses sekolah aku..projeknya..sesi fotografi staff akademik 2009 SKDC, kelas dan unit beruniform..



sejak hari rabu yang lalu..projek ni dah bermula..tapi masih belum dapat diselesaikan..memandang tugas utama aku bukan nak amik gambar..tapi nak mengajar..so bila time kelas aku mengajar..aku masuk kelas mengajar..dan sesi fotografi ditangguhkan..



dan setakat hari ini..aku dah berjaya menghabiskan 20buah kelas..dan masih berbaki 11 kelas..insyaAllah esok selesai untuk gambar kelas..lusa (rabu)..nak amik gambar unit beruniform pula..huhu..
penat juga jadi jurufoto ni..naik sakit mata aku dibuatnya..tapi..aku tetap hepi bila dapat melihat hasilnya..so aku nak berkongsi dengan korang antara yang telah terhasil dari DSLR CANON 1000D milik aku ni..saksikan...zaaaasss~~~~


2009 SKDC team..ni pown ada guru yang tidak hadir



1 Arif..( Cik Fatin Salwa )

4 Arif..( Pn Rohana )


1 Efisyen ( Pn Norazian )

sebenarnya masih ada banyak lagi gambar yang aku nak uploadkan..tapi streamyx agak lembab sedikit pada malam ni..so dapat banyak tu jek yang aku dapat uploadkan..ok lah..aku nak merehatkan badan..sebab esok nak sambung tugas semula..lagi jumpa..SALAM..

Friday, October 2, 2009

selamat bekerja semula..

salam..dah seminggu lebih aku tak update blog..sebab kesibukan yang tak sempat aku nak update blog..so 1st sekali aku nak ucapkan selamat bekerja semula laa kepada semua warga kerja..termasuk diri aku..yang hari ini baru mula bekerja..

pelikkan..kalau nak ikutkan..ramai yang dah bekerja bermula isnin hari tu..tapi aku special skit..pagi tadi baru nak ke tempat kerja..hehehe..bukan bercuti..tp cuma tak masuk opis jek..sebab ada kerja luar..

bermula isnin hari tu sampai semalam (khamis)..aku mengikuti satu kursus di Akademi Audit Negara..dekat bandar enstek nilai..so aku tak masuk opis laa..datang just tengok-tengok kalo ada maklumat terbaru untuk aku..tapi tak punch card..

jarak tempat ni dengan opis aku tak jauh..just 10km je..lebih kurang macam tu la..bila waktu lunch..aku akan balik opis sekejap..pastu pergi baelk tempat kursus..dan hari ini..baru lah aku punch card..hehehe...

jadi hari ini juga lah..bermula meja persidangan aku bersama rakan-rakan..kalau nak ikutkan..dari hari isnin hari tu dah bersidang..tapi hari ini..lain sikit..sebabnya sepanjang waktu aku ada kat opis sehingga pukul 12tgh hari..

sampai kat opis..seperti biasa..punch card..dan duduk kat meja aku laa..semak balek kerja-kerja yang tertangguh..dan aku jumpa dua keping card raya..dari anak murid aku..la..dah lepas raya pun masih terima kad raya..thanks la..sebab korang sudi bagi cikgu korang kad raya..walaupun dah lepas raya..
persidangan di port biasa..setelah lama bercuti..

kad raya dari kahirunnisa
kad raya dari puteri lyly dan fathiah

sebenarnya..dorang nak bagi masa sebelum raya hari tu..nak bagi masa last day sekolah...tapi kadnya tertinggal..dan dorang bagi pada selepas cuti raya..huh..kuat betul ingatan budak ni..dah cuti seminggu lebih pun..masih ingat janji dia kat aku..bagus laa..dari yang pandai berjanji..tapi tak dikotai..lagi terukkan...so terima kasih bebanyak..sebab sudi bagi kad raya kat aku..

esok dah sabtu..cuti balek..huhu..tapi esok aku akan pergi beraya..hehehe..dan jemputan kahwin..ok lah..nanti aku story cerita tentang raya aku eh..salam..lagi jumpa!!!