apa yang dicari??

Thursday, December 31, 2009

hari yang sungguh memenatkan...


salam..hope korang semua sehat sejahtera..huh!!..betol-betol penat sangat aku..2 hari bertungkus lumus ke sana ke mari..betol-betol membuatkan aku berasa penat..tak pernah aku rasa penat sampai macam ni...

semalam..selepas habis meeting..lebih kurang pukul 2petang..aku terus menyelesaikan hal-hal yang perlu diselesaikan di nilai...balik seremban..rest sekejap..pastu amik adik aku kat seremban dua..dalam lebih kurang pukul 7..aku keluar balik..pergi KLIA..sambut mak zarah dan ayah hamzah..balik dari mekah..terlalu lama menunggu..selesai semua lebih kurang..pukul 12.30 tengah malam..n sampai rumah lebih kurang pukul 1.15 pagi..

pagi tadi..seperti biasa hantar adik aku pergi kerja...pastu terus ke kuala pilah..ada hal sikit..selesai balik seremban..amik ibu n adik aku..pergi sekolah adik aku..buat urusan pertukaran sekolah untuk tingkatan4..selesai hantar ibu n adik aku balik..terus ke nilai..selesaikan urusan di sekolah aku pulak...

balik seremban..rest sekejap..n terus ke ampangan semula..hantar borang-borang pertukaran sekolah adik aku..dan terus ke seremban dua..amik adik aku balik dari kerja..huh..sungguh memenatkan..kerana kebanyakan jalan dah mula sibuk..

nampaknya..malam ni aku tido awal laa..sebab badan dah terlalu penat..sebelum terlupa..SELAMAT TAHUN BARU 2010 tuk anda semua..salam

Tuesday, December 29, 2009

2010 bakal tiba...


salam readers..2010 bakal tiba..dan 2009 bakal meninggalkan kita..maka bertambah lah lagi setahun usia kita semua...bila bertambah usia..makin hampir kita kepadaNYA...

ok..seperti biasa..bila dah nak tiba tahun baru Masihi ni..ramai yang pasang pelbagai azam dan cita-cita..tapi korang perasan tak???berapa ramai yang ingat tahun baru Hijrah baru-baru ni???hehehe...

aku bukan nak cerita apa pown..just nak bagi taw..seperti biasa..bila nak buka sesi persekolahan yang baru..maka semestinya ada meeting..antara benda yang aku tak suka..sebab bila meeting mesti mengambil masa yang agak lama baru nak selesai..meeting sekolah la namanya..paling kurang mesti habis tengah hari..

aduh la..mesti boring aku duk dalam meeting..tapi aku tahu apa yang perlu dilakukan untuk menghilangkan boring itu..antaranya.....(rahsia)...

ok lah..aku nak tidur awal sikit..sebab meeting esok pagi..kalo tak..tak bangun la pulak aku nanti..lagi jumpa salam..

Monday, December 28, 2009

tak ada kesungguhan???


salam readers..hope korang semua sehat sejahtera..dan ceria selalu..hari awal pulak aku bangun..hehe..kebiasaannya dalam waktu macam ni..aku sambung tidor balik..

hurm..apa yang anda akan rasakan..bila seseorang mengatakan anda "TAK ADA KESUNGGUHAN" baik dalam kerja..atau dalam apa sahaja???

arrggh..itu yang ditanya oleh seseorang kepada aku pagi-pagi ni...mungkin dia tak nampak kut..yang aku ni bersungguh-sungguh..atau saja-saja buat tak nampak..aku pun tak tahu la...

memang sekarang ni..aku banyak bercerita tentang "my white pearl"..sebabnya..kereta tu aku beli dengan duit aku sendiri..down payment..hasil dari titik peluh aku sendiri..berlainan dengan orang lain..ada yang dapat kereta..down payment nya..bukan dari duit sendiri...contohnya..mak atau ayah yang sponsor..abang atau kakak..suami dan sebagainya..mungkin sebab tu aku..banyak menceritakan tentang kereta aku...

hurm..entah lah..aku pun tak faham..cerita pasal kereta pun salah..nak cerita pasal apa eh baru orang tak marah???

ok lah..aku nak bersiap..sebab ada urusan penting untuk dilakukan hari ini..LAGI JUMPA~~~

Sunday, December 27, 2009

sungguh bosan...

weekend yang sangat bosan..tak tahu nak buat apa lagi..hurm..dah la sekarang ni..berjauhan dengan "buah hati" kesayangan..hancur luluh..hampa kecewa..dibuatnya..segala aktiviti terpaksa di cancelkan..sebabnya.."buah hati" tak ada...

bila la nak dapat bersama kembali dengan "buah hati" tersayang ni????

Thursday, December 24, 2009

tak confuse lagi


salam..alhamdulillah berjumpa lagi..sejak akhir-akhir nie..entry aku asyik cerita pasal kereta sahaja..hehehe..yer laa..kereta aku rosak sekarang nie..

so petang tadi..aku ke bengkel sekali lagi..dan aku ada contact beberapa foremen yang arif dengan gear box auto nie..ada sorang bro nie..kira otai la..dekat rasah cakap ngan aku..bukan masalah gear box..tapi benda lain..bendanya "torque converter" punya hal..atau dalam bahasa mudah nya.."BOLA"..benda tu letaknya dalam gear box..dan dia bersambung dengan drive shaft..

baru sekejap ni tadi..aku call sorang lagi otai dalam bab-bab kereta ni..sapa lagi kalau bukan pak lang aku..atau lebih dikenali dengan nama "BOZO"..dia pun cakap benda yang sama..so aku bertambah keyakinan la..yang rosak tu..bukan gear box aku..tapi "torque converter" sahaja..

kalau benda tu sahaja..tak lah cecah sampai RM2k..lega la aku sikit..dan boleh la aku tidur lena sedikit malam ni..huh susah hati betul bila "buah hati" sakit macam ni..huhuhu..

ok la..nak keluar sekejap..lepak sambil minum-minum dengan kawan-kawan..salam

benda yang aku cari..sudah jumpa...


salam kepada semua..semoga sehat sejahtera..aku yang menaip dalam keadaan pelbagai rasa..ada sedih suka dan duka..hehehe..sebelum tu..AL-FATIHAH buat sahabat baik ku AHMAD ZUHAILI B. SHAFIE..maafkan aku sahabat..aku tak dapat lagi nak menziarahi pusara mu..apa yang aku mampu hanya kirimkan doa buat mu..

ok lah..aku nak postkan entry benda yang aku cari buat masa ni..benda tu ialah GEAR BOX untuk HONDA CIVIC 1.7 aku..puas aku mencari ke sana dan ke mari..sehinggakan ada yang nak jual sampai rm3500..tak masuk akal..sedangkan kalau aku convert enjin 2.0 i-VTEC baru rm8000 sahaja..

so malam tadi usha punya usha..dapat laa satu..tu pun memang satu sahaja yang ada..yang lain semua model b16b atau pown b18c..yang tu semua tak boleh nak masuk kan enjin kereta aku..

beginilah bentuk rupa gear box civic 1.7

yang ni..orang tu nak jual rm2000..aku rasa ok lah..dan memang model 1.7 pown..so aku nak deal ngan orang ni..kalau boleh dapat murah lagi..bila aku trade in gear box aku kat dia..ok zuhur pun dah masuk..aku nak selesaikan urusan ini..lagi jumpa jika diizinkan..

salam...

ku rindukan mu...


salam..bertemu kita lagi..kalau dah baca tajuk entry tu..mesti terbayang-bayang wajah orang yang kita rindukan..yer..aku pun tak lepas dari benda ini..sebab benda ni..adalah satu anugerah ALLAH kepada setiap hambanya..

hari ini..24 DISEMBER 2009..adalah tarikh lahir bagi seorang sahabat baik aku..iaitu ALLAHYARHAM AHMAD ZUHAILI BIN SHAFIE..ulang tahun kelahiran arwah yang ke 28..sebaya dengan aku..sayu dan hiba bila tiba waktu ni..kebiasaannya..bila tiba waktu macam ni..aku akan wish happy birthday padanya..tak kira la tengah malam ke..pagi ke..sebab kami memang rapat..serapt rapatnya...

aku rindukan arwah ni..seorang sahabat yang baik..terlalu baik buat aku..dan kawan-kawan yang lain..segalanya masih aku ingat bersama arwah..baik kami sama-sama di KUSZA dan Mesir dulu..pahit manis..kami harungi bersama..tapi ALLAH lebih menyayanginya..arwah menemui penciptaNYA..pada 4.4.2009..akibat kemalangan jalan raya..pilu dan sayu bila mendengar berita pemergian arwah..kali terakhir aku bertemu arwah ni..masa kami sama-sama konvo KPLI kat putrajaya..kebetulan tarikh konvo kami sama..

YA ALLAH..aku amat merindui sahabatku AHMAD ZUHAILI bin SHAFIE..ku mohon pada MU..cucuri rahmat dan kasih sayang Mu ke atas rohnya..ampunkan segala dosa-dosanya..jadikanlah kuburnya seperti taman di dalam syurga..tempatkanlah dia di sisi para rasul, anbiayak, para sahabat, para soleh yang dekat denganMU..ku mohon pada MU YA ALLAH..tunaikan lah permintaan hambaMU ini..AMIN YA RABBAL 'ALAMIN

Wednesday, December 23, 2009

sungguh membosankan

salam to all..hari ini..aku rasa sungguh membosankan..masuk hari ini..dah 3hari..aku rasa macam ni..sejak kereta aku masuk bengkel..serba serbi jadi malas..dan hilang mood aku dibuatnya...

petang ni..nak ke Kuala Lumpur..ada jemputan kahwin..jiran sebelah rumah aku ni..kang kalau tak pergi tak best pula..sebab hari tu dah confirmkan nak pergi menyalang ke sana..huh..nampak gayanya..kena pergi juga..sebab aku mintak along aku gantikan aku..tapi dia tak dapat..pergi dengan hati yang tak hepi dan tak ada mood..

sampai bila aku nak macam ni pown aku tak tahu..

Tuesday, December 22, 2009

alhamdulillah..kerana umur ku masih dipanjangkan..


salam to all readers..hope korang sihat sejahtera..alhamdulillah..syukur kepada Allah..yang masih lagi bagi aku kesempatan untuk berblog..thank you Allah..ok lah..aku nak story sedikit pasal apa yang terjadi semalam..

semalam 21.12.2009..satu peristiwa telah berlaku..peristiwa yang boleh membuatkan aku..akan ingat sampai bila-bila..hehehe..bak kata pepatah..sudah jatuh ditimpa tangga..

ok lah..aku nak story sikit..story nya macam ni..semalam aku keluar pergi town seremban..tapi sebelum tu..aku pick up dua adik sedara aku kat nilai..ALONG n ANGAH..yang ikut sekali adik perempuan aku sekali..kira aku berempat la..so pas pick up dorang kat nilai..kita orang pergi seremban..tuk shoping barang-barang sekolah dorang..aku just jadi driver yang penuh berhemah la..hehehe..

so bila sampai kat JPA seremban..aku belok kiri..dan ikut jalan Lobak..sebab malas nak layan jam kat town seremban..terutamanya depan muzium negeri..ikut jalan belakang..tak banyak sangat kereta..sampai kat toyota show room..aku turn kanan la..sebab trafic light dah hijau..masa aku belok tu..aku rasa bergegar..aku ingatkan tayar aku pancit..pastu..gegaran tu hilang..dan aku stop di traffic light temiang..yang berhampiran dengan maxis centre tu..bila traffic light hijau..aku nak jalan la..tapi kerata aku tak boleh jalan..dah..buat hal pulak kereta ni..

aku terus pasang double hazzard..n kereta beredar dari belakang kereta aku..kereta aku masih tak boleh nak jalan..pastu ada la mamat ni tolong tolakkan kereta aku lepas dari traffic light dan park kat tepi jalan tu je..aku pun call la rescue team aku..call akak aku untuk pick up budak-budak ni..

aku call foreman aku..dan dia cakap kena hantar bengkel..tapi tow truck tak ada..aku cakap tak pe la..aku guna tow truck insuran kereta aku..so bila dah deal ngan insuran..n sambil tunggu tow truck datang..aku lelapkan mata sekejap dalam kereta..tapi tak lelap mana pown..sebab kepala duk pikir pasal masalah kereta ni..lebih kurang 2 jam baru tow truck sampai..driver dia call aku..untuk confirm kan kereta tu..aku cakap ye..

so dia u turn di persimpangan KFC Lobak..dan keluar betul-betul dekat simpang yang aku park kereta tadi..bila traffic light tukar hijau..tow truck jalan macam biasa..dan kektika nak membelok..datang satu mamat naik motor ni..dari arah bertentangan..driver tow truck ni pun elak dari langgar mamat ni..tapi yang jadi mangsa adalah KERETA AKU..diulangi sekali lagi..KERETA AKU..aku pula yang kebetulan dibelakang kereta..hanya mampu melihat kereta aku "ditarik" oleh tow truck..aduh la..dah la kereta rosak..kena langgar pulak dengan tow truck yang nak tow kereta aku ke bengkel..lagi la bengang aku dibuatnya..








beginilah keadaan kereta aku yang di"tarik" oleh tow truck..

tapi aku bersyukur kepada ALLAH..sebab aku selamat..kalau aku ada kat sebelah kanan kereta aku..confirm..aku mati tersepit disitu..maka ramailah yang akan meratapi kematian ku..eh..ramai ke????aku pun tak tahu..

so siang tadi..aku ke bengkel member aku..untuk confirmkan apa masalah kereta aku..rupa-rupanya..gear box kereta aku..punya hal..gigi-gigi gear tu ada problem sikit..sebab bila jack tayar depan masuk gear..tayar kereta boleh jalan..tapi terletak..di atas bumi..gear tu tak mampu nak gerakkan kereta aku..

deal punya deal..sah kena tukar gear box baru..kereta aku pulak auto..kalau repair..walaupun ada warranty..tapi berkemungkinan akan rosak balik..kalau nak tukar baru..trade gear box lama..half cut nak rm3500..aduh..makin bertambah pening aku dibuatnya..


last sekali aku suh foreman aku usha harga half cut untuk enjin 2.0 jek..kalau harga tak sampai 10k termasuk gear box..baik aku convert je enjin kereta aku..dari tukar gear box sahaja..
bila dah selesai repair enjin kereta..nak kena hantar kereta kat bengkel tow truck tu..nak repair pulak hasil "tarik" dari tow truck tu..nampak gaya nya..sampai buka sekolah laa..aku tak dapat nak bersama "kekasih hati" aku ni..hahaha..

begitulah dugaan yang telah diuji oleh Dia kepada ku semalam..dan sehingga kini..aku masih lagi runsing memikirkan "kekasih hati" yang berjauhan dengan ku..
ok lah..aku nak stop..aku nak sambung kerja sedikit..salam..

Saturday, December 19, 2009

soalan yang aku tak suka ditanya

salam to all readers..jumpa lagi kita di blog ini..alhamdulillah..so entry kali ini..berkaitan dengan soalan yang aku tak suka..huhuhu..bukan la sampai tahap benci..tapi tak suka sahaja..

agak-agak korang apa soalannya???..hehehe..soalan ini..diajukan oleh seorang kawan aku..semasa kami berjumpa pada sabtu 2minggu yang lalu..kawan sekolah rendah aku..memang dah lama tak jumpa..sebab tak tahu nak cari macam mana..semasa kenduri perkahwinan adik kepada kenalan aku yang lain..

soalannya berbunyi macam ini..KAU BILA LAGI NAK KAHWIN??...hahahaha..kebanyakan orang kalau sebut pasal kahwin..orang suka..tapi aku kurang suka sikit..sebab aku belum bersedia untuk berumah tangga..banyak tanggungjawab aku sekarang ini..setelah ketiadaan ayah tercinta..lagipun..banyak lagi impian aku yang belum tercapai..

korang boleh baca impian aku dalam tahun 1431H ini..mudah-mudahan apa yang aku impikan akan tercapai jugak di tahun 1431 ini..ok lah..aku nak tidur..esok ada satu misi yang aku perlu laksanakan untuk impian aku..

salam..

Thursday, December 17, 2009

salam MAAL HIJRAH 1431

salam kepada semua..terlebih dahulu aku memohon ampun dan maaf..disebabkan sudah lama tak berblog..sehinggakan ramai yang bertanyakan aku..bila nak update blog..sebelum nie..aku ada post satu entry yang aku dah tak nak berblog lg..tapi ramai yang tak setuju aku berbuat demikian..

so di malam 1 muharam 1431H ini..aku membuat keputusan untuk berblog semula..agar aku dapat berkongsi cerita dengan korang semua..terutamanya followers tercinta..

SALAM MAAL HIJRAH 1431 dari aku buat korang semua..semoga tahun baru ini..kita dapat berhijrah kepada yang lebih baik dari sekarang..

salam..