apa yang dicari??

Thursday, October 14, 2010

KENAPA KENDERAAN ANDA PERLUKAN D'CARBO


D’CARBO - KUASA PEMBERSIHAN ENJIN TERHEBAT


Punca kepada enjin kenderaan tidak berfungsi dgn baik adalah di sebabkan oleh carbon yang terbentuk didalam enjin. Lebih tinggi (mileage) maka lebih banyak carbon terbentuk. Hasilnya,valve dan piston kotor, enjin terasa berat, penggunaan petrol/diesel meningkat, speed menurun, enjin bergegar, bising, Air cond kurang sejuk serta horse power menurun.Akibat daripada beberapa contoh di atas, maka kenderaan kita terpaksa melakukan top overhaul, di sebabkan kesan carbon yang terbentuk didalam enjin kenderaan. Maka kos membaik pulih meningkat.


Dengan bermodalkan serendah RM178.00 dengan hanya 2 botol berteknologi Jerman,kami mampu menyelesaikan masalah anda.


FAEDAH-FAEDAH MENGGUNAKAN DCARBO


-Membersihkan karbon didalam combustion chamber, injap, palam pencucuh, piston, silinder dan intake manifold

-Seperti melakukan top overhaul. Dcarbo membersihkan komponen-komponen enjin, anda tidak perlu lagi melakukan top overhaul

-Mengembalikan prestasi enjin hampir ketahap asal

-Mengurangkan pelepasan asap terutama kenderaan yang menggunakan diesel sebagai bahan bakar

-Mengurangkan gegaran, kebisingan dan melancarkan operasi enjin

-Enjin mudah dihidupkan dalam apa jua cuaca

-Mengurangkan pencemaran gas toksik yang dikeluarkan oleh sesebuah kenderaan

- Enjin lama dirasai seperti enjin baru

-Menjimatkan penggunaan minyak

-Meningkatkan prestasi kenderaan dan kuasa kuda (horse power)

-Memanjangkan hayat enjin kenderaan


CIRI-CIRI UTAMA D’CARBO


• Formula ini telah melepasi ujian oleh pihak SIRIM QAS International (Report No:2006KL0920).

• Menanggalkan lapisan karbon didalam ruang pembakaran (combustion chamber) sesebuah enjin, termasuk injap-injap (valve), palam pencucuh, kepala piston, kepala silinder dan intake manifold

• Sesuai untuk enjin kereta, van,bas, MPV yang menggunakan petrol, diesel dan gas (NGV) sebagai bahan bakar

• Sesuai untuk semua jenis kenderaan termasuk kenderaan mewah.

• Sesuai untuk semua enjin NA (Normal Aspirated), dan yang menggunakan kuasa pendesak seperti Enjin Turbo atau Enjin Supercharger

• Sesuai untuk sistem karburetor dan suntikan (injection)

• Bertindak sebagai agen pembersih karburetor dan penyuntik bahanapi

• Dapat mengesan sebarang kebocoran sistem ekzos

• Kesan perubahan positif yang segera (dalam masa lebih kurang 15 -30 minit keputusan dapat diketahui)

• Lebih mudah, begitu segera dan terbukti berkesan

• Jimat masa dan belanja

100% Bio-Fuel Technology.Tidak mengandungi sebarang bahan kimia yg berbahaya ataupun solvent (pelarut).

Wednesday, August 25, 2010

Isy..LEKAS la...lambat betol

my love "WHITE PEARL"
salam to all..selamat berpuasa..hari ni je..dah 15 ramadhan..cepat jek masa berlalu..hurm..so aku saje nak postkan entry arie nie berkaitan dengan perkataan "LEKAS"..apa yang korang semua faham dengan meaning "lekas"??(alamak..macam kelas bahasa pulak kan???)..hihi
yang kita taw..lekas bermaksud..cepat, pantas, laju..kalo kat sekolah..bila kena panggil ngan cikgu..sebab kita dah buat salah...sebagai contoh ayatnya "LEKAS laa sikit berjalan tu...!!"..dan kalo biasa mak aku..marah kat adik aku..bila nak ikut keluar bersama..tetapi terhegeh-hegeh.."LEKAS la sikit bersiap tu...mengalahkan mak datin!!!"->sorry mak..pinjam ayat tanpa kebenaran<-...
sebenarnya..aku bukan nak wat kelas bahasa pownn..cuma nak kongsi bersama kawan-kawan semua..yang ada kereta sendiri dan suka memandu ke sana ke mari..korang semua..tentu tak suka...jalan yang kita lalui tu..asyik sesak..dan melambatkan masa perjalanan kita..

aku yang selalu travel..dari seremban ke tempat kerja di nilai..sampai naik lali..bila tiap-tiap hari berdepan jalan sesak..terutamanya di waktu pagi..kalo tak sesak pon..kereta yang dipandu terhegeh-hegeh..dan duduk di lorong paling kanan...kalo dah tahu lembab duduk tepi jek laa..berdepan dengan 20 trafic light..huh..sungguh sengsara..kadang-kadang memakan masa hampir sejam untuk sampai ke office..padahal jaraknya cuma lebih kurang 40km jek...

so sekarang nie..perjalanan aku ke tempat kerja..semakin lancar..dan menjimatkan masa...tak sampai setengah jam pown dah boleh sampai ke tempat kerja..tak perlu bersesak-sesak..tak perlu mengdap trafic light yg berpuluh-puluh itu..ini semua kerana L.E.K.A.S telah sempurna sehingga ke persimpangan taman perumahan aku..ye L.E.K.A.S dah sempurna..dari KL sampai ke Paroi..memang mudah dah lekas...LEbuhraya KAjang Seremban..

paparazi cuba nak mengambil gambar "ISTERI" saya


setakat nie..memang mudah dan lekas..kereta pown masih tak banyak..bila guna LEKAS ni..jarak ke tempat kerja aku..hampir sama je..cuma bezanya..masa dapat dikurangkan..hurm..cuma perlu diingatkan..jalan nya kurang memuaskan sikit..so sesiapa yang guna LEKAS ni..diingatkan berhati-hati laa..dan di LEKAS ni juga..terjadinya satu kemalangan yang mengorbankan nyawa..ACHIK SPIN...(Al-Fatihah untuk beliau)

Lebuhraya yang lebih kurang panjangnya 44Km dari Paroi sampai ke Kajang..sangat mudah untuk ke Kuala Lumpur dan Cheras..dan highway ni..bersambung dengan Kajang SILK..kalo dah guna service..mesti kena bayarkan???so..buat masa nie...kalau dari arah Paroi..bayaran tol dikenakan bermula dari Plaza Tol Setul..sebagai contoh..dari Plaza Tol Setul - Plaza tol Pajam RM 2.50...ni rate aku hari-hari ke tempat kerja..kalo contoh yang lain..dari Plaza Tol Setul - Plaza Tol Kajang Selatan RM4.90..dan bermula September 2010..(berapa HB aku tak ingat)..bayaran penuh bagi setiap laluan...

suasana di Plaza Tol Setul..
so sekali lagi..kepada sesiapa yang dari KL nak ke Kuala Pilah..memang mudah dan senang..dengan menggunakan LEKAS..korang cube laa..rasa mcm mana dengan LEKAS ni..aku memang hari-hari gunakan laluan ni..untuk ke tempat kerja dan balik ke rumah..korang cuba dulu..pastu respon kat komen aku..ok??
ok laa..tu jek kot entry untuk kali ini..LEKAS yang meLEKASkan perjalanan saya..salam

Tuesday, August 24, 2010

aku rindu kamu...

kenapa ngan aku sekarang nie eh..semua benda aku buat..aku rasa malas..malas yg teramat..tanpa ada semangat..hihi..apo halnya story nie ngan tajuk entry aku kan???hihi

mungkin ada juga kaitannya...ye..sebab kan aku rindukan kepada si dia...ye..aku rindu sangat pada si dia..rindu yang teramat sangat..sehinggakan aku nak bekerja pown tak de semangat..nasib baik laa arie nie tak banyak kerja...so buleh laa releks sikit..dan update blog yang dah berbulan tak update nie...

semalam 23.08.2010..hari yg sangat bersejarah bg aku..keluarga aku..dan bagi si dia..mmg bersejarah sangat..ada kisah suka dan duka yang berlaku dalam tarikh tu...mmg akan ku kenang sampai bila-bila..

tentu nak taw kan..apa benda yang berlaku..tapi..nak mula yang mana eh??yg suka atau yg duka???hurm..ok laa aku mulakan dengan yg duka dulu...

tanggal 23.08.2007..aku kehilangan adik kesayangan aku..akibat kemalangan jalan raya..di jalan sungala port dickson...dan disebab kejadian ini juga laa..aku hampir 3tahun tak jejak kaki kat PD..sungguh memilukan buat kami sekeluarga..kerana 3bulan sebelum tu..ayah kami pergi menemui Ilahi..Al-Fatihah buat arwah ayah dan muhaimin..

tanggal 23.08.2005..aku buat satu perjanjian dengan si dia..sungguh indah dan manis ketika itu..dan sehingga kini..aku mengharap keindahan ini berterusan sehingga akhir hayat kami berdua..dunia dan akhirat..tp..yg jadi masalahnya..bila laa aku buleh nak kawen ni...mak tolon laa izin kan aku kawen ngan dia...

sekian wassalam

Sunday, May 16, 2010

BUAT SANG GURU

guru..
dengarkan puisiku ini..
ku persembahkan khas buatmu..
untuk kau hayati dan kenangi.
guru..
kau ibarat lilin yang menerangi..
kegelapan dunia ini..
tanpamu gelaplah dunia..
tanpamu aku tidak akan berjaya.
guru..
kata-katamu ibarat emas..
kata-katamu akan ku ingat..
dan ku bawa mati.
padamu oh guru..
yang mengasuh dan mendidikku..
yang mengajarku tanpa rasa jemu..
agar menjadi insan cemerlang.
guru..
ku pohon seribu kemaafan..
salah dan silap harap diampunkan..
berkatilah dan halalkanlah segala ilmu yang dicurahkan.
TERIMA KASIH CIKGU!!!!
HAPPY TEACHERS DAY..BUAT SEMUA YANG BERGELAR GURU!!!

Sunday, May 2, 2010

selamat hari pekerja

salam to all readers..apa khabar???hope korang semuanya sehat sejahtera dan berada dalam perlindunganNya selalu...

kesempatan yang ada..walaupun dah lepas sehari..aku tetap nak wish kepada semua warga kerja..tak kira di mana korang berada..tak kira korang kerja apa..swasta atau kerajaan..SELAMAT HARI PEKERJA...semoga semua warga kerja..bekerja dengan penuh dedikasi..dan membuat satu tranformasi untuk kebaikan semua...

sekali lagi SELAMAT HARI PEKERJA...salam

Wednesday, March 24, 2010

60 Earth Hour

salam to all..diam tak diam..tahun ni sekali lagi kempen earth hour..akan berlansung pada sabtu ini...27 mac 2010..bermula 8.30 mlm - 9.30 mlm...kempen ni diadakan bagi...mengurangkan suhu kepanasan bumi..yang semakin meningkat..disebabkan kenipisan lapisan ozon..dan pencemaran...

so..pada hati tu..sama-salah kita menyertai kempen ini...bukan susah pon...just tutup semua lampu kat rumah kita...selama satu jam...satu program yang menguntungkan kita juga...dapat buat dua benda dalam 1 masa....coz yang pertama...kita dapat mengurangkan suhu kepanasan bumi...dan yang kedua...dapat jimatkan bil elektirk kita semua selama 1jam...

so...bersama-samalah kita menjayakan kempen 60 Earth Hour ini...salam

Tuesday, March 23, 2010

route to wembley


salam...sudah agak lama aku tak berblog...rindu nak menulis kat sini...tapi tak de kesempatan..makin banyak kerja yang perlu diselesaikan...

so bila ada kesempatan ni..aku nak story laaa kat korang...walaupun korang tak nak tahu...tapi aku nak cerita jugak...sebab aku cerita dan tulis ni...dekat blog aku..bukan blog korang...hahaha

sebernarnya...masa cuti sekolah minggu lepas...aku, mak aku dan adik bongsu aku...telah membuat satu lawatan...huhu...walaupun cuti di tengah bulan...aku tetap boleh berjalan..sebabnya aku memang dah simpan duit sikit..untuk pergi bercuti...dan aku namakan cuti aku tu...route to wembley kelantan...mana ada duit nak pergi sampai ke negara orang putih sana...pergi kelantan pun jadi la...sebab orang kelantan pun..putih macam orang putih...hehehe

aku pergi ke sana..ahad petang...lebih kurang 4.30 petang..aku memulakan perjalanan...dan tiba di sana lebih kurang pukul 4 pagi..masa nak pergi banyak sangat nak berhenti..dan keadaan yang tak mengizinkan aku memandu laju...

lama juga aku kat sana..dan boleh dikatakan..hampir semua tempat aku pergi berjalan...dari rantau panjang...pengakalan kubur..wakaf che yeh..dan macam-macam lagi laa yang aku lawati..aku sebenarnya..bukan tak pernah pergi ke pantai timur...cuma dah lama tak pergi jek...

tujuan asal nak ke sana..cuma nak berjalan-jalan...dan kebetulan masa cuti tu..kawan sama tempat kerja aku tu kahwin...so aku buat keputusan..tunggu sehingga khamis..selepas kenduri dia baru aku balik seremban...tahniah laa buat wan nurul hafiza...kerana berjaya menamatkan zaman bujangnya...tapi dah-dah laa cuti...tak kan nak cuti lagi sampai seminggu....

bukan main riang dan gembira mak n adik aku...bila dapat berjalan...aku pun happy jugak laa..tp agak penat..sebab just aku sorang jek yang drive...pergi dan balik...ada co-driver pun...tak berani nak memandu MY WHITE PEARL...sebab tak biasa drive kereta yang besar...tapi aku tak kesah pun..sebab aku memang suka memandu..hehehe

ok lah..so korang bleh tengok jek gambar kat bawah nie..

pemandangan di jeti pengkalan kubor..



pemandangan di Masjid Beijing, Rantau Panjang




perkahwinan Wan Nurul Hafiza


itu sahaja kisah aku kali ini...lagi jumpa..salam