apa yang dicari??

Thursday, January 28, 2010

kerana pulut santan binasa...


salam to all readers..semoga kalian sihat sejahtera hendaknya..sudah agak lama aku tak mengupdate blog sendiri..disebabkan agak busy dengan tugas harian..maklum lah..bulan pertama persekolahan..macam-macam benda nak dibuatnya...

hurm..kenapa aku pilih tajuk entry aku macam ni..ok lah..aku just nak bagi pendapat..atau komen lebih kurang macam tu la..dengan berita yang baru-baruini..membuat ada sesetangah berasa marah...dan tidak puas hati sehingga..membuat laporan polis..terhadapnya...

korang mesti perasan kan..atau tak gak dapat nak tangkap apa yang aku nak storykan ni????..ok lah..biar aku yang berterus terang...al-kisahnya..seorang penulis blog yang ditahan polis baru-baru ini...

makhluk yang ditahan itu..aku mata kenali..apa taknya..kawan aku semasa zaman persekolahan..bukan setakat rapat..malah satu kelas lagi..semasa sekolah rendah dulu...memang boleh dikatakan rapat juga..dengan dia...

cuma setelah tamat zaman persekolahan rendah..masing-masing membawa haluan sendiri..hurm..aku pun terkejut juga..bila ada orang memberitahu aku..yang dia sedang diburu polis kerana..menghina almarhum sultan johor..dalam blognya..

wah..hebat betul beliau..sehingga bertindak sedemikian rupa..walaupun selepas itu..dia memohon maaf secara terbuka...yang aku heran..kenapa dia boleh mengeluarkan perndapat sehingga macam tu sekali??dia kerabat ker???..entah laa..

itulah..pesanan orang tua-tua..KERANA PULUT SANTAN..SANTAN BINASA..KERANA MENAIP SESUKA RASA..KEDALAM JAWABNYA...so kepada aku dan anda yang berblog..kalau nak komen sesuatu tu..berpada-pada lah...jangan sampai jadi seperti ini...

kesian aku tengok maknya..mana nak letak muka..bila anak berkelakuan sedemikian..sedangkan maknya..amat dikenali...so akhir kata..ingat pesan yang satu lagi ni..MENGANGA DULU BARU BERCAKAP..ni pun pesanan orang tua-tua juga..bukan aku yang reka..

bertemu dalam post yang lain..salam..

Thursday, January 7, 2010

biar betul???


salam..hope all my readers n pengikut blog saya berada dalam kesejahteraan dan sehat selalu..agak lama juga aku tak mengupdatekan blog ini..bukan apa..awal tahun macam ni..aku agak bz dengan tugasan di pejabat dan tugasan harian yang lain...

biar betul???...memang betul pun..memang aku agak bz sedikit..tapi malam ni..aku luangkan jugak masa untuk update blog aku..

biar betul???ye memang betul la..dah seminggu rupanya sesi persekolahan bermula..rasa macam baru semalam jek..isy..cepat betul masa berlalu..pejam celik dah seminggu...

biar betul???memang betul..ada satu pekeliling terbaru dari Jabatan Perkhidmatan Awam..dimana lepasan diploma sains kesetiausahaan dinaikkan gred..atau pangkat kepada N27..tahniah buat cik adik sayang..sebab dapat naik pangkat..mesti bertimbun backdated selepas ini...

biar betul???masuk minggu nie..dah 3minggu keta aku kat bengkel..masih belum dapat disiapkan lagi...

eh..biar betul???aku akan menamatkan zaman bujang aku tahun ni???hahaha..yang ni tak betul..huhuhu..sebabnya masih belum sampai seruan untuk berbuat demikian..

berapa banyak BIAR BETUL DAA?????oklah..aku nak wat kerja aku sekejap..lagi jumpa..assalamualaikum

Sunday, January 3, 2010

tahniah..tahniah..tahniah..


salam to all..hope korang semua sehat sejahtera..ni rsanya entry aku yang ke-2 dalam tahun 2010 ni..eh terlupa pulak..SELAMAT TAHUN BARU 2010..semoga azam dan janji dapat ditunaikan..hehehe

ok lah..aku nak share sedikit kegembiraan aku..huhu..ye ke gembira???gembira jugak la..ok lah..al-kisahnya macam ni..baru-baru ni..dalam cuti bulan 12..aku dikejutkan oleh big boss aku..yang memberi tahu..bahawa aku dinaikkan pangkat..anak sepupu aku ditawarkan sekolah sukan negeri SMK zaaba Kuala Pilah..gembira bukan kepalang si kak ngah bila dapat berita tu..

sapa si kak ngah ni??korang bleh nengok wajahnya..ada di sebelah kanan blog aku tu..walaupun result upsr nya tak sehebat mana..tapi tawaran tu adalah salah satu impiannya..kerana dia ni..aktif dengan bola jaring..dan olahraga..

so hari khamis aku bertungkus lumus membantu dia mengisi borang..sebab family dia tak pernah ada pengalaman dalam nak uruskan hal ehwal ni..so aku bantu la bersama..kena pula surat lewat sampai ke rumah..pagi sabtu aku ke sekolah..sebab ada pendaftaran tahun 1..aku bawa angah bersama..sebab nak jumpa guru besar..nak sign dan cop borang-borang dia..

alhamudlillah..settle segalanya..cuma tinggal nak berangkat pergi ke sana sahaja..buat angah tahniah dan sejuta tahniah..semoga apa yang angah impikan akan jadi kenyataan..belajar berungguh-sungguh walaupun sibuk bersukan..

selepas ni..kerinduan kat angah..pasti menebal..huhuhu..sebab angah ni antara penumpang setia kereta aku..pergi dan balik sekolah..hurm..nak wat cemana kan..setiap pertemuan pasti ada perpisahan..walaupun perpisahan itu sama ada sementara..atau selama-lamanya..

so korang boleh la nengok antara..gambar-gambar kenangan aku dan angah semasa beliau bersamaku di SKDC...



kenangan ketika balik dari kursus di jelebu

kenangan semasa hari anugerah kecemerlangan 2009

semoga segala kenangan akan terpahat selamanya...

nur kasih


bagaikan permata dicelahan kaca
kerdipnya sukar tuk dibezakan
kepadaMu Tuhan ku pasrah harapan
agar tak tersalah pilihan
NUR KASIH Mu mendamai dikalbu
jernih setulus tadahan doaku
rahmati daku dan permintaanku
untuk bertemu di dalam restu
kurniakan daku serikandi
penyejuk di mata penawar di hati
di dunia dialah penyeri
di syurga menanti dia bidadari
kekasih sejati teman yang berbudi
kasihnya bukan keterpaksaaan
bukan jua kerana keduniaan
mekar hidup disiram NUR KASIH
YA ALLAH KURNIAKANLAN KAMI ISTERI DAN ZURIAT YANG SOLEH
SEBAGAI PENYEJUK MATA
di Tangan Mu Tuhan
ku sandar impian
penentu jodoh pertemuan
seandai dirinya tercipta untuk ku
relaku menjadi miliknya...
begitulah luahan hati seorang lelaki..yang mengharapkan terbaik bagi dirinya..macam aku ke???no komen..benda ni sebagai satu peringatan bagi aku..bahawa kita ini hanya mampu merancang..tetapi peancangan kita tak dapat nak melawan perancangan Allah..kerana sebaik-baik perancang..adalah Allah..
semoga kita tak putus asa..untuk terus merancang yang terbaik untuk hidup kita di muka bumi ini..