apa yang dicari??

Monday, March 9, 2009

konvokesyen KPLI (SR) LPBS j-QAF kali ke-3

ketika menerima diploma dari datin asariah

citer nie sebenarnye dah lama berlalu..berlakunya pada tahon lepas..bulan november 2008..setelah setahun setengah aku mengharungi pelbagai dugaan untuk menghabeskan tempoh pengajian ako nie..akhirnya..tanggal 20 november 2008..begitulah tarikhnya...aku pown konvo dengan bangganya..kali nie konvokesyen KPLI (SR) LPBS j-QAF kali ke-3..telah diadakan di dewan sri siantan..perbadanan putrajaya..

antara family yang datang

sebenarnya..aku n kwn2 ako yang laen..berkonvo pada hari terkahir..konvokesyen nie berlangsung selama 3hari..sebelum2 nie Institut Perguruan yang laen laa..berkonvokesyen dlu...seronok btol..bile konvo kali nie ramai plak..adik beradik ako dtg..untuk meraikan kejayaan ako...sebelum nie..bukan laa xpernah konvo..tp tak seseronok konvo IPRM nie...

eh2x..nie ako konvo ataw nenek ako yang konvo???
konpius neh...


ako sebenarnye mcm tak percaya jek..yang ako nie dah jd cekgu..n telah menamatkan kursus perguruan nie..aper tak nyer..dengar kawan2 ada gak yang tak lulus..n kene repeat paper..tp alhamdulillah..yg repeat dapat gak konvo..

antara kawan2 yang hadir sama..
tapi tak turut serta berkonvo..

walaupown..ako meraikan kejayaan ako nie..tanpa ayah, adik n cik adik sayang..(sedey gak bro..coz tak dapat nak meraikan dengan ayah tersayang..agaknya..memang dah takdir ako..masa kat kusza dlu..ako konvo..ayah ako tak dapat datang..disebabkan demam..konvo kat mesir..memang tak der laa family ako datang..konvo IPRM pown..ayah ako tak gak dapat dtg..coz ayah ako dah xder lagi..tp ako percaya..masa ako berkonvo nie..ayah ako tetap ada ngan ako..aku dapat rasakan kehadirannya..)..tp ako still hepi..coz ako dapat gak menerima diploma perguruan ako..hahaha tengok laa..betapa bangganya ako..huhuhu...

kat luar dewan sri siantan

nie plak gambar studio..gambar perseorangan n family...

wajah bangga..dengan diploma n bunga..

bersama family..
duduk dari kiri :- nenek n ibu..
berdiri dari kiri :- ayoi, angah, aku, ekey, aishah n ayep

nie plak laa rupenyer diploma ako..hehehe..wat cik adik sayang..ble nak belanja nie...ako dah beat cgpa ko..hehehe..3.7 cgpa ako neh..

tengok laa tuh..siap tulis pangkat CEMERLANG..huhuhu..

apa2 pown..tahniah tok ako n kawan2 se IPRM ngan aku..korang sume dah jadi cekgu terlatih..tgu tok temuduga SPP plak..ok lah..nak stop n nak solat maghrib ney..tak maw laa nak riak lelama..heheheh..lagi jumpa..daaaaa~~~

kristal...ooo...kristal!!!

hehehe..sajer jek ako post topic nie..nie bukan nak citer pasal band kristal atawpown baby crystal..hehehe..tapi ako nak citer kristal yang ako beli baru2 nie..sajer jek beli..tok tambahkan lagi koleksi kristal yang ada..

kristal ako berpusing..

ako beli kristal nie..coz bende nie cantik n cute..dalam die gambar biaser jek..twin tower..ade lrt..kl tower n bunga raya..yang membuatkan ako tertarik tok beli bende nie..port bawah dier bley berpusing..n ada 4 led bawah die..so bila on kan di malam hari..memang menarik..n cantik..

tak berapa nampak cahaya lednya..coz flash camera

ako beli pown dengan harga rm20 jek..tawar-menawar skit..dapat laa rm15..hahaha..bukan mahal pown kristal nie...kalo ade modal nak beli lagi laa..bentuk yang laen plak...

Petua Kecantikan Semula Jadi

salam..kali nie ako nak kongsi ngan korang beberapa petua..petua nie ako dapat dari email ako yang telah dikirimkan oleh seorang kawan..saper dier tak perlu laa korang tau..so jom kiter baca sekejap petua-petua yang telah diberkian nie....

Petua Kecantikan Semula Jadi Petua Cepat Dipinang (Ringan Jodoh)

Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut. Dari Anas r.a. bahawa Nabi s.a.w bersabda : Tidak (sempurna) iman seorang kamu, sebelum dia menyukai untuk saudaranya (sesama Islam) apa yang disukainya untuk dirinya sendiri.

Penawar Resdung.


Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.

Melicin dan Memerahkan Kulit Muka


Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di sekuruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.

Menegangkan Kulit Muka


Ambil tepung ubi kayu dan me ntimun. Timun itu hendaklah disagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair.. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar…

Menghilangkan Cagu


Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih.

Menyerikan Wajah


Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba.

Menghaluskan Kulit


Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.

Menghilangkan Bau Badan


Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu. Badan Ringan Dan Bertenaga Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.

Melembutkan Rambut.


Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan sela ma dua minggu.

Merawat Kulit Berkedut


Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.

Melentikkan Bulu Mata


Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik Menghilangkan Parut Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air. Jgn terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.

Melebatkan Rambut


Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dgn tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.

Awet Muda


Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Merawat Senggugut


Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat. InsyaAllah, senggugut akan hilang.

Kulit Cerah dan Licin


Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.

Rambut Lebat


Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih. Selawat 3 kali Tangan yg masih basah itu segera dilap atas rambut

Mengurangkan Dengkur


Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.

Menghilangkan Ketuat


Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. Titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri. Lakukan beberapa kali. Ketuat akan mengering dan luruh sendiri.

Mengempiskan Perut


1.Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat perut sahaja, amalkan setiap malam.

2.Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil. Mengelak perut buncit Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.

Mengekalkan Kecantikan


Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman. Menghasilkan Kulit Cantik, Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yg telah dihancurkan .

Mengatasi Senggugut


Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita . Namun terdapat cara yang senang untuk mengatasi senggugut .
Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam. Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid.

Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun . Boleh gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan.Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik. Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut. Kesannya tanpa sedari dah lama saya tak dapat senggugut.

Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat


Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada.

Menyegarkan Mata Gatal dan Letih


Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.

Menyegarkan Mata


Ambil timun yg telah dihiris Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata utk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.

Menaikkan Seri Muka


Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit.

Merawat Panau


Ambil sepotong halia , tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau. InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya.

Mengelak Rambut Gugur


Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.

Sihat Tubuh Badan


Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun). Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun .

Melangsingkan Tubuh


Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal

Menghilangkan Parut di Kulit


Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Mengelak Keguguran Rambut


Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kulit kepala seeloknya pada waktu malam. amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.

Menghilangkan Bau Ketiak


Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut. Selain itu, setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawah ketiak.

Menghilangkan Kelemumur


Perahkan air limau purut/nipis di atas kulit kepala Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.

Rambut Gugur


Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.

Menghilang Sakit Kepala


Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram. Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari dan insyaAllah anda akan berasa segar dan ringan kepala.

Menghilang Ketumbit Mata


Gesel 2 batang sudu. Sapukan bahagian yg digesel di tempat ditumbuhi ketumbit Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.

Menurunkan Berat Badan


1.Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
2.Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Amalkan minum selepas makan tengahari atau selepas makan malam.

Mengatasi Tumit Pecah


Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.

Awet Muda


Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.
Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Mudah Bangun Pagi


Sebelum tidur, tepuk bantal tiga kali sambil berselawat ke atas Nabi s.a.w. Niat dalam hati utk bangun pagi Insya-Allah, esok terjaga dengan sendirinya.

Menghilangkan Jerawat


Campur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan dimuka dan di tempat jerawat Insyaallah, jerawat akan beransur hilang.

Meluruskan Rambut Kerinting


Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja Campurkan dgn air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya. Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dgn bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.

Menghaluskan Kulit Muka


1. Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang limabelas minit. Selepas itu barulah dibilas.


2.Didihkan susu segar atau pun susu tepong bercampur air. Biarkan ia sejuk. Lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih. Hilangkan Pecah-pecah Di Tumit Beberapa keping asam gelugur dimasukkan ke dalam baldi yg berisi air suam. Rendamkan kaki anda selama 1/2 jam. Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh semula

Memerahkan Bibir


Sapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insya allah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.

Memutih dan Mengilatkan Gigi


Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Bakar hingga jadi abu. Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut. Lakukan berulang kali dan insyaallah gigi anda putih berkilat.

Tegangkan Payudara


Amalkan meminum air kanji (air didih nasi)sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.

Mengembalikan Seri Muka Selepas Bersalin.


Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam. Menguatkan Gigi Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika. Kemudian, duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .Semasa mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga. Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka.

Menghilangkan Lebam Mata


Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur. Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.

Mengelak Santau


Untuk mengelakkan santau melalui makanan, pastikan sebelum menjamah makanan, rasa lelangit kita dengan lidah. Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa rasa geli, jangan makan makanan/minuman atau pun tutup kedua-dua belah telinga kalau tak dengar bunyi berdengung, berhati-hatilah dgn keadaan sekeliling. Untuk mengelakkan santau melaui angin, jangan amalkan tidur bertentangan dengan pintu.

Meminimakan Gangguan Semasa Tidur


Biasakan bangun awal pada waktu pagi kerana boleh menyebabkan seseorang itu cepat merasa mengantuk pada waktu malam. Lakukan senaman kerana ia menjadikan seseorang itu cepat letih dan mengantuk. Hilangkan segala masalah dengan mempraktikkan hobi anda seperti membaca, bermain atau berjenaka dengan anak dan isteri. Ingatlah Allah sebelum tidur dan bertawakal kepadaNya setelah kita yakin dengan segala kerja di siang hari itu adalah ibadat.

Sakit Tekak


Sakit tekak sewaktu bangun pagi?Terus kebilik air & tepukkan air sejuk di tengkuk anda. pastinya kahak akan “longgar” & mudah keluar selepas itu. Hilangkan atau elakkan sakit tekak dgn meminum air tomato seminggu 3 kali. Sakit atau perit tekak akan hilang.

Merdukan Suara


Merdukan suara dgn air suam yang diperahkan limau nipis. campurkan gula batu & biarkan semalaman. Keesokkannya, sebelum gosok gigi atau berkumur & minum air itu.

Rawat Muntah


Rawati muntah kanak-kanak dgn daun limau purut. Tumbuk atau mesinkan dgn campurkan sedikit air. Minum seperti biasa. ia akan beransur sembuh.

Hilangkan sedu


Hilangkan sedu dgn menarik nafas sedalam yang boleh, lakukan 3 atau 4 kali. Pastinya sedu anda beransur hilang selepas itu.

Segarkan Diri


Ingin segar diwaktu pagi? Selepas bangun daripada tidur, minum terus air suam. Amalan ini dipercayai awet muda sejak turun temurun.

Hilangkan batuk
Hilangkan batuk dgn mengambil sedikit gula melaka & makan. anda akan lihat hasilnya yan memuaskan setelah beberapa ketika.

Gusi bengkak
Atasi bengkak gusi dgn menghancurkan umbut nenas. Campurkan dgn sedikit garam halus. Tampalkan pada gusi yang ada kesan bengkak. Biarkan sehingga kering.

Suara Serak
1. Atasi suara serak dgn sebuku asam jawa, rendam & ramas didalam air. Kemudian campur dgn segelas air sejuk. Masukkan ke dalam peti sejuk. Minum dua kali sehari.


2. Atasi suara serak dgn dua biji bawang besar, Buang kulit & mesin hingga hancur, tapiskan & ambil airnya. Minum sekadar dua kali sehari selama dua hari berturut-turut.


3. Ubati suara serak dgn beberapa biji limau nipis & mesinkannya dgn dicampur sedikit air lalu dipanaskan, kemudian sedutkan wapnya melalui mulut beberapa kali.

selamat mencuba..salam...


Sunday, March 8, 2009

STP -> Standard Tapi Power!!!

salam sejahtera buat sume...arie nie ako nak citer pasal kete kesayangan ako plak..walaupown sebelum nie aku pernah postkan citenye..tp kali nie nak sambung skit lagi...

ok lah..sekarang nie..dah sebulan aku menggunakan kete nie..n bg aku..mmg aku rase puas hati...dengan keadaannye..kemasan yang dibuat mmg membuatkan aku rasa selesa...sebelum nie korang just tengok gambar luar jek kan..so arie nie bley laa tengok gambar dalamannya plak... seat dalam nya still standard lagi..guna fabrik jek..coz kete nie 1st model..memang didatangkan dengan kemasan fabrik jek...walaupown fabrik..aku rase lagi selesa..dari guna leather..tak panas..


bahagian dalam yang diubahsuai..cume stereng sahaja..stereng standard..agak besar..so ditukar stereng kecik skit..stereng speed racing..panel meter pown still standard lagi...gear auto dengan 3 kelajuan...korang bley tengok laa dalam gambar nie...

top meter 240 km/h..

aik ada flag n9 plak...

ok..begitulah serba sedikit keadaan bahagian dalaman kete ako..so skang jom kite tengok kat boot belakang apa yang ada...jeng jeng jeng....jangan terkejut...

hahaha..nie laa subwoofer yang ada dalam boot belakang kete ako..walaupown single woofer..tp nie dah cukup menggegarkan kete ako...apa tak nyer..subwoofer mohawk..korang kalo nak wat system audio..aku suggest kan gune mohawk system audio...mmg best laa bunyi nyer..tp power amp pown kene power gak laaa..

bahagian dalaman dah citer..so skang nak citer bahagian luaran plak..part tyre kete ako plak..kete nie dah diubahsuai bahagian luarannya...kete nie gunakan tyre hankook 205/40/17..kalo nak ikotkan mmg tak elok gunekan tyre nipis siri 40 nie..coz risikonyer tinggi..bile termasok dalam lubang skit..boleh membengkokkan rim anda..tp bg ako..tayar jenis mcm nie sesuai laa tok kete nie...nak besar mcm mana lagi???tak kan sebesar tayar traktor kot???kui kui kui...


nie laa rupenyer tayar hankook 205/40/17...sport rim kete nie aku gunakan model..advanti racing monza japan..saiz 17..mmg kene ngan kaler body kete nie..kete kaler putih..rim pown kaler putih n chrome...

skang nie ako nak bawak korang tok tengok keadaan enjin kete nie plak..disebabkan kete nie 1st model..memang tak der vtec laa..just enjin EXI jek..enjin kete nie still standard lagi..tak usik aper pown kat bahagian enjin..just ditambah fuel saver n micro compressor bagi menambahkan kuasa semasa memandu...


mcm nie laa rupe bentuknyer enjin honda EXI..bagi 1st model ES1 1.7....yang sebelah kiri kaler merah tu laa...fuel saver yang telah dimasukkan dalam enjin kete nie...

yang sebelah kanan..dekat ngan tank air wiper..n yang ada meter tuh plak..adalah micro compressor..bende nie berfungsi untuk menambahkan lagi kuasa enjin ataw menambahkan pick up..terutamanya semasa nak memecut..atau penukaran gear semasa memandu..serta nak memotong...setakat nie..ako dah try kat highway..kelajuannya bley mencecah 200km/h..n bley pegi lagi..tp ako tak berani..sebabkan arm sebelah kiri ako dah bengkok skit..lagi pown dari seremban ke senawang..jalannya tak berapa elok..terutamanya berhampiran susur keluar rasah ataw port dickson...n yang paling penting..ako masih sayangkan nyawa ako lagi bro..hahahaha!!!!


so begitulah ceritanya honda ES1 1.7 milik aku nie..DAL 2015..nombor nie ada maknanya bagi ako..biar laa ako jek yang taw..korang tak perlu laa taw k...apa pown ako bersyukur kepada Allah..atas nikmat yang diberikan ke atas ako...



Saturday, March 7, 2009

sport day..part3

salam..jumpe lagi..ako rase nie last entry tok sport day..maleh dah nak cite bende nie lagi..hehehe..ok sambong balek cite yang lepas...

pas abes sume acara dah dipertandingkan..so tibe laa masa tok acara ibubapa n pegawai sukan plak..hehehe..acara paer lagi..sukaneka laa..acaranya..tiup belon sampai pecah..pastu masukkan gelung dlm kon..hehehe..meh tgk antara gambar2nye..(aku tak der sebab tgh amek gambar2 nie)...


tiup kak..jangan tak tiup...

berjaya juga akhirnya...

nie antara wajah ceria pegawai sukan bile menang...

ok..sebelum hadiah diberikan..ada plak acara terakhir..iaitu acara tarik tali...antara rumah merah dan hijau..acara nie dimenangi oleh rumah hijau...akhir skali..tibe laa masanya penyampaian hadiah...juara keseluruhannya..rumah biru..ke-2 rumah hijau..ke-3 rumah merah..n last skali rumah kuning...nie laa antara wajah2 juara yang sempat ako rakam..

naib juara sukan sekolah 2009

juara sukan sekolah 2009

olahragawan sekolah 2009

olahragawati sekolah 2009

tahniah laa kepada semua pemenang..yang kalah..jangan putus asa..try lagi masa sukan sekolah tahun depan k...orait..sampai sini jek dlu..tok citer sport day 2009 sekolah ako......

Thursday, March 5, 2009

sport day..part2

okies..kali nie aku sambung balek tentang sukan skolah aku..arie jumaat tuh..aku dah ader balek kat skolah..n arie tu adelah arie raptai penuh tuk sukan sekolah... so pagi tuh pas pekena teh n kueh karipap..aku pown gie kat padang sekolah tok memulakan tugas2 aku...mcm biase laa..snap photo laa..hehehe.. yang pagi nie cume dibuat raptai perbarisan dari kontijen setiap rumah...


setelah selesai raptai..maka mereka sume berdebar-debar..tgu kejohanan akhir yang berlangsung pada arie ahadnye..so pagi ahad tuh..berlangsung lah..acara nya..yang menentukan juaranya..biru??hijau??merah??? ataw kuning??? so nie lah beberapa shot yang sempat aku snap semasa sukan berlangsung...

berdebar2 menunggu giliran

lari2..jangan tak lari...

antara org kuat dalam skolah nie...

selepas sume acara dah abes dipertandingkan..kini tiba plak acara untuk ibubapa n guru..hahaha..nie acara sukaneka..kite sambung part 3 plak..coz aku dah mengantok..petang td baru balek dr kursus..salam...



sport day..part1

salam kawan2..sory laa coz dah lama tak update blog..bz skit skang nie..banyak sgt keje nak buat..sampai tak sempat nak update blog...

kali nie nak story skit pasal sukan sekolah aku baru2 nie..baru ker???rase dah lama dah..coz sukannya berlangsung pada 15 febuari arie tuh..kahkahkahkah...

sebelum berlangsungnya..kejohanan olahraga pada ahad tu..sekolah aku buat sukantara dulu..banyak gak pertandingan yang diadakan..antaranya..lompat jauh, lompat tinggi, lontar peluru, saringan balapan..n mcm2 lagi laa..

tp yang tak bestnye..aku sempat sehari jek masa sukantara tuh..coz esoknya aku kene gie kursus eduwebtv..so ader laa skit gambar yang senpat aku snap..korang tgk laa sendiri..gelagat juara2 nie..hehehehe


mcm tu laaa rupenye bebudak nie ble dilepaskan tuk main pasir..ada plak yang malu2..nak melompat..hahaha..pas abes bebudak..turn cekgu2nye plak yang try..huhuhu...tp yang tok cikgu..tak sempat plak aku nak amek gambarnye..sbb aku pon join skali..hahaha...