apa yang dicari??

Friday, May 1, 2009

aku diserang demam

salam kepada semua..selamat menyambut hari pekerja..

sejak hari rabu hari tu..kau dah mula rasa nak demam..tapi aku lawankan jua..sebab aku tak nak ambil MC..aku tak nak tinggalkan kelas aku..kesian kat budak-budak ni nanti..pelajaran tertinggal..

tapi bila aku bangun pagi tadi..keadaan aku semakin teruk jugak ni..aduh..kenapa harus jadi begini??..huhuhu..ini lah takdir dariNYA..satu ujian yang diberikan..mungkin kifarah buat aku..aku redha dan pasrah..

cuma kekadang..rasa tertekan juga..sebab tak selesa..nak buat kerja pun tak seronok..ujian ujian..selepas solat jumaat ni..nampak gayanya..kena pergi klinik juga la..ibu aku dah mula bising..huhuhu..

aku bukan takut untuk berjumpa doktor atau takut nak makan ubat..tapi aku cuma malas nak membazir je..se;agi aku masih terdaya untuk bangun dan menjalankan tugas harian..selagi itu aku tak mahu pergi klinik..huhuhu..

ok lah..aku nak breakfast sekejap..perut dah lapar ni..huhuhu

Thursday, April 30, 2009

balas budi dengan doa

ini mungkin entry terakhir..sebabkan aku tak berapa sihat hari ini..dari tadi asyik terbersin..disebabkan selesema..

aku yakin dan percaya..dalam kehidupan bermasyarakat..kita tak terlepas daripada berbudi dan menerima budi daripada orang lain..betul tak???..tak kira la sama ada di rumah..pejabat..melalui jiran tetangga dan sebagainya..mahu tak mahu..kita kena belajar berbudi dan menerima budi dari orang lain..

berbudi tak semestinya dengan wang ringgit..tapi kita juga boleh berbudi dengan membantu atau menolong orang yang dalam kesusahan..tunjuk ajar..nasihat..sokongan dan macam-macam lagi..

manakala membalas budi..tidak semestinya dengan menabur kebaikan yang sama..tetapi memadai juga..kita membalas budi orang yang telah berbudi dengan kita..dengan cara BERDOA..kita mendoakan kebaikan untuk si budiman..

Sabda Rasulallah SAW yang bermaksud :- "Sesiapa yang berbuat baik kepada kamu maka hendaklah kamu membalasnya. kalau kamu tidak berdaya membalasnya..berdoalah selalu baginya sehingga kamu mengetahui bahawa kamu telah berterima kasih kepadanya..kerana ALLAH sentiasa membalas kebaikan orang yang berbuat baik dan mengasihi orang yang bersyukur" Hadith riwayat Tabrani

mudah sangatkan kita nak balas budi orang yang berbudi kepada kita??..tetapi kenapa susah sangat kita nak mengucapkan TERIMA KASIH kepada orang yang telah berbudi kepada kita???so..renung-renungkan..dan fikir-fikirkan lah ya bersama..

oklah..aku nak berehat..sebab badan tak sihat..doakan agar aku kembali sehat..salam sejahtera..

Laksanakan 4 perkara..

salam to all readers n followers..

di sini ada sedikit petua kepada anda semua..sesiapa yang inginkan kematian dengan selamat daripada seksaan, laksanakan 4 perkara ini..dan tinggalkan 4 perkara ini...

LAKSANAKAN..

1) banyakkan bersedekah
2) menjaga solat 5 waktu
3) banyakkan membaca Al-quran
4) banyakkan bertasbih

TINGGALKAN..

1) pendustaan
2) pengkhianatan
3) sifat adu domba/ fitnah memfitnah
4) sifat membuang air kencing sembarangan

semoga kita dapat manfaat bersama dengan entry ini..jika ingin sebarkan kepada yang lain..silakanlah..

happy labour's day

salam kepada semua warga yang bekerja..esok merupakan satu public holiday kepada semua warga yang bekerja..tak kira la kerja kerajaan atau swasta..semua gembira dengan hari pekerja..apatah lagi..murid-murid sekolah..sebab cuti 3hari..

tapi aku agak kurang gembira..kerana aku sekarang ini..diserang demam selesema..sejak hari rabu hari tu..semua kerja aku lakukan..tak menjadi dan tak berapa happy..disebabkan demam ini juga..aku terlepas nak makan satay kajang malam ni..aduh laa..

sebenarnya esok..aku nak berjumpa dengan bakal mak mertua..tapi dengan keaddan macam ni..mungkin tak jadi kot..dengan selesema..dan pening kepala ni..confirm..nanti ibu tersayang akan menjadi dee jay radio..bila aku nak pergi berjumpa dengan bakal mak mertua..

tadi pun..semasa pergi mesyuarat di jelebu..kawan aku yang drive kereta..pergi dan balik..sebab aku tak berapa sehat sekarang ini..

akhir kata..selamat menyambut hari pekerja..semoga selepas ini..semua warga kerja..kerjalah dengan penuh dedikasi..tingkatkan lagi kualiti kerja anda..yang tak bercuti..bekorban la untuk company anda..SELAMAT HARI PEKERJA..

"surat cinta"

salam..kali ini aku nak postkan entry berkaitan dengan surat cinta..hahaha..biasanya orang pasti teruja apabila menerima surat yang dikirimkan oleh posmen..apatah lagi..surat yang berdaftar..hari ini..aku pun menerima 2pucuk surat cinta..yang dikirmkan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban Cawangan Trafik..


hahaha..itulah surat cinta untukku..jenis kesalahan yang dibuat ialah..memandu melebihi had laju..kui kui kui..padan muka dengan aku..tapi kereta yang disaman tu..bukan lah my white pearl..akan tetapi NCB 8487..kereta perodua viva..milik adik aku..yang didaftarkan atas nama aku..huhuhu...


kalau ikutkan..yang memandu pada masa itu..adalah aku..so kena laa pergi IPD untuk buat rayuan dan bayar saman..tapi tak mengapa..kawan-kawan ramai..boleh tolong..kalau tak dapat yang di Seremban..aku pergi ke IPD Sepang..kalau tak gak dapat..aku pergi la Bukit Aman..untuk menyelesaikan saman-saman ini..huhuhu..


kepada semua pemandu kenderaan dan penunggang motosikal..patuhilah undang-undang jalanraya..untuk keselamatan korang jugak..

aku merindui mu!!!!


wei..tolong lah aku..huhu..aku rindukan dia..rindu sangat-sangat..dah seminggu tak pelok, belai dan bawak dia bersama aku..
selalunya..kemana sahaja aku pergi..mesti aku bawa bersama..tak kira kemana..sampai ke toilet pun..mesti aku bawa juga..(ini kalau waktu aku bekerja la..kalau kat rumah..aku letak la kat atas meja je..)..bila waktu pagi..dia yang kejutkan aku..tapi kini..dah seminggu aku tak rasa macam tu..aduh laa..sampai bila aku nak tunggu ni..
hahaha..korang mesti ingat aku rindu kat cik adik aku kan???memang rindu jugak aku kat dia..tapi kat sini..aku maksudkan..telefon kesayangan aku..sony ericsson c905 aku..dah seminggu aku hantar repair..sebab sound dia tak ada..ntah bila nak siap tak taw la..sebab phone tu kena hantar kilang balik..coz masih ada warranty..

aku merindui mu!!!

aduh laa..dah la segala aktiviti harian aku..kurang bermakna..sebab tak dapat nak ambil gambar..phone yang dibagi pinjam nokia 6233 ni..kurang kualiti gambarnya..serba tak kena dibuatnya..bila berjauhan dengan C905 ni..

Meeting Pengurusan Kursus Pemantapan Akidah dan Kecemerlangan Diri Siri 2/2009

salam..hari ini aku dan 2orang rakan aku telah pun menghadiri satu mesyuarat pengurusan berkaitan dengan aktiviti yang bakal diadakan pada 22 Mei ini..meeting itu berkisar tentang pengurusan, perlaksanaan dan budget program..

aku yang ketika ini tidak berapa sehat..dengan menggunakan segala tenaga yang ada..pergi juga ke tempat mesyuarat..nasib baik kawan aku yang drive..hehehe..kami tiba awal 10minit dari masa yang dijanjikan..pukul 11pagi..

setibanya di sana..kami disambut oleh Pegawai Penguasa PPAJ..Al-fadhil Ustaz Mohd Kamel..dan kami terus dibawa ke pejabat..rupa-rupanya..beliau nak menunjukkan berita tentang diuploadkan di dalam web rasmi JAKIM..kalau nak tengok berita lanjut mengenai aktiviti siri 1..korang boleh klik pada link ini..http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=3978

sekian sahaja..