apa yang dicari??

Tuesday, May 19, 2009

terima kasih kepada yang menghargai saya


salam..kali ni aku nak tory about sambutan hari guru peringkat sekolah aku..yang telah berlangsung semalam..walaupun sambutan kali ini..aku tak dapat hadir sama..kerana aku ke putrajaya..untu temuduga..tapi aku tetap happy..(tak happy macam tahun-tahun yang sudah)..


so aku nak ucapkan thanks kepada my students..sebab sanggup memberikan aku hadiah..thank you very much..kerana mereka menghargai diri ini..sebenarnya terharu juga pagi tadi..apabila aku datang ke sekolah..nak kata penuh..tak juga laa..tp kira ada juga hadiah yang diletakkan di atas meja aku..


hadiah yang paling best sekali..set cadar queen size..siap ngan dua helai sarung bantal dan sehelai sarung bantal peluk..sekejap lagi aku nak terus pasang kat tilam aku..walaupun tilam aku hanya single size..huhuhu..


walaupun tahun ini..tak sebanyak tahun lepas hadiahnya..tapi aku menghargai pemberian mereka..terima kasih la sekali lagi kepada yang memberikan aku hadiah ini..

Monday, May 18, 2009

terima kasih kepada anda...

sekadar gambar hiasan sahaja..
salam..aku rasa betul-betul terharu..terharu kerana sokongan dan dorongan terutamanya dari my lovely mom n my family..cik intanurulfateha..(my lovely sister)..milimilo kamiliaharun..dan kawan-kawan seblog..thanks so much..daku menghargainya..
pagi tadi aku ke putrajaya..untuk menghadiri temuduga lantikan jawatan ke gred DG41..memang sungguh mendebarkan..sebab ramai yang datang temuduga..kebanyakannya gagal..itu yang membuatkan aku risau..sepanjang perjalanan dari seremban-putrajaya..phone aku tak henti-henti..terima mesej dari kawan-kawan...
aku tiba di sana satu jam awal dari waktu aku temuduga..aku duduk lepak dalam kereta dulu..sambil membaca newspaper..takut pulak kalo dia tanya isu semasa..tak dapat jawab pulak..
pukul 9.30..aku pergi ke bangunan SPP..untuk urusan mendaftar..lebih kurang dalam pukul 1045..aku dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga..panel temuduga..seorang lelaki yang aku rasa seawal 40-an kut..
seperti biasa..sambil menatap dan merenung sijil-sijil aku..beliau menyuruh aku..menceritakan tentang latar belakang dan keluarga..tapi yang syoknya..beliau banyak menanyakan aku tentang tugasan aku di sekolah..dan apa yang aku buat selepas waktu sekolah..langsung tak tanya yang susah-susah..ALHAMDULILLAH..begitu mudah rupanya aku ditemuduga..

keluar dari bilik temuduga..pelbagai soalan ditanya oleh calon-calon..yang bakal ditemuduga sebentar lagi..aku story yang aku hanya ditanya pasal tentang diri aku..dan sekolah aku sahaja..dan yang lain..hanya berbual-bual sahaja dengan beliau..
selepas temuduga..aku pun terus keluar dari bangunan SPP yang meninggalkan seribu kenangan temuduga dalam hidup ku..aku pun bercadang nak berjumpa dengan cik adik sayang..yang bekerja tak berapa jauh dari situ..tapi beliau ni..melampau busy..so aku pun terus je balik..sampai rumah dalam pukul 1..makan tengah hari dengan mummy..solat zuhur dan terus tidur dengan nyenyak sekali..(sebab malam tu..aku tak berapa lena..mengenangkan hal temuduga)..
so sekali lagi thanks kepada my mom n my family..kawan-kawan seblog..dan kawan-kawan yang lain..(nak tulis nama banyak sangat)..yang tak putus-putus memberi semangat kat aku..aku betul-betul menghargai kalian semua..thanks..n love u all...mmmmmmuuahh

Sunday, May 17, 2009

hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi...aku bakal....


salam to all..hepy weekend..tentu seronokkan bile hujung minggu..terutamanya aku la..tapi weekend kali ini..tersangat laa tak bestnye..adus laa..

nak taw kenapa??..sekarang ni jam dah pukul 11..tinggal satu jam lagi..maka bertukar laa hari dan tarikh..hari isnin 18 Mei 2009..dan tinggal beberapa jam sahaja..aku bakal ditemuduga oleh SPP..(rujuk entry lepas)..

huhhuhu..sungguh mendebarkan..dan menakutkan aku...segala persiapan dah disediakan..cume aku tak taw kenapa..aku agak gabra pula kali nie..bukan tak pernah pergi interview..tapi entah la..aku pun tak tahu kenapa..cemana ni..tolong laa saya..

baju pun dah siap diironkan..huhu..esok wearing kemaja kuning..seluar slack hitam..neck tie pown kuning..siap ngan blizer lagi..huhuhu..

inilah blizer yang bakal digunakan

ini pula baju kemeja dan neck tie aku

dan yang ini seluar slack..

to all readers..tolong doakan aku success esok..aku takot nie..tolong la saya ye..

terima kasih cikgu

ketua kelas : semua bangun..assalamualaikum cikgu..
murid-murid : assalamualaikum cikgu..
cikgu : wa'alaikumussalam..ok bediri dengan tegak..dan tadah tangan..kita mulakan bacaan doa..

tentu korang semua masih ingat benda ini kan..rutin seharian di sekolah dulu..semua orang..aku yakin dan percaya..mesti pernah melalui semua ini..sampaikan dato' seri najib pun..pernah lalui benda ni..cuma mungkin ayatnya berbeza..ada yang dalam bahasa melayu..atau bahasa inggeris..mahupun dalam apa jua bahasa..

korang mesti lagi ingatkan..betapa besarnya jasa seorang manusia yang dipanggil GURU ataupun CIKGU..inilah orang yang penting dalam hidup kita..selepas ibu dan bapa kita..di sekolah merekalah yang menggantikan ibu dan bapa kita..

insan yang bergelar GURU atau CIKGU ini..tak pernah kenal erti jemu..mendidik dan mengajar kita dengan pelbagai ilmu..ya..dengan ilmu itulah kita gunakan pada masa sekarang...

walaupun sekarang ini..aku tergolong dalam golongan ini..aku juga tidak pernah lupa pada jasa-jasa guru-guruku yang pernah mengajar dan mendidik aku selama ini..tanpa mereka..sudah pasti..aku tidak akan berada di tahap ini sekarang..

kepada semua guru di malaysia..aku ucapkan Selamat Hari Guru..segala jasa dan pengorbanan mu..akan ku kenang hingga ke akhir hayat ku..buat guru-guruku yang telah kembli ke Rahmatullah..ku hadiahkan mu dengan AL-FATIHAH..

dan kepada semua guru-guru yang masih lagi berkhidmat..jalankan tugas dan amanah..dengan sepenuh hati dan ikhlas..Semoga Allah memberkati hidup kalian..

TERIMA KASIH CIKGU!!!


akhirnya..kerinduan ku terubat jua


salam..dah agak lama aku tak mengupdatekan blog aku..bukan apa..cuma tak berkesempatan untuk berbuat demikian sahaja..hehehe

entry kali ini..nak mengisahkan..tentang kerinduan aku..aku betul-betul rindu sangat pada dia..hampir sebulan aku tak bersamanya..dia pergi meninggalkan ku..selalu dia la yang temankan aku tidur..dan dia la yang selalu mengejutkan aku pada waktu pagi..dan akhirnya..hari ini..dia telah kembali semula kepangkuan ku..

DIA..yang aku maksudkan ini..ialah my Sony Ericsson c905..huhuhu..akhirnya telah berjaya direpair dan telah siap..petang tadi..aku terima satu panggilan dari kedai phone..yang memberi tahu..bahawa phone aku dah siap dibaiki..dan boleh diambil..hari ini juga..


so pas maghrib tadi..tanpa membuang masa..aku pergi town..untuk ambil phone aku..rindu betul aku kat c905 ni..selama 3minggu aku menggunakan phone yang dipinjamkan oleh pihak kedai..betul-betul menyusahkan aku..huhu

tapi aku bersyukur sangat..sebab sekarang ni..c905 aku telah kembali ke pangkuan ku semula..

Thursday, May 14, 2009

menghitung hari

aku sekarang ini sedang menghitung hari..hanya tinggal 4hari sahaja lagi dari sekarang..aku bakal ditemuduga..temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran atau lebih dikenali sebagai SPP..temuduga bakal diadakan di bangunan SPP di putrajaya..pada 18 mei 2009 ini..pukul 10 pagi..

sungguh mendebarkan..kerana temuduga ini..adalah penentu untuk perlantikan jawatan aku di gred DG41..atau Pegawai Perkhidmatan Pelajaran (siswazah)..segala persiapan untuk temuduga..aku dah siapkan..salinan photostat sijil-sijil juga telah disahkan..begitu juga segala sijil original aku..tapi aku tak tau kenapa aku begitu berdebar-debar..tak pernah aku rasakan sebegini..tolonglah daku..aku sangat berdebar-debar saat ini..