Sunday, April 19, 2009
Pusat Pemantapan Akidah JAKIM (PPAJ)
salam..bertemu kembali..kali ni aku nak storykan sedikit tentang tempat yang aku bawa anak-anak didik aku pergi kursus baru-baru ini...tempat ini dikenali sebagai Pusat Pemantapan Akidah JAKIM atau dikenali sebagai PPAJ..
pusat ini terletak di daerah Jelebu, Negeri Sembilan..kira-kira 20 kilometer dari pekan Kuala Klawang..memang agak jauh sedikit tempat ini..kalau nak ke Semenyih atau Kajang..dah dekat sangat..sekitar 40 ke 50 kilometer sahaja..tapi memang seronok dan menghiburkan..dengan suasana yang aman dan tenang serta menyegarkan..keadaan sekeliling yang menghijau..walaupun berada di tepi jalan utama..kuala klawang-semenyih..tetapi susah sangat nak melihat kenderaan lalu lalang..membuatkan aku berasa tenang sekali di sana...
tempat ini di dikelolakan oleh 13orang staf..dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan..asrama pelajar..asrama khas..asrama khas ni..dilengkapi 2 katil dan satu toilet untuk satu bilik..dewan makan..dewan utama..rumah kakitangan..surau..rumah VIP..tempat riadah..dan macam-macam lagi..
kalau nak buat apa2 events di sini..sangat sesuai sekali..tetapi kena tempah awal..sebab kebiasaannya..tempat ini..tak pernah sunyi dengan pengunjung yang mengikuti pelbagai kursus dan seminar.. so..kalo sesiapa yang berminat..boleh laa contact pusat ini untuk membuat sebarang tempahan..di talian 06-6113951..atau faks 06-6113950..tapi aku rasa untuk tahun ini dah penuh kot..sebab baru-baru ni..aku tengok senarai tempahannya..terlalu banyak..tapi..next month..22-24.5.2009..aku pergi sekali lagi ke pusat ini...hehehe..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment