apa yang dicari??

Saturday, May 9, 2009

aku merinduimu...


salam to all..entah kenapa tetiba malam ini..aku rasa lain dari yang lain..semua benda aku buat tak kena..tiba-tiba aku merindui seseorang yang aku sayang sangat..orang yang membuat aku bermula di atas dunia ini..orang yang aku maksudkan ialah Ayah aku..

hmm..diam punya diam..sekejap sahaja masa telah berlalu..kini sudah pun masuk bulan 5/2009..maka genaplah 2 tahun pemergian ayah..meninggalkan kami sekeluarga..begitu cepat dan pantas masa berlalu..tanpa disedari..

saat bahagia ibu dan ayah

khamis..3.5.2007..itulah hari dan tarikh pemergian ayahku..aku kehilangan seorang ayah yang penyayang pada masa itu..keluarga kami kehilangan seorang ketua keluarga yang berkaliber..ayah telah kembali kepada penciptaNya..pada pukul 4.15 petang di Hospital Tuanku Jaafar Seremban..

masih segar lagi dalam ingatan semasa benda ini berlaku..hanya selang beberapa hari selepas nenek aku meninggal (mak kepada ayah aku)..ayah pula menuruti jejak langkah nenek..belum pun hilang kesedihan di atas pemergian nenek..ditambah pula dengan kesedihan kehilangan ayah..

aku ingat lagi..semasa pagi itu..ayah ku lewat bangun subuh..aku ingatkan..mungkin ayah keletihan sebab semalamnya..ayah pergi ke kuala lumpur bersama abang sulung ku..untuk melihat dan memilih kereta yang bakal dibelinya..aku seperti biasa..siap sedia untuk menjalankan tugasku di sekolah..

gambar terakhir dirakamkan..30.4.2007

pagi itu..aku tak sempat mencium tangan ayah..sebabkan aku lihat ayah sedang tidur..aku terus ke sokolah dengan menunggang black pearl aku..(masa tu aku belum mampu beli kereta..sebab baru mula kerja)..semasa keluar rumah..aku agak rasa berat hati..tapiku gagahkan jua untuk ke tempat kerja..

lebih kurang pukul 11pagi..aku dihubungi oleh adik aku..yang memberi tahu..ayah dikejarkan ke hospital sebab sesak nafas..aku dengan tanpa berlengah..terus ke pejabat..untuk memohon perlepasan pulang..disebabkan berlaku kecemasan..

hanya dalam masa setengah jam sahaja..aku telah tiba di hospital..dan terus ke wad yang telah adik ku beritahu..sungguh luar biasa aku menunggang motosikal..selalunya mengambil masa satu jam..tapi hari tu..aku memecut tanpa mengendahkan keadaan sekeliling..yang aku fikirkan..aku harus tiba di hospital awal..sebab nak tengok ayah..

ayah bersama dua orang cucu saudaranya dan anak bongsunya

setibanya di hospital..lif pula buat hal..sebabkan pada masa itu waktu melawat..lif pula ada yang dalam penyelenggaraan..aku mengambil keputusan menaiki tangga hingga ke tingkat 7..sampai sahaj di wad..aku lihat ayah aku ditemani oleh adik dan ibuku..aku terus mendapatkan ayah ku..ayah begitu lemah sekali..aku membisik ditelinga ayah..memanggilnya..tiada suara..hanya mendengar nafas yang dihembuskan dari hidungnya..

tiba-tiba..badan ayah kejang..seperti menahan sakit yang teramat..aku membisikkan kalimah syahadah ditelinganya..dan ibuku memanggil doktor..doktor terus membuat rawatan kecemasan di situ juga..bertungkus lumus mereka cuba merawat dan menyelematkan ayah..

doktor memberitahu..bahawa peluang ayahku semakin tipis..kerana serangan jantung yang dialami ini..amat kritikal sekali..serangan secara mengejut dan menyerang di bahagian bawah jantung..di mana terletaknya pam untuk mengepam darah keseluruh badan..doktor memberi kami semangat..supaya terus berdoa agar beliau sembuh seperti sedia kala..

pada masa itu..ramai saudara mara yang datang..serta adik beradik ku yang lain juga telah tiba di hospital..kecuali along aku..yang dalam perjalanan dari pulau pinang..antara yang awal datangnya ialah busu aku..(adik bongsu ayah aku) dan anak-anaknya..

hampir 3jam mereka berusaha..untuk menyelamatkan ayah..tapi kuasa ALLAH..tiada siapa yang dapat menandinginya..ayah disahkan meninggal pada pukul 4.15 petang..terduduk aku apabila mendengar berita itu..seperti dibuai mimpi..aku kehilangan ayah..aku lihat kakak ku lembik dan hampir pengsan bila mendengar berita itu..aku cuba tenteramkan kakak ku..tetapi aku sendiri tak berdaya..

jenazah dibawa pulang oleh abang sepupuku yang bertugas sebagai pemandu kereta jenazah milik Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan..ramailah saudara-mara..sahabat handai..rakan taulan yang datang memberi penghormatan terkahir kepada ayah ku..

jenazah dikebumikan selepas solat jumaat di tanah perkuburan islam paroi jaya..(berhampiran dengan stadium)..dan sehingga kini..aku masih lagi terkilan..keran tidak sempat membalas jasa ayah..yang telah bersusah payah mencari rezeki..untuk kami sekeluarga..

aku rindukan ayah..rindu sangat dengan ayah..semoaga ayah di tempatakan bersama orang-orang yang beriman dan bertaqwa..semoga Allah mengampuni segala dosa-dosamu..Al-Fatihah khas buatmu ayahku yang disayangi..Amin~~

p/s:- kepada yang masih ada ayah..cuba la tunaikan permintaanya sebelum terlambat..

No comments: