apa yang dicari??

Sunday, April 19, 2009

Pusat Pemantapan Akidah JAKIM (PPAJ)


salam..bertemu kembali..kali ni aku nak storykan sedikit tentang tempat yang aku bawa anak-anak didik aku pergi kursus baru-baru ini...tempat ini dikenali sebagai Pusat Pemantapan Akidah JAKIM atau dikenali sebagai PPAJ..


pusat ini terletak di daerah Jelebu, Negeri Sembilan..kira-kira 20 kilometer dari pekan Kuala Klawang..memang agak jauh sedikit tempat ini..kalau nak ke Semenyih atau Kajang..dah dekat sangat..sekitar 40 ke 50 kilometer sahaja..tapi memang seronok dan menghiburkan..dengan suasana yang aman dan tenang serta menyegarkan..keadaan sekeliling yang menghijau..walaupun berada di tepi jalan utama..kuala klawang-semenyih..tetapi susah sangat nak melihat kenderaan lalu lalang..membuatkan aku berasa tenang sekali di sana...

pemandangan yang menghijau

dewan besar

tempat ini di dikelolakan oleh 13orang staf..dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan..asrama pelajar..asrama khas..asrama khas ni..dilengkapi 2 katil dan satu toilet untuk satu bilik..dewan makan..dewan utama..rumah kakitangan..surau..rumah VIP..tempat riadah..dan macam-macam lagi..

carta organisasi PPAJ

surau yang dilengkapi dengan air-cond

blok asrama peserta

kalau nak buat apa2 events di sini..sangat sesuai sekali..tetapi kena tempah awal..sebab kebiasaannya..tempat ini..tak pernah sunyi dengan pengunjung yang mengikuti pelbagai kursus dan seminar.. so..kalo sesiapa yang berminat..boleh laa contact pusat ini untuk membuat sebarang tempahan..di talian 06-6113951..atau faks 06-6113950..tapi aku rasa untuk tahun ini dah penuh kot..sebab baru-baru ni..aku tengok senarai tempahannya..terlalu banyak..tapi..next month..22-24.5.2009..aku pergi sekali lagi ke pusat ini...hehehe..

Saturday, April 18, 2009

1st Proton MPV

salam kawan2..hope you all sehat..kali ni aku nak postkan cerita..tentang MPV pertama keluaran Proton..semua orang dah tahukan..MPV ini dah pun dilancarkan pada 15 April yang lalu..masa pelancaran hari tu..aku tak ada kat seremban..

danish di hadapan proton exora


danish aiman bersama pak uda dan pak busunya..

so tadi aku pergi la tengok sekejap..MPV yang diberi nama Exora..memang cantik..dan besar..bagi aku..ini adalah keluaran yang terbaik proton selepas persona..keluasannya..memang luas..dengan 7 seaters..walaupun 7 seaters..still ada ruang untuk bagasi di belakang..hehehe..kalo yang high-line dibekalkan sekali dengan navigator dan lcd serta dvd player..tapi kalau yang medium-line..tak ada la navigator dan dvd player..air-cond pula double blower..berbanding wish..yang hanya single blower..enjin yang digunakan enjin 1.6 campro cps..sama macam enjin waja cps, satria cps, gen2 cps dan persona special edition..

nadi utama Exora

reka bentuk exora ini..memang menawan..dan menarik..membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya pasti teruja nak memilikinya..hahaha..sampai aku pun terfikir..nak beli juga Exora ni..kalau nak maklumat lanjut..korang pergi sendiri la kat proton show room yang berhampiran..maximum price.. RM 75,998..dan yang paling murah RM69,548..


danish buat hal..tak nak balik..

dah puas tengok exora aku pun nak balik la..tapi anak buah aku ni..buat hal pula..tak nak balik..sedap pula dia duduk dalam exora..sampai tak nak turun..huhuhu..puas aku pujuk..kecoh betul si danish ni...Tahniah buat proton..

Friday, April 17, 2009

penatnya..


salam tu all readers..sorry sebab dah lama tak update blog..bukan apa..cuma busy sedikit sekarang ni..ini pun baru balik dari jelebu..jadi pengiring untuk kursus pemantapan akidah dan kecemerlangan diri..di pusat pemantapan akidah JAKIM..


mengantuk ini..tapi sebelum menutup mata untuk menghilangkan penat yang tak hilang dari semalam..saja saja aku jengok sekejap blog aku ni..hehehe..nanti akan ku kisahkan tetang kursus tu..insyaAllah..salam

Monday, April 6, 2009

entry terakhir..

ok..ini entry aku yang terkahir...aku masih lagi dalam kesedihan..esok pun aku dah nak kena bangun awal untuk bekerja..so aku nak tidur..nak lelapkan mata..dan nak restkan badan yang penat ini..

untuk mengelakkan diri dari sebarang gangguan semasa tidur..eloklah kita berwudhuk terlebih dahulu..sebabnya wudhuk adalah perisai kita dari diganggu oleh syaitan..tapi wudhuk yang sempurna tau..selepas itu bacalah doa sebelum tidur..diikuti dengan 3qul..(surah al-ikhlas, al-falaq dan an-nas)..diikuti dengan ayat kursi..semasa baca tadi..tadahkan tapak tangan..selesai sahaja membaca semua tadi..hembuskan di tapak tangan dan sapu ke seleruh badan sebanyak 3kali...

selesai sahaja semuanya..eloklah kita mengucap 2 kalimah syahadah dan berselawat ke atas nabi s.a.w..andai kata nyawa kita di ambil semasa tidur..kita berada dalam keadaan yang bersih..

sekian..aku nak tidur..wassalam

Sunday, April 5, 2009

Sedihnya aku bila mendapat tahu...


salam readers..ni merupakan post aku yang ke-3 untuk hari ini..hurm..terlalu berat semasa aku nak taip untuk entry kali ini..tapi aku cuba gagahkan hati..untuk tuliskan juga entry ini..

sebenarnya..aku sekarang ini..betul-betul berasa sedih..sedih sangat..kesedihan yang aku rasai ini..membuatkan aku masih lagi tertanya-tanya..adakah ianya benar-benar berlaku..sehinggakan apa sahaja yang aku buat..semuanya tak kena..

memang saja aku postkan entry ini di malam hari..agar orang lain di rumah aku..tak nampak yang aku sedang bersedih..biar orang dekat rumah ini..tidak tahu yang aku sedang menangis..
ya Allah..kuatkanlah serta tabahkanlah hati hambaMu ini..dalam menghadapi setiap ujian yang telah Engkau tentukan..

pagi tadi..lebih kurang pukul 10pagi..aku mendapat satu panggilan dari sahabat aku..yang merupakan junior aku semasa belajar di KUSZA dan di Mesir..satu berita yang membuatkan aku terperanjat..sehingga kini..aku seolah-olah masih tidak percaya..tetapi dari apa yang aku dengar dari sahabat yang lain..benarlah ceritanya..

malam hari raya..membakar satey bersama kawan-kawan..
arwah zuhaili..berbaju biru..yang disebelah kanan kawan becermin mata



semalam..aku telah kehilangan seorang sahabat karib aku..seorang sahabat yang aku kenali pada tahun1999..semasa belajar di KUSZA dulu..seorang sahabat yang sama belajar di mesir satu ketika dulu..orang yang aku maksudkan ialah Allahyarham Ahmad Zuhaili bin Shafie..a.k.a zuet..sahabat yang yang sentiasa dengan aku..bila susah dan senang..sahabat yang pernah berkongsi tidur dan makan bersama aku satu ketika dulu..

arwah zuhaili berbaju melayu ungu..
berada di sebelah kiri aku..
gambar ketika selesai solat idul-fitri..


orang yang aku kenali dengan sifat ramah dan pemurah..kini telah pergi meninggalkan aku dan rakan-rakan yang lain..begitu singkat umur mu sahabat..aku redha atas pemergianmu..

kali terakhir aku jumpa arwah ni..ketika aku konvokesyen KPLI..tahun lepas..hari raptai dan konvo kami..hari yang sama..seronok sangat dapat jumpa beliau..banyak sangat ceritanya..tapi tak sangka..itulah pertemuan kami buat yang terakhir..beliau telah pun pergi buat selamanya..akibat terbabit dalam satu kemalangan jalanraya yang mengerikan ketika ingin menjemput tunangnya di kuala terengganu..lokasi kemalangan di kawasan paka..menurut sumber..ketika itu hujan turun dengan lebat dan beliau hilang kawalan..lalu terbabas dan bertembung dengan sebuah kereta dari arah yang bertentangan..pemandu kereta tersebut juga maut di tempat kejadian dan penumpangnya parah..

AEG 898

beginilah keaadan kereta honda EK milik arwah yang baru 4bulan dimilikinya..hasil dari carian seorang sahabat yang lain..hancur berkecai..beliau meninggal di tempat kejadian..dimandi dan dikafankan di hospital..selepas itu..jenazah di bawa pulang ke rumah beliau di kemaman untuk disemadikan..

aku memang rapat dengan beliau..mungkin sebab kami lahir pada bulan yang sama..cuma bezanya..aku awal 9hari dari beliau..kami memang rapat..masa di mesir dulu..aku selalu datang rumah beliau..dan beliau pun sering datang bertandang di rumah aku..sedih dan pilu sangat aku rasakan kini..begitulah qadar Allah buat mu sahabatku..qadar untuk ku..tak tahu pula macam mana..

aku nak stop dulu..sebab dah tak tahan sangat untuk menaip lagi..sebak sangat yang kurasakan sekarang ini...buat sahabatku ahmad zuhaili..aku doakan agar dikau ditempatkan bersama para rasul dan anbiyak 'alaihimus solatu was salam..bersama para malaikat dan para syuhadak..dan bersama orang-orang yang beriman dan bertaqwa..semoga rohmu dirahmati Allah..Segala kenangan kita bersama akan ku abadikan selamanya di lubuk hati ini..Selamat tinggal sahabatku..24121981-04042009..ku hadiahkan AL-FATIHAH khas buat mu!!!

sekali lagi aku dilantik menjadi hakim

salam to all readers..kali nie aku nak postkan kisah aku menjadi hakim..buat kali ke dua aku dilantik untuk menjadi hakim pertandingan MTAQ @ Karnival Pendidikan Islam..

pada minggu lepas..aku telah pun menjadi hakim di sekolah menengah kebangsaan senawang..itu untuk daerah seremban 4..semalam aku sekali lagi menjadi hakim di sekolah menengah kebangsaan seremban 2..kali ini untuk daerah seremban 2.. macam biasa..aku menjadi hakim untuk pertandingan seni khat jawi..memang best jadi hakim untuk pertandingan ini..selama 1jam setengah..kita boleh relks..dan merayau sekejap sementara menunggu peserta menyiapkan hasil seni mereka..hehehehe...(sebab tu aku tak dapat hadir di sekolah aku untuk mesyuarat agung PIBG semalam~~bukan saja-saja tak datang ehh)

inilah wajah hakim yang adil lagi bijaksana..huhu

setelah sampai masa 1jam setengah..maka semua hasil dipungut untuk dinilai dan ditentukan juara..yang juara akan pergi ke peringkat negeri..yang akan diadakan pada 11 April 2009 di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol..

kali ini..untuk menilai hasil meraka..memang agak sukar..berbanding pada minggu lalu..budak-budak kali ini..memang betul-betul berbakat dalam membuat dan menulis seni khat jawi..nasib baik 7 orang sahaja yang menyertainya..kalau 70 orang..tak tahu laa macam mana..huhuu..memang betul-betul mengambil masa yang agak lama untuk menentukan tempat pertama hingga tempat yang ke-3..tetapi walau macam mana pun..keputusan hakim adalah muktamad..sebarang surat menyurat tidak akan dilayan..


inilah hasil-hasilnya..

sampai naik migrain para hakim dibuatnya nak tentukan juara..akhirnya aku dan 2orang rakan yang lain..membuat keputusan bahawa..hasil yang ini menjadi pilihan di hati kami bertiga..

inilah keputusan hakim-hakim yang bijaksana..

so tahniah kepada pemenang..dan selamat maju jaya di peringkat negeri nanti..yang tewas..tahun depan cuba lagi..

10 tahun SK Desa Cempaka

Selamat Hari Jadi..Selamat Hari jadi..selamat Hari jadi SKDC..selamat hari jadi...yee~~

hehehe..apa hal pula aku nak menyanyi lagu happy bitrhday ni..kui kui kui..sebenarnya..2009 merupakan genap 10 tahun sekolah aku mengajar sekarang ini dibina..tahun 1999-2009..so pelbagai rancangan yang telah dirancangkan untuk sambutan 10 tahun SKDC...


semalam berlangsung satu acara tahunan yang amat penting bagi sekolah dan ibubapa..apa lagi meeting PIBG yang ke-10 la..hehehe..tapi sayang aku tak dapat hadir sama kerana..ada urusan lain..entah apa yang diorang meetingkan pun aku tak tahu..hehehe..yang aku tahu..dalam meeting tu nanti ada usul yang akan dibincangkan tentang sambutan 10 tahun SKDC..

logo sempena 10tahun Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka..dicipta oleh seorang rakan setugas aku..dia ni memang berbakat seni betul..dan inilah hasil ciptaan logo beliau..


perasmian meeting dan pelancaran sambutan 10tahun SKDC disempurnakan oleh Dato' Hasim Rusdi.. Adun Labu merangkap Exco Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus.. sebelum meeting..macam biasa laa tugas-tugas yang diberikan kepada setiap guru untuk selesaikannya..antara tugas aku ialah..mengemas dewan dan buat banner dan backdrop pentas..so ini lah hasil aku dan rakan aku buat..


kalo selepas ni..ada siapa-siapa nak tempah banner untuk apa sahaja program sekolah atau individu..termasuklah banner perkahwinan..boleh laa contact aku..caj nya tak mahal..aku just kira rm2.50 sekaki sahaja (tidak termasuk kos penghantaran)..daa~~