apa yang dicari??

Thursday, August 13, 2009

wajah-wajah yang aku rindukan..


hurm..ntah kenapa pula malam ini..aku beria nak berblog..huhuhu..tak perlah..aku dah tak tahu nak buat apa..nak tidur..mata tak mengantuk lagi..sebab petang tadi..aku dapat tidur seround..dan bangun dekat pukul 6petang..

entry kali ni..agak jiwang sket la..huhuhu..ntah la..sejak kebelakangan ini..muncul pelbagai wajah dalam pikiran ku..tak tahu kenapa..dan aku merindui wajah-wajah ini..sebab dulu..selalu juga aku menatap wajah-wajah ini..tapi sekarang..ada juga kadang-kadang..dan ada juga yang aku dah tak dapat nak tatap lagi..cuma tinggal kenangan sahaja...
1st sekali..aku rindukan wajah ayah aku..arwah ayah aku yang telah pun kembali ke rahmatullah..2tahun yang lalu..

2nd..aku rindukan wajah adik kesayangan aku..yang ini pun dah kembali ke rahmatullah..selepas 3bulan lebih ayahku pergi..

3rd..aku rindukan wajah nenek aku..(mak kepada arwah ayah aku)..nenek aku ni kembali ke rahmatullah beberapa hari sebelum ayah pergi menemui-NYA..
4th..wajah buah hati kesayanganku..cik adik fiera..

5th..my best friend..arwah ahmad zuhaili a.k.a zuet..
6th..anak buah kesayangan..nurul izzah athirah


7th..kawan-kawan seperjuangan semasa di kolej dan universiti dulu..
8th..kawan-kawan satu maktab..masa ambil diploma perguruan..


9th..my classmate masa sekolah..
dan ramai sangat yang aku rindukan...dan aku percaya..korang pun sama juga..cuma tak berani nak luahkan..sebab RINDU ini adalah satu anugerah..anugerah yang datang dari ALLAH..so normal laa..bagi setiap manusia itu merindui dan dirindui..

Di Ambang Ramadhan..

salam..sedikit peringatan yang aku nak kongsi bersama dengan korang semua..kali ini..tentang bulan Ramadhan yang bakal tiba tak berapa hari lagi..so apa persediaan kita??

Di dalam al-Quran tidak menyebut bulan Muharram tetapi kita membuat sambutan meriah sambutan Maal Hijrah. Demikian juga dalam al-Quran tidak menyebut bulan Rabiul Awal tetapi umat Islam menyambut Maulidur Rasul dengan penuh kehebatan.

Bagaimanapun Allah menyebut secara khusus dalam al-Quran tentang kelebihan dan keberkatan bulan Ramadhan. Ini menunjukkan bulan Ramadhan adalah bulan yang amat istimewa kepada umat Islam kerana waktu malam dan siang ia menyajikan pelbagai keberkatan.

Oleh itu, Ramadhan merupakan satu bulan mulia yang sentiasa ditunggu dengan penuh kegembiraan. Firman Allah swt dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 185 yang maksudnya :-

"Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Qur'an, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan perbezaan (antara yang benar dan yang salah).."

Berdasarkan maksud ayat itu maka jelas bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan yang perlu umat Islam mengejar mengambil kesempatan. Ketika mengulas kelebihan ini Rasulullah bersabda yang mafhumnya :-

" Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah memerintahkan berpuasa di dalamnya. Dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan dibelenggu segala syaitan. Dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebajikan malam itu, bererti telah diharamkan baginya segala rupa kebajikan”.(Hadis Riwayat Ahmad).

Kadang kala terdapat di kalangan kita mengamalkan ibadah puasa berpuluh puluh tahun atau berbelas belas tahun tetapi tidak berupaya membentuk insan soleh. Mengenai perkara ini, Rasulullah SAW melalui sabdanya mengingatkan umat Islam dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad yang mafhumnya:

"Terdapat umat Islam berpuasa tetapi tidak memperolehi apa-apa kecuali sekadar lapar semata-mata. Betapa ramai orang bersolat malam tetapi tidak memperolehi apa-apa melainkan sekadar berjaga malam semata-mata.”

Persoalan besar timbul ialah mengapa kita berpuasa, bersolat dan mengamalkan ibadat yang lain tetapi tidak dapat memenuhi standard piawaian yang ditetapkan Allah dan hukum syarak. Keadaan ini berlaku kerana ibadah itu dibuat tanpa ilmu, tidak membuat persiapan teliti dan dibuat sekadar ikut-ikutan sahaja.


Dalam usaha untuk menyambut Ramadhan 9 hari lagi, apa kata kita semua mengambil langkah berikut:

Pertama: Membuat persediaan dari sudut ilmu. Kita perlu faham tentang selok belok hukum puasa, syarat-syarat sah dan batal puasa dan amalan-amalan yang dituntut dalam bulan Ramadhan seperti membaca al-Quran, adab-adab beriktikaf dalam masjid, qiyamullail, sedekah dan lain-lain ibadah. Pemahaman yang jelas tentang puasa akan memberi kesan yang mendalam kepada diri seseorang.

Kedua: Mulai sekarang kita hendaklah membuat persediaan mental dan rohani untuk menghadapi suasana Ramadhan yang secara intensif melatih umat-Nya mendekati Allah dan membentuk akhlak yang mulia.

Ketiga: Membuat persediaan dari segi fizikal atau tubuh badan bagi memastikan tahap kesihatan yang baik. Kesihatan yang baik akan menentukan kita boleh melaksanakan ibadah dengan sempurna. Oleh itu pastikan kualiti dan mutu makanan itu berzat, makan secara sederhana, persekitaran rumah yang bersih dan tidur yang cukup.

Keempat: Kita perlu berjimat cermat dan amalan ini akan membolehkan kita melaksanakan zakat dan memperbanyakkan sedekah kepada mereka yang memerlukannya.


Kelima: Ibu bapa bertanggungjawab membimbing dan menentukan ahli keluarga membuat persiapan teliti serta mewujudkan suasana keimanan seperti berjemaah solat fardu dan berjemaah tarawih di rumah atau di masjid.

Sebagai renungan buat semua umat yang mengaku dirinya Islam dalam mengukuhkan keimanan kepada Allah swt maka kita hayati firman Allah dalam surah al-Ankabuut ayat 58 yang bermaksud :-

" Dan orang-orang yang beriman serta beramal Soleh, kami akan tempatkan mereka dalam mahligai-mahligai di Syurga yang mengalir dibawahnya beberapa sungai, demikianlah balasan yang sebaik-baiknya bagi orang-orang yang beramal soleh ".

semoga Ramadhan kita kali ini..lebih baik dari yang sebelumnya..aku ni bukanlah baik sangat dan pandai sangat..tapi aku tulis benda ni..supaya aku mengingati diri aku sendiri sebenarnya..so kalo korang nak panjangkan kat orang lain pun..aku tak kesah..benda baik kan..

SELAMAT DATANG RAMADHAN..DAN SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK.. buat semua teman dan yang beragama ISLAM di seluruh dunia..

sumber dipetik dari http://www.islam.gov.my/khutbahjakim/

sekolahku syurgaku..


salam to all..semoga sehat sejahtera hendaknya..alhamdulillah..kali ini aku berkesempatan nak berblog selepas dah beberapa hari..tak sempat nak berblog..entry kali ini..nak story sikit..tentang tempat aku bekerja..hehehe

ok lah..aku ni seorang cikgu..dan bertugas tentula kat sekolahkan..takkan cikgu bertugas di hospital pulak..huhuhu..masuk tahun ni..dah hampir 3tahun aku mengajar di sekolah ini..nama sekolah aku ni..SEKOLAH KEBANGSAAN DESA CEMPAKA..


lokasinya terletak dalam Taman Desa Cempaka..dalam area Bandar Baru Nilai..so hari-hari aku berulang dari Seremban - Nilai - Seremban untuk menjalankan tugas..walaupun perjalan ulang alik setiap hari lebih kurang 80km..tapi aku tetap happy dekat sini..





my table..kat bilik guru..

ok lah..itu lah wajah meja aku..tempat aku duduk menanda buku..menyiapkan tugasan seperti menulis rekod perancangan mengajar dan sebagainya..

dan di sebelah kanan meja aku ni..aku panggil dia kan yanz..orangnya comel..huhu dah kawen dan ada 4orang anak..sebelah kiri meja aku pulak..sir amir mahmud..


dekat sekolah ni..banyak port aku..selain di bilik guru..aku biasa akan ke kantin untuk minum dan berehat..biasanya sampai sahaja di sekolah..setiap pagi..aku akan ke kantin terlebih dahulu..pekena teh tarik dan kuih karipap..itu dah jadi rutin aku..hehehe..

inilah menu aku..setiap pagi..

bersama rakan setugas..yang ini port cikgu lelaki..cikgu perempuan kat tempat lain..

antara port aku yang lain..ialah kedai buku sekolah aku..kat kedai ni pulak..aku selalu borak dan lepak dengan kakak yang menjaga kedai buku ni..nama kakak ni..kak ita..boleh dikatakan setiap kali aku lalu di kedai ni..kak ita pasti menjadi mangsa usikan aku..hahaha...

kak ita..khusyuk betol kira duit..huhuhu

yang ini pula..rasaksa kak ita..amir namanya..

dan ada beberapa port aku yang lain..yang tak boleh di letakkan gambarnya..bahaya..hahahaha..walau macam mana pun..aku happy kat sekolah ini..dan gembira sangat-sangat..sebab semuanya seperti satu keluarga..biarpun jauh dari rumah aku..tapi aku suka kat sini..

oklah..itu la serba sedikit dengan tempat aku bekerja..

Monday, August 10, 2009

kecewa dan hampa

kenapa benda ini yang terjadi kepada ku..buat kali yang entah ke berapa..aku sendiri pun tak tahu..hurm..kenapa la aku selalu diduga begini..rasanya dah banyak kali benda ini terjadi..kenapa aku masih tak sedar-sedar lagi..

aku betul-betul kecewa dan hampa..sekarang ni..aku bersedih..disebabkan perkara ini..hurm..tapi tak guna bersedih juga..sebab inilah yang dinamakan qada' dan qadar dariNYA..

hari rabu 5 ogos 2009..setibanya aku di rumah..ibuku memberi tahu..yang kakak sepupu ku bernama zaiton datang..datang dengan membawa berita yang kurang menyenangkan..iaitu mak dia sekarang sedang sakit..boleh dikatakan tenat juga..sampai dah tak boleh nak bercakap..

aku yang mendengar berita itu..tak boleh nak buat apa..cuma memberitahu ibu..yang aku akan pergi membawa ibu..pagi ahad 9.8.2009 ni..tak kan aku nak ambil cuti lagi..sedangkan aku baru sahaja bercuti isnin 3.8.2009 yang lalu..


masa tengah malam ahad tu..aku tak boleh nak tidur..dah la siangnya dan hari jumaat tu..aku ditimpa pelbagai dugaan..berat sangat hatiku kurasakan..tiba-tiba lebih kurang pukul 4pagi..telefon rumahku berdering..ibuku menjawabnya..rupanya panggilan telefon dari melaka..yang memberitahu..bahawa mak ngah ku..(kakak sepupu arwah ayahku) sudah tiada lagi..

aku yang mendengar berita itu..amat kecewa dan hampa sekali..sebab tak dapat nak bertemu untuk kali terakhir sebelum beliau pergi..pagi ahad tu..seawal pukul 8pagi..aku dan ibuku..bergegas balik ke melaka..untuk memberi penghormatan terakhir untuk mak ngah ku..jangan cerita la..berapa lajunya aku memecut white pearl aku..


sebelum memulakan pemanduan seperti kimi raikonen..huhuhu


aku dah tak peduli keadaan sekeliling..apa nak jadi..jadilah..nak kena saman pun aku tak kisah..yang penting aku kena tiba di sana..sebelum jenazah dimandikan dan dikafankan..aku sampai lebih kurang pukul 11pagi..aku jadi lambat sampai disebabkan..aku pergi ke kuala sungai baru dulu..untuk ambil adik aku..yang katanya..nak pergi bersama..tapi hampeh..aku sampai sana..dia tak ada..call pun tak dapat..dan aku buat keputusan terus sahaja ke banda ilir..

so sempat juga aku bertemu dan menatap wajahnya untuk kali terakhir..alhamdulillah..sampai sahaja di sana..aku terus mendapatkan pak ngah ku..dan mengucapkan takziah di atas pemergian mak ngah..dan seterusnya duduk di sisi jenazah mak ngah..dan sedekahkan untuk beliau..tahlil dan doa..

tapi belum puas aku berdoa..orang nak mandikan jenazah pula..sekali lagi aku kecewa dan bengang pun ada..dah la aku datang dari jauh..orang ni tak sempat-sempat nak mandikan jenazah pula..huh..

setelah semuanya selesai..jenazah dibawa ke masjid banda ilir untuk disembahyangkan dan dikebumikan..setelah semuanya selesai..aku berehat seketika..dan menunggu sehingga selepas isyak..untuk sama-sama bertahlil menghadiahkan doa untuk mak ngah..lebih kurang pukul 11malam..aku bertolak pulang ke seremban..sekali lagi white pearl aku berdesup sehingga mencecah 180 km/h dan kadang-kadang 200km/h..(buat pemandu yang lain..jangan tiru cara aku memandu..bahaya taw dan boleh menyebabkan kemalangan..huhuhu..)

buat mak ngah ku yang bernama hamidah binti abdul kadir..semoga dikau aman dan tenang di sana..dan dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman..amin

AL-FATIHAH!!!

Saturday, August 8, 2009

LDP???


LDP???..macam Lebuhraya Damansara-Puchong pulak..hehehe..sebenarnya LDP ini bermaksud Latihan Dalam Perkhidmatan..bukan lebuhraya damansara puchong taw..huhuhu

hari ini..sekolah aku menganjurkan satu lagi LDP buat warga pendidik..so aku dan kawan-kawan lain..kena datang lah LDP ni..LDP ini bertujuan untuk meningkatkan lagi ilmu bagi kalangan warga pendidik seperti aku..huhuhu


LDP ini sebenarnya kira macam satu kursus la..dan ada tajuk-tajuk yang boleh dibentangkan dan dibincangkan bersama..yang seingat aku..akulah menjadi orang pertama menjadi penceramah dalam 1st LDP..iaitu berkaitan dengan EDUWEBTV..


so LDP hari ini..menceritakan tentang ETIKA KERJA PENDIDIK YANG BERKESAN..kali ini..penceramah jemputannya ialah Tuan Haji Kamarudin bin Haji Abu Bakar..Nazir Persekutuan merangkap Ketua Jemaah Nazir Negeri Sembilan..





wajah penceramah LDP kali ini



LDP bermula seawal jam 8pagi dan berakhir pada pukul 1230 tengah hari..memang tidak membosankan LDP kali ini..seronok dan menyeronokkan..dan aku rasa seperti mendapat suntikan baru..untuk terus bekerja..banyak input yang aku dapat..walaupun dalam keadaan gembira dan ketawa..kira macam satu motivasi la..buat diriku ini..

so sebelum berakhirnya LDP..my big boos En.Abdul Latiff bin Mohammad Yusof..menyampaikan cenderahati sebagai tanda terima kasih dari Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka kepada beliau..kerana sudi berkongsi ilmu dan pengalaman dengan kami semua pada hari ini..


thank you very much..

Wednesday, August 5, 2009

akhirnya..

petang tadi..lebih kurang dalam pukul 3petang..aku dihubungi oleh PAR sekolah aku..untuk datang ke pejabat..dengan memberi tahu ada hal penting..
aku pun terus bergegas ke pejabat..nasib baik hari ini..hari rabu..memang sampai petang aku ada di sekolah..sebab biasanya hari rabu..sebelah petangnya ada ko-kurikulum..so senang la aku terus ke pejabat sekolah..

beginilah rupanya..surat tawaran perlantikan jawatan dari SPP

rupa-rupanya..benda yang penting tu adalah surat tawaran perlantikan aku dari SPP setelah aku berjaya dalam temuduga untuk lantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pelajaran (Siswazah) DG41..huh gembiranya aku..sebab selama hampir 3bulan selepas temuduga..AKHIRNYA..aku terima juga surat tawaran yang selama ini aku nanti-nantikan..dan yang plaing aku gembira..surat itu bertarikh 3 OGOS 2009..bersemperna tarikh lahir buah hati ku..hehehe..

so sekarang aku kene selesaikan urusan surat tawaran ini..dalam tempoh 60hari dari tarikh surat tersebut..hehehe..tak sabar-sabar nak selesaikan benda ini..kalau cepat selesai..tunggu masa sahaja untuk menerima surat lantikan dan pengesahan jawatan dari majikan atau guru besar sekolah aku..huhuhu..

selepas dah conform jawatan..boleh la aku nak kawen..hehehehe...

car salon and wax and macam-macam lagi


kali ini nak story pasal car salon and wax..eh kenapa pula nak cerita pasal ni??hehehe..sebenarnya aku story ni..pasal car wash atau pun car salon milik abang aku..yang baru 3 atau 4 bulan beroperasi..hehehe

saja nak promote..huhuhu..kenapa aku panggil car salon bukan car wash??sebabnya kalau car wash..servis yang disediakan setakat basuh, vacum, polish dan wax sahaja..tapi kalau car salon pula..berbeza sedikit servisnya..yang asas tetap ada la..cuma ditambah dengan cuci seat fabrik, dan perkhidmatan menukar minyak hitam kereta..hehehe..selain tu..ada juga perkhidmatan membasuh karpet..

ok lah..aku nak beritahu lokasinya..kalau orang yang duduk sekitar seremban, mesti tahu plaza ampangan..atau ada yang mengenalinya sebagai giant ampangan..sebab dalam plaza ampangan tu ada Giant Supermarket..
car salon milik abg aku ni..bukan la kat dalam plaza ampangan tu..tetapi bersebelahan dengan bangunan plaza ampangan..atau lokasi yang paling tepat..ialah dalam kawasan pagar balai penghulu ampangan..kalau tak tahu jugak..aku tak tahu nak explain macam mana lagi..hehehe..

car salon ni dimiliki bersama antara aku dan abang aku..hehehe..aku cuma tanam suku je modalnya..yang lain semua abang aku..hehehe..so makan untung atas angin jek..waktu operasinya setiap hari kecuali hari isnin...bermula pukul 9pagi..sehingga pukul 7malam..

inilah wajah-wajah pekerja yang ada dekat car salon ni..hehehe..masing-masing control hensem..sebab masa dorang tengah buat kerja..aku snap gambar dorang..huhuhu

ini namanya firdaus..seorang pekerja OKU..dia ni bisu..



ini pula jai..budak yang paling kuat main sabun..huhuhu

yang pula amir..pekerja tambahan..hehehe..sebenarnya ada sorang lagi..tapi dia tengah bz mengvacum kereta..so tak dapat la nak snap picture dia..huhu..sorry la bro misai..

aku kadang-kadang ada juga kat car salon ni..biasanya hujung minggu la..sebab aku tak tahu nak buat apa kat rumah..bila hujung minggu..kalau malam harinya pula..aku akan keluar bersama kawan-kawan..bercerita dan melepak sambil minum di kedai makan..dekat senawang..

so ada juga benda yang aku buat untuk mengisi masa lapang..sambil membuat exercise..serta mengeluarkan peluh..terutamanya tengah layan basuh kereta..hahaha..aku berani jamin..kalau korang basoh kereta kat sini..korang mesti puas hati dan nak datang lagi untuk cuci kereta..