aku betul-betul kecewa dan hampa..sekarang ni..aku bersedih..disebabkan perkara ini..hurm..tapi tak guna bersedih juga..sebab inilah yang dinamakan qada' dan qadar dariNYA..
hari rabu 5 ogos 2009..setibanya aku di rumah..ibuku memberi tahu..yang kakak sepupu ku bernama zaiton datang..datang dengan membawa berita yang kurang menyenangkan..iaitu mak dia sekarang sedang sakit..boleh dikatakan tenat juga..sampai dah tak boleh nak bercakap..
aku yang mendengar berita itu..tak boleh nak buat apa..cuma memberitahu ibu..yang aku akan pergi membawa ibu..pagi ahad 9.8.2009 ni..tak kan aku nak ambil cuti lagi..sedangkan aku baru sahaja bercuti isnin 3.8.2009 yang lalu..
masa tengah malam ahad tu..aku tak boleh nak tidur..dah la siangnya dan hari jumaat tu..aku ditimpa pelbagai dugaan..berat sangat hatiku kurasakan..tiba-tiba lebih kurang pukul 4pagi..telefon rumahku berdering..ibuku menjawabnya..rupanya panggilan telefon dari melaka..yang memberitahu..bahawa mak ngah ku..(kakak sepupu arwah ayahku) sudah tiada lagi..
aku yang mendengar berita itu..amat kecewa dan hampa sekali..sebab tak dapat nak bertemu untuk kali terakhir sebelum beliau pergi..pagi ahad tu..seawal pukul 8pagi..aku dan ibuku..bergegas balik ke melaka..untuk memberi penghormatan terakhir untuk mak ngah ku..jangan cerita la..berapa lajunya aku memecut white pearl aku..
sebelum memulakan pemanduan seperti kimi raikonen..huhuhu
aku dah tak peduli keadaan sekeliling..apa nak jadi..jadilah..nak kena saman pun aku tak kisah..yang penting aku kena tiba di sana..sebelum jenazah dimandikan dan dikafankan..aku sampai lebih kurang pukul 11pagi..aku jadi lambat sampai disebabkan..aku pergi ke kuala sungai baru dulu..untuk ambil adik aku..yang katanya..nak pergi bersama..tapi hampeh..aku sampai sana..dia tak ada..call pun tak dapat..dan aku buat keputusan terus sahaja ke banda ilir..
so sempat juga aku bertemu dan menatap wajahnya untuk kali terakhir..alhamdulillah..sampai sahaja di sana..aku terus mendapatkan pak ngah ku..dan mengucapkan takziah di atas pemergian mak ngah..dan seterusnya duduk di sisi jenazah mak ngah..dan sedekahkan untuk beliau..tahlil dan doa..
tapi belum puas aku berdoa..orang nak mandikan jenazah pula..sekali lagi aku kecewa dan bengang pun ada..dah la aku datang dari jauh..orang ni tak sempat-sempat nak mandikan jenazah pula..huh..
setelah semuanya selesai..jenazah dibawa ke masjid banda ilir untuk disembahyangkan dan dikebumikan..setelah semuanya selesai..aku berehat seketika..dan menunggu sehingga selepas isyak..untuk sama-sama bertahlil menghadiahkan doa untuk mak ngah..lebih kurang pukul 11malam..aku bertolak pulang ke seremban..sekali lagi white pearl aku berdesup sehingga mencecah 180 km/h dan kadang-kadang 200km/h..(buat pemandu yang lain..jangan tiru cara aku memandu..bahaya taw dan boleh menyebabkan kemalangan..huhuhu..)
buat mak ngah ku yang bernama hamidah binti abdul kadir..semoga dikau aman dan tenang di sana..dan dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman..amin
AL-FATIHAH!!!
1 comment:
al-fatihah buat mak ngah......sabar ya...
Post a Comment