Thursday, December 31, 2009
hari yang sungguh memenatkan...
salam..hope korang semua sehat sejahtera..huh!!..betol-betol penat sangat aku..2 hari bertungkus lumus ke sana ke mari..betol-betol membuatkan aku berasa penat..tak pernah aku rasa penat sampai macam ni...
semalam..selepas habis meeting..lebih kurang pukul 2petang..aku terus menyelesaikan hal-hal yang perlu diselesaikan di nilai...balik seremban..rest sekejap..pastu amik adik aku kat seremban dua..dalam lebih kurang pukul 7..aku keluar balik..pergi KLIA..sambut mak zarah dan ayah hamzah..balik dari mekah..terlalu lama menunggu..selesai semua lebih kurang..pukul 12.30 tengah malam..n sampai rumah lebih kurang pukul 1.15 pagi..
pagi tadi..seperti biasa hantar adik aku pergi kerja...pastu terus ke kuala pilah..ada hal sikit..selesai balik seremban..amik ibu n adik aku..pergi sekolah adik aku..buat urusan pertukaran sekolah untuk tingkatan4..selesai hantar ibu n adik aku balik..terus ke nilai..selesaikan urusan di sekolah aku pulak...
balik seremban..rest sekejap..n terus ke ampangan semula..hantar borang-borang pertukaran sekolah adik aku..dan terus ke seremban dua..amik adik aku balik dari kerja..huh..sungguh memenatkan..kerana kebanyakan jalan dah mula sibuk..
nampaknya..malam ni aku tido awal laa..sebab badan dah terlalu penat..sebelum terlupa..SELAMAT TAHUN BARU 2010 tuk anda semua..salam
Tuesday, December 29, 2009
2010 bakal tiba...
salam readers..2010 bakal tiba..dan 2009 bakal meninggalkan kita..maka bertambah lah lagi setahun usia kita semua...bila bertambah usia..makin hampir kita kepadaNYA...
ok..seperti biasa..bila dah nak tiba tahun baru Masihi ni..ramai yang pasang pelbagai azam dan cita-cita..tapi korang perasan tak???berapa ramai yang ingat tahun baru Hijrah baru-baru ni???hehehe...
aku bukan nak cerita apa pown..just nak bagi taw..seperti biasa..bila nak buka sesi persekolahan yang baru..maka semestinya ada meeting..antara benda yang aku tak suka..sebab bila meeting mesti mengambil masa yang agak lama baru nak selesai..meeting sekolah la namanya..paling kurang mesti habis tengah hari..
aduh la..mesti boring aku duk dalam meeting..tapi aku tahu apa yang perlu dilakukan untuk menghilangkan boring itu..antaranya.....(rahsia)...
ok lah..aku nak tidur awal sikit..sebab meeting esok pagi..kalo tak..tak bangun la pulak aku nanti..lagi jumpa salam..
Monday, December 28, 2009
tak ada kesungguhan???
salam readers..hope korang semua sehat sejahtera..dan ceria selalu..hari awal pulak aku bangun..hehe..kebiasaannya dalam waktu macam ni..aku sambung tidor balik..
hurm..apa yang anda akan rasakan..bila seseorang mengatakan anda "TAK ADA KESUNGGUHAN" baik dalam kerja..atau dalam apa sahaja???
arrggh..itu yang ditanya oleh seseorang kepada aku pagi-pagi ni...mungkin dia tak nampak kut..yang aku ni bersungguh-sungguh..atau saja-saja buat tak nampak..aku pun tak tahu la...
memang sekarang ni..aku banyak bercerita tentang "my white pearl"..sebabnya..kereta tu aku beli dengan duit aku sendiri..down payment..hasil dari titik peluh aku sendiri..berlainan dengan orang lain..ada yang dapat kereta..down payment nya..bukan dari duit sendiri...contohnya..mak atau ayah yang sponsor..abang atau kakak..suami dan sebagainya..mungkin sebab tu aku..banyak menceritakan tentang kereta aku...
hurm..entah lah..aku pun tak faham..cerita pasal kereta pun salah..nak cerita pasal apa eh baru orang tak marah???
ok lah..aku nak bersiap..sebab ada urusan penting untuk dilakukan hari ini..LAGI JUMPA~~~
Sunday, December 27, 2009
sungguh bosan...
weekend yang sangat bosan..tak tahu nak buat apa lagi..hurm..dah la sekarang ni..berjauhan dengan "buah hati" kesayangan..hancur luluh..hampa kecewa..dibuatnya..segala aktiviti terpaksa di cancelkan..sebabnya.."buah hati" tak ada...
bila la nak dapat bersama kembali dengan "buah hati" tersayang ni????
bila la nak dapat bersama kembali dengan "buah hati" tersayang ni????
Thursday, December 24, 2009
tak confuse lagi
so petang tadi..aku ke bengkel sekali lagi..dan aku ada contact beberapa foremen yang arif dengan gear box auto nie..ada sorang bro nie..kira otai la..dekat rasah cakap ngan aku..bukan masalah gear box..tapi benda lain..bendanya "torque converter" punya hal..atau dalam bahasa mudah nya.."BOLA"..benda tu letaknya dalam gear box..dan dia bersambung dengan drive shaft..
baru sekejap ni tadi..aku call sorang lagi otai dalam bab-bab kereta ni..sapa lagi kalau bukan pak lang aku..atau lebih dikenali dengan nama "BOZO"..dia pun cakap benda yang sama..so aku bertambah keyakinan la..yang rosak tu..bukan gear box aku..tapi "torque converter" sahaja..
kalau benda tu sahaja..tak lah cecah sampai RM2k..lega la aku sikit..dan boleh la aku tidur lena sedikit malam ni..huh susah hati betul bila "buah hati" sakit macam ni..huhuhu..
ok la..nak keluar sekejap..lepak sambil minum-minum dengan kawan-kawan..salam
benda yang aku cari..sudah jumpa...
ok lah..aku nak postkan entry benda yang aku cari buat masa ni..benda tu ialah GEAR BOX untuk HONDA CIVIC 1.7 aku..puas aku mencari ke sana dan ke mari..sehinggakan ada yang nak jual sampai rm3500..tak masuk akal..sedangkan kalau aku convert enjin 2.0 i-VTEC baru rm8000 sahaja..
so malam tadi usha punya usha..dapat laa satu..tu pun memang satu sahaja yang ada..yang lain semua model b16b atau pown b18c..yang tu semua tak boleh nak masuk kan enjin kereta aku..

beginilah bentuk rupa gear box civic 1.7
yang ni..orang tu nak jual rm2000..aku rasa ok lah..dan memang model 1.7 pown..so aku nak deal ngan orang ni..kalau boleh dapat murah lagi..bila aku trade in gear box aku kat dia..ok zuhur pun dah masuk..aku nak selesaikan urusan ini..lagi jumpa jika diizinkan..
salam...
ku rindukan mu...
hari ini..24 DISEMBER 2009..adalah tarikh lahir bagi seorang sahabat baik aku..iaitu ALLAHYARHAM AHMAD ZUHAILI BIN SHAFIE..ulang tahun kelahiran arwah yang ke 28..sebaya dengan aku..sayu dan hiba bila tiba waktu ni..kebiasaannya..bila tiba waktu macam ni..aku akan wish happy birthday padanya..tak kira la tengah malam ke..pagi ke..sebab kami memang rapat..serapt rapatnya...
aku rindukan arwah ni..seorang sahabat yang baik..terlalu baik buat aku..dan kawan-kawan yang lain..segalanya masih aku ingat bersama arwah..baik kami sama-sama di KUSZA dan Mesir dulu..pahit manis..kami harungi bersama..tapi ALLAH lebih menyayanginya..arwah menemui penciptaNYA..pada 4.4.2009..akibat kemalangan jalan raya..pilu dan sayu bila mendengar berita pemergian arwah..kali terakhir aku bertemu arwah ni..masa kami sama-sama konvo KPLI kat putrajaya..kebetulan tarikh konvo kami sama..
YA ALLAH..aku amat merindui sahabatku AHMAD ZUHAILI bin SHAFIE..ku mohon pada MU..cucuri rahmat dan kasih sayang Mu ke atas rohnya..ampunkan segala dosa-dosanya..jadikanlah kuburnya seperti taman di dalam syurga..tempatkanlah dia di sisi para rasul, anbiayak, para sahabat, para soleh yang dekat denganMU..ku mohon pada MU YA ALLAH..tunaikan lah permintaan hambaMU ini..AMIN YA RABBAL 'ALAMIN
Subscribe to:
Posts (Atom)