so petang tadi..aku ke bengkel sekali lagi..dan aku ada contact beberapa foremen yang arif dengan gear box auto nie..ada sorang bro nie..kira otai la..dekat rasah cakap ngan aku..bukan masalah gear box..tapi benda lain..bendanya "torque converter" punya hal..atau dalam bahasa mudah nya.."BOLA"..benda tu letaknya dalam gear box..dan dia bersambung dengan drive shaft..
baru sekejap ni tadi..aku call sorang lagi otai dalam bab-bab kereta ni..sapa lagi kalau bukan pak lang aku..atau lebih dikenali dengan nama "BOZO"..dia pun cakap benda yang sama..so aku bertambah keyakinan la..yang rosak tu..bukan gear box aku..tapi "torque converter" sahaja..
kalau benda tu sahaja..tak lah cecah sampai RM2k..lega la aku sikit..dan boleh la aku tidur lena sedikit malam ni..huh susah hati betul bila "buah hati" sakit macam ni..huhuhu..
ok la..nak keluar sekejap..lepak sambil minum-minum dengan kawan-kawan..salam
No comments:
Post a Comment