salam readers..ni merupakan post aku yang ke-3 untuk hari ini..hurm..terlalu berat semasa aku nak taip untuk entry kali ini..tapi aku cuba gagahkan hati..untuk tuliskan juga entry ini..
sebenarnya..aku sekarang ini..betul-betul berasa sedih..sedih sangat..kesedihan yang aku rasai ini..membuatkan aku masih lagi tertanya-tanya..adakah ianya benar-benar berlaku..sehinggakan apa sahaja yang aku buat..semuanya tak kena..
memang saja aku postkan entry ini di malam hari..agar orang lain di rumah aku..tak nampak yang aku sedang bersedih..biar orang dekat rumah ini..tidak tahu yang aku sedang menangis..ya Allah..kuatkanlah serta tabahkanlah hati hambaMu ini..dalam menghadapi setiap ujian yang telah Engkau tentukan..
pagi tadi..lebih kurang pukul 10pagi..aku mendapat satu panggilan dari sahabat aku..yang merupakan junior aku semasa belajar di KUSZA dan di Mesir..satu berita yang membuatkan aku terperanjat..sehingga kini..aku seolah-olah masih tidak percaya..tetapi dari apa yang aku dengar dari sahabat yang lain..benarlah ceritanya..
malam hari raya..membakar satey bersama kawan-kawan..
arwah zuhaili..berbaju biru..yang disebelah kanan kawan becermin mata
arwah zuhaili..berbaju biru..yang disebelah kanan kawan becermin mata
semalam..aku telah kehilangan seorang sahabat karib aku..seorang sahabat yang aku kenali pada tahun1999..semasa belajar di KUSZA dulu..seorang sahabat yang sama belajar di mesir satu ketika dulu..orang yang aku maksudkan ialah Allahyarham Ahmad Zuhaili bin Shafie..a.k.a zuet..sahabat yang yang sentiasa dengan aku..bila susah dan senang..sahabat yang pernah berkongsi tidur dan makan bersama aku satu ketika dulu..
arwah zuhaili berbaju melayu ungu..
berada di sebelah kiri aku..
gambar ketika selesai solat idul-fitri..
orang yang aku kenali dengan sifat ramah dan pemurah..kini telah pergi meninggalkan aku dan rakan-rakan yang lain..begitu singkat umur mu sahabat..aku redha atas pemergianmu..berada di sebelah kiri aku..
gambar ketika selesai solat idul-fitri..
kali terakhir aku jumpa arwah ni..ketika aku konvokesyen KPLI..tahun lepas..hari raptai dan konvo kami..hari yang sama..seronok sangat dapat jumpa beliau..banyak sangat ceritanya..tapi tak sangka..itulah pertemuan kami buat yang terakhir..beliau telah pun pergi buat selamanya..akibat terbabit dalam satu kemalangan jalanraya yang mengerikan ketika ingin menjemput tunangnya di kuala terengganu..lokasi kemalangan di kawasan paka..menurut sumber..ketika itu hujan turun dengan lebat dan beliau hilang kawalan..lalu terbabas dan bertembung dengan sebuah kereta dari arah yang bertentangan..pemandu kereta tersebut juga maut di tempat kejadian dan penumpangnya parah..
beginilah keaadan kereta honda EK milik arwah yang baru 4bulan dimilikinya..hasil dari carian seorang sahabat yang lain..hancur berkecai..beliau meninggal di tempat kejadian..dimandi dan dikafankan di hospital..selepas itu..jenazah di bawa pulang ke rumah beliau di kemaman untuk disemadikan..
aku memang rapat dengan beliau..mungkin sebab kami lahir pada bulan yang sama..cuma bezanya..aku awal 9hari dari beliau..kami memang rapat..masa di mesir dulu..aku selalu datang rumah beliau..dan beliau pun sering datang bertandang di rumah aku..sedih dan pilu sangat aku rasakan kini..begitulah qadar Allah buat mu sahabatku..qadar untuk ku..tak tahu pula macam mana..
aku nak stop dulu..sebab dah tak tahan sangat untuk menaip lagi..sebak sangat yang kurasakan sekarang ini...buat sahabatku ahmad zuhaili..aku doakan agar dikau ditempatkan bersama para rasul dan anbiyak 'alaihimus solatu was salam..bersama para malaikat dan para syuhadak..dan bersama orang-orang yang beriman dan bertaqwa..semoga rohmu dirahmati Allah..Segala kenangan kita bersama akan ku abadikan selamanya di lubuk hati ini..Selamat tinggal sahabatku..24121981-04042009..ku hadiahkan AL-FATIHAH khas buat mu!!!
2 comments:
Saya bersahabat dengan Zuet sejak dari tingkatan Satu sehingga ke Tingkatan 5. Terima kasih atas maklumat ini. Saya sekarang di Washington DC. Tribute saya untuk Zuet di blog saya http://amir-legacy.blogspot.com.
hakimi... saya juga sempat bersahabat bersamanya ketika sepengajian untuk mendapat ijazah perguruan di IPKT selama 1 tahun setengah...
kehilangannya sangt terasa.. saya masih rasa macam bermimpi.. list friend Mr Zuet dlm blog saya pun blm di delete.. sedih maaa..
Al-Fatihah
izinkan saya link kan blog ni yer..TQ
Post a Comment