sekadar gambar hiasan sahaja..
salam..aku rasa betul-betul terharu..terharu kerana sokongan dan dorongan terutamanya dari my lovely mom n my family..cik intanurulfateha..(my lovely sister)..milimilo kamiliaharun..dan kawan-kawan seblog..thanks so much..daku menghargainya..
pagi tadi aku ke putrajaya..untuk menghadiri temuduga lantikan jawatan ke gred DG41..memang sungguh mendebarkan..sebab ramai yang datang temuduga..kebanyakannya gagal..itu yang membuatkan aku risau..sepanjang perjalanan dari seremban-putrajaya..phone aku tak henti-henti..terima mesej dari kawan-kawan...
aku tiba di sana satu jam awal dari waktu aku temuduga..aku duduk lepak dalam kereta dulu..sambil membaca newspaper..takut pulak kalo dia tanya isu semasa..tak dapat jawab pulak..
pukul 9.30..aku pergi ke bangunan SPP..untuk urusan mendaftar..lebih kurang dalam pukul 1045..aku dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga..panel temuduga..seorang lelaki yang aku rasa seawal 40-an kut..
seperti biasa..sambil menatap dan merenung sijil-sijil aku..beliau menyuruh aku..menceritakan tentang latar belakang dan keluarga..tapi yang syoknya..beliau banyak menanyakan aku tentang tugasan aku di sekolah..dan apa yang aku buat selepas waktu sekolah..langsung tak tanya yang susah-susah..ALHAMDULILLAH..begitu mudah rupanya aku ditemuduga..
keluar dari bilik temuduga..pelbagai soalan ditanya oleh calon-calon..yang bakal ditemuduga sebentar lagi..aku story yang aku hanya ditanya pasal tentang diri aku..dan sekolah aku sahaja..dan yang lain..hanya berbual-bual sahaja dengan beliau..
selepas temuduga..aku pun terus keluar dari bangunan SPP yang meninggalkan seribu kenangan temuduga dalam hidup ku..aku pun bercadang nak berjumpa dengan cik adik sayang..yang bekerja tak berapa jauh dari situ..tapi beliau ni..melampau busy..so aku pun terus je balik..sampai rumah dalam pukul 1..makan tengah hari dengan mummy..solat zuhur dan terus tidur dengan nyenyak sekali..(sebab malam tu..aku tak berapa lena..mengenangkan hal temuduga)..
so sekali lagi thanks kepada my mom n my family..kawan-kawan seblog..dan kawan-kawan yang lain..(nak tulis nama banyak sangat)..yang tak putus-putus memberi semangat kat aku..aku betul-betul menghargai kalian semua..thanks..n love u all...mmmmmmuuahh
2 comments:
.luv u too abg! :)
congrats!
:)
Post a Comment