apa yang dicari??

Tuesday, December 22, 2009

alhamdulillah..kerana umur ku masih dipanjangkan..


salam to all readers..hope korang sihat sejahtera..alhamdulillah..syukur kepada Allah..yang masih lagi bagi aku kesempatan untuk berblog..thank you Allah..ok lah..aku nak story sedikit pasal apa yang terjadi semalam..

semalam 21.12.2009..satu peristiwa telah berlaku..peristiwa yang boleh membuatkan aku..akan ingat sampai bila-bila..hehehe..bak kata pepatah..sudah jatuh ditimpa tangga..

ok lah..aku nak story sikit..story nya macam ni..semalam aku keluar pergi town seremban..tapi sebelum tu..aku pick up dua adik sedara aku kat nilai..ALONG n ANGAH..yang ikut sekali adik perempuan aku sekali..kira aku berempat la..so pas pick up dorang kat nilai..kita orang pergi seremban..tuk shoping barang-barang sekolah dorang..aku just jadi driver yang penuh berhemah la..hehehe..

so bila sampai kat JPA seremban..aku belok kiri..dan ikut jalan Lobak..sebab malas nak layan jam kat town seremban..terutamanya depan muzium negeri..ikut jalan belakang..tak banyak sangat kereta..sampai kat toyota show room..aku turn kanan la..sebab trafic light dah hijau..masa aku belok tu..aku rasa bergegar..aku ingatkan tayar aku pancit..pastu..gegaran tu hilang..dan aku stop di traffic light temiang..yang berhampiran dengan maxis centre tu..bila traffic light hijau..aku nak jalan la..tapi kerata aku tak boleh jalan..dah..buat hal pulak kereta ni..

aku terus pasang double hazzard..n kereta beredar dari belakang kereta aku..kereta aku masih tak boleh nak jalan..pastu ada la mamat ni tolong tolakkan kereta aku lepas dari traffic light dan park kat tepi jalan tu je..aku pun call la rescue team aku..call akak aku untuk pick up budak-budak ni..

aku call foreman aku..dan dia cakap kena hantar bengkel..tapi tow truck tak ada..aku cakap tak pe la..aku guna tow truck insuran kereta aku..so bila dah deal ngan insuran..n sambil tunggu tow truck datang..aku lelapkan mata sekejap dalam kereta..tapi tak lelap mana pown..sebab kepala duk pikir pasal masalah kereta ni..lebih kurang 2 jam baru tow truck sampai..driver dia call aku..untuk confirm kan kereta tu..aku cakap ye..

so dia u turn di persimpangan KFC Lobak..dan keluar betul-betul dekat simpang yang aku park kereta tadi..bila traffic light tukar hijau..tow truck jalan macam biasa..dan kektika nak membelok..datang satu mamat naik motor ni..dari arah bertentangan..driver tow truck ni pun elak dari langgar mamat ni..tapi yang jadi mangsa adalah KERETA AKU..diulangi sekali lagi..KERETA AKU..aku pula yang kebetulan dibelakang kereta..hanya mampu melihat kereta aku "ditarik" oleh tow truck..aduh la..dah la kereta rosak..kena langgar pulak dengan tow truck yang nak tow kereta aku ke bengkel..lagi la bengang aku dibuatnya..








beginilah keadaan kereta aku yang di"tarik" oleh tow truck..

tapi aku bersyukur kepada ALLAH..sebab aku selamat..kalau aku ada kat sebelah kanan kereta aku..confirm..aku mati tersepit disitu..maka ramailah yang akan meratapi kematian ku..eh..ramai ke????aku pun tak tahu..

so siang tadi..aku ke bengkel member aku..untuk confirmkan apa masalah kereta aku..rupa-rupanya..gear box kereta aku..punya hal..gigi-gigi gear tu ada problem sikit..sebab bila jack tayar depan masuk gear..tayar kereta boleh jalan..tapi terletak..di atas bumi..gear tu tak mampu nak gerakkan kereta aku..

deal punya deal..sah kena tukar gear box baru..kereta aku pulak auto..kalau repair..walaupun ada warranty..tapi berkemungkinan akan rosak balik..kalau nak tukar baru..trade gear box lama..half cut nak rm3500..aduh..makin bertambah pening aku dibuatnya..


last sekali aku suh foreman aku usha harga half cut untuk enjin 2.0 jek..kalau harga tak sampai 10k termasuk gear box..baik aku convert je enjin kereta aku..dari tukar gear box sahaja..
bila dah selesai repair enjin kereta..nak kena hantar kereta kat bengkel tow truck tu..nak repair pulak hasil "tarik" dari tow truck tu..nampak gaya nya..sampai buka sekolah laa..aku tak dapat nak bersama "kekasih hati" aku ni..hahaha..

begitulah dugaan yang telah diuji oleh Dia kepada ku semalam..dan sehingga kini..aku masih lagi runsing memikirkan "kekasih hati" yang berjauhan dengan ku..
ok lah..aku nak stop..aku nak sambung kerja sedikit..salam..

1 comment:

shashazura said...

ishk2. nasib baek ko xde pape. alhamdulillah.. dasat tul harga nk repair tu. huhu. kete canggeh sgt~ hehe. xpe la, utk kegunaan ko gak nnt kan.