apa yang dicari??

Thursday, September 17, 2009

hanya gambar sahaja...

lokasi :- sekitar SKDC

kamera :- DSLR CANON 1000d with external flash YONGNUO SPEEDLITE YN460

AYU..


3 MAK DARA PINGITAN..KAK TI, AYU DAN AFIZAN..


BERGAYA DI TANGGA..



STUDENTS SAYA



BERSAMA YANZBELLA

just suka-suka..sebab aku suka ambil gambar..

Majlis Khatam Al-Quran

salam..bertemu kembali..kini aku dah ada semangat kembali untuk mengupdate blog..huhuhu..

bulan ini..banyak betul events yang berlangsung di sekolah aku..semalam..majlis penutup bulan kemerdekaan..dan hari ini..berlangsungnya satu lagi majlis..iaitu majlis khatam al-quran dan pemberian sumbangan kepada anak yatim dan miskin..

program ini..memang salah satu acara tahunan bagi sekolah aku..sejak aku berada di sekolah ni..dah 2kali aku merasanya..kalau nak ikutkan..dah 3 kali..tapi last year..aku kena pergi kursus selama 2 hari di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Samad, Tanjong Ipoh, Kuala Pilah..so tak dapat bersama menjayakan program ini..

tapi tahun ini..alhamdulillah..aku dapat bersama menjayakan majlis yang begitu gemilang ini..dan tahun ini..aku dilantik menjadi NAQIB (ketua majlis khatam quran)..huh..sungguh mendebarkan..sebab aku tak pernah khatamkan orang..hahaha..tapi..sebabkan aku ni jenis releks..so aku terima sahaja..dan majlis berjalan dengan lancar..

seperti biasa..pengacara majlis..tak lain dan tak bukan..kak yanz la..sapa lagi..hehehe..majlis dimulakan tepat pada pukul 8.30 pagi..dimulai dengan bacaan doa oleh sahabat aku..al-fadhil al ustaz mohd al-amin bin mat rani..

selesai bacaan doa..ucapan dari YDP PIBG sekolah aku..en affa faizal bin hj isa..dan majlis dirasmikan oleh beliau juga..seterusnya..acara yang dinantikan oleh semua orang..iaitu majlis khatam al-quran..bagi bulan ramadhan 1430H..sebelum tu aku nak ucapkan tahniah di atas kejayaan peserta tadarus al-quran..kerana berjaya khatam al-quran sebanyak 6kali dalam masa 12 hari persekolahan..satu pencapaian yang boleh dibanggakan..

so selepas pengacara majlis menyerahkan majlis kepada aku..untuk mengetuai bacaan majlis khatam al-quran..aku pun memberi sedikit tatacara nak menjalankan majlis ini..habis je aku bagi tahu tatacaranya..majlis dimulakan dengan membaca surah al-fatihah..dan diikuti membaca surah ad-dhuha sehingga surah an-nas..tapi sayang..majlis kali ini..Guru Besar dan YDP PIBG sekolah aku tak dapat nak turut serta sehingga majlis tamat..


selesai sudah majlis khatam al-quran..kini majlis diserahkan semula kepada kak yanz..dan acara penyampaian sumbangan derma kepada anak yatim dan fakir miskin..yang bestnya..dalam majlis ini..ada terselit satu majlis..dimana sepanjang 12minggu sebelum ini..sekolah aku menerima 6 orang guru praktikum..so hari ini..hari terakhir mereka bersama dengan kami di SKDC tercinta..majlis tamat lebih kurang pada pukul 10pagi..

penat pulak aku menaip..jom layan gambar dulu..kang sambung balik story eh..

antara peserta khatam al-quran tahun ini

doa dibaca oleh al-fadhil al-ustaz mohd al-amin

sebahagian dari penonton yang menyaksikan majlis ini

ucapan dari YDP PIBG



antara jelitawati-jelitawati sekolah..


antara orang tak berapa kuat majlis

penyampaian hamper

majlis khatam bermula..



terima kasih mama cikgu sebab bagi saya hadiah hari raya..



wakil peserta kursus kahwin khatam menerima cenderahati



antara murid yang menerima sumbangan



ucapan dan penyampaian cenderahati kepada pihak sekolah
dari guru-guru praktikum IPRM

peserta Khatam Al-Quran 1430H/2009M


aku pulak kebetulan dah tak ada kelas buat masa ini..kelas aku pukul 11.00 pagi..so sementara masa yang ada..aku bertemu dengan pengawas-pengawas pusat akses yang di bawah jagaan aku..perjumpaan dibuat di my 2nd opis..pusat akses la..mana lagi..ucapan selamat hari raya dan bermaaf-maafan di antara pengawas-pengawas dan guru pembimbing..serta pemberian duit raya kepada mereka..

aku, angah, nisa',raudhah, ikhwan, asyraf, hakim n wan halil

bersama geng pusat akses SKDC


hari terakhir sekolah yang menyeronokkan dan menggembirakan aku..huhu..tepat pukul 12.30 pula..majlis bersalaman di antara murid-murid dan guru-guru diadakan..huh lenguh jugak beb bersalaman dengan budak-budak ni..mana tak nya..murid sekolah aku hampir 1200 orang..hahaha..

itu sahaja cerita aku..LOVE U ALL..untuk entry kali ini...

Majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan

salam..kepada semua hamba Allah..semoga korang semua berada dalam lindungan-Nya selalu..

semalam..16.9.2009..merupakan hari ulangtahun penubuhan Malaysia..di mana Sabah dan Sarawak menyertai Tanah Melayu dan membentuk satu negara..yang diberi nama MALAYSIA..(eh..betul ke fakta aku ni???)..dan semalam juga..merupakan..hari terakhir..kempen mengibarkan Jalur Gemilang..kempen yang telah bermula sebulan yang lalu..


so sekolah aku juga tak ketinggalan..mengadakan sedikit majlis yang agak simple..untuk Majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan..walaupun ketika ini..berada dalam bulan Ramadhan..ia sedikit pun tak menghalang..berlangsungnya majlis ini..

majlis dimulakan dengan nyanyian dari murid tahun 6..lagu 1Malaysia..kemudian diikuti..persembahan pakaian kreatif..mendeklamasikan sajak..dan sepanjang sebulan sambutan ini..pelbagai aktiviti dah dijalankan..antaranya kuiz..teka silang kata..tayangan video..dan sebagainya..jom kita layan gambar-gambar ni dulu..layan~~





para penonton yang setia..sesetia malam pada bulan..huhu

nyanyian 1Malaysia

hakim-hakim yang bijaksana..



antara peserta pertandingan kreatif dan mendeklamasikan sajak..

penyampain hadiah..

peserta pakaian kreatif



dah habis semua acara..penyampaian hadiah kepada pemenang dan perasmian penutup..disempurnakan oleh Yang Berusaha En. Mohd Salleh bin Abdul Karim..Guru Penolong Kanan 1 SKDC..acara tamat lebih kurang pada pukul 10.00 pagi..

Tuesday, September 15, 2009

majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim


salam..dah lama juga aku tak mengupdate blog aku..bukan busy..tapi aku tak de mood nak updatekannya..entah kenapa tiba-tiba..aku berasa malas dan tidak bermaya untuk mengupdate blog ni..

ok..baru-baru ni..aku terima satu jemputan untuk berbuka puasa dan meraikan bersama anak-anak yatim..peristiwa ni berlaku pada 12.9.2009 yang lepas..majlis ini dianjurkan oleh Pasukan Pengakap Kelana 'A Seremban Timur..


so aku diarahkan untuk mencari 10 orang anak yatim di sekolah aku..untuk diraikan di majlis tersebut..Alhamdulillah..semua yang aku cari..semuanya hadir dan turut serta meraikan majlis ini..

majlis berbuka diadakan di restoran wadi ar-raudhah..di rahang..berhampiran dengan rahang square..dan lokasi yang paling senang nak taw..dekat dengan sekolah kebangsaan rahang..seremban..

majlis dimulakan dengan bacaan doa dan dirasmikan oleh setiausaha pengakap negeri..so memang meriah majlis ini..dan budak-budak ni..betul-betul riang dan gembira..huhuhu..mana taknya..makan free..dah tu pulak dapat duit raya dan sumbangan dari orang yang sudi menderma..

danish aiman menerima sumbangan hari raya..

korang mesti pelik kan..kenapa danish aiman boleh berada di majlis ini??..sebenarnya danish aiman ni..memang anak yatim..dah la yatim..piatu pulak tu..kedua ibubapanya telah pun meninggal..dan kedua ibubapa angkatnya juga telah pulang ke Rahmatullah..kini beliau menumpang kasih dengan family aku..walaupun dia ni cuma anak buah angkat bagi aku..tapi aku layan sama sahaja dengan anak buah aku yang betul..

so terima kasih kepada yang bermurah hati..semoga jasa kalian mendapat balasan yang setimpal dari Yang Maha Esa..

keesokannya..13.09.2009..aku berbuka dengan buah hati aku di Village View Bangi..yang ni..aku tak nak ceritakan..ok lah..sebenarnya.. ada lagi story yang akan aku postkan..nanti je la eh..salam..

Sunday, September 13, 2009

tak de mood

aku betol-betol tak de mood nak update blog..tak taw kenapa boleh jadi macam ni..nanti lah..bila aku dah ada mood balek..aku akan update blog nie..

aku nak tidur..esok keje..salam

Thursday, September 10, 2009

model Aidilfitri 1430H


salam..so macam mana dengan puasa hari ini??hari ini aku betul-betul tenaga nasional bertenaga untuk mengupdatekan blog kesayangan aku..walaupun seharian aku berada di sekolah..sambil menunggu angah habis menjawab exam petang tadi..lagipun hari ni..aku tak de kelas pown..so tak lah penat sangat..
ok..semalam..kawan sejawatan denganku..ada mempromotekan barang untuk hari raya..yer..kan raya dah nak dekat ni..so macam-macam barang laa yang nak dijual..ada yang jual kuih raya la..tudung raya..kad raya dan macam-macam raya..kecuali hantu raya..hahaha
kawan aku ni..jual songkok untuk hari raya..songkok ni lain dari yang lain..tak macam songkok biasa..songkok buatan dari timur leste jawa tengah..ye kot..aku pun tak ingat..songkok ni..dikait sepenuhnya..memang cantik..dan bergaya..
sebelum tamat waktu persekolahan tadi..sempat aku snap beberapa gambar untuk aku uploadkan dalam blog ni..dan sempat juga..aku mencari model yang sesuai untuk menggayakan songkok ini..korang tengok laa sendiri ya..


macam kumpulan nasyid Al-Mizan pulak kan???


model ni..anak ke-2 kak yanz..baru darjah satu..nama dia nureen syafa irdina..sorry la kak yanz..aku cilok anak akak jadi model songkok hari raya ni..hahaha..

last sekali..aku sambar 2buah songkok ni..tapi bukan untuk aku..untuk 2 orang adik aku..so dorang boleh la bergaya semasa hari raya nanti..aku nak pakai songkok??huhuhu..jawabnya berasap la kepala aku..disebabkan kepanasan..

ok lah..aku ada something to do..insyaAllah..esok aku update lagi story terbaru..sebab esok pun aku banyak free..kelas pun ada sejam jek untuk esok..salam

ku sangka kan panas hingga ke petang..rupa-rupanya....

salam kawan-kawan..hari ini..aku betul-betul sedih dan pilu..sedih sangat-sangat..bak kata pepatah..sudah jatuh di timpa tangga..mengapa benda ini mesti terjadi pada aku..mengapa tak dekat orang lain???kenapa???????
kalo korang baca entry yang semalam..cerita pasal gaji..dah la tahun ni..aku tak dapat bonus..pastu ditimpa satu lagi musibah..


ceritanya macam ni..pagi tadi seperti biasa la..aku ke tempat kerja..masa nak pergi kerja..aku memang rasa happy yang teramat..disebabkan yang pertama gaji dah masuk..yang ke-dua pula..hari ni..aku tak der kelas nak ajar..sebab hari ni..turn tahun 3 dan tahun 4 cuti pulak..sebab budak UPSR..


sampai kat opis..letak beg kat bilik guru..punch card..n turun balek kat bilik guru..duduk dan sambal sambil lepak..siapkan buku rekod dan tanda buku..tapi itulah..sedikit tidak aku menyangka..ku sangkakan panas sampai ke petang..rupanya pagi tu lagi dah hujan..huh..memang hampeh..apa yang terjadi dengan diri ku???


tengah syok-syok melepak sambil menghirup tea tarik udara nyaman di pagi hari..tiba-tiba aku terima satu panggilan maut memo..yang aku kena relife 4 masa hari ini..amek kau..4 MASA..maknanya..2jam..huh...kecawa dan hampa aku dibuatnya...hahahaha..hancus berdarai semua harapan ku..untuk bersamanya membina istana berfoya-foya datang kerja hari ini...


tapi aku terima je relife tu dengan sabar..so bila tiba waktunya..aku bawa murid-murid dari kelas tu..pergi ke makmal komputer..port aku dan rakan-rakan aku...aku nak ajar apa kat budak-budak tu pun aku tak taw..so aku pun pasang lah cd cerita katun untuk tontonan mereka..tajuknya BOLT..



tayangan baru ditamatkan dimulakan..


wajah-wajah penonton



dorang pun layan dengan senang hati..dan happy..dah cikgu tak datang..dapat cikgu ganti..tak ajar plak..bagi tengik cerita pulak tuh..dapat duduk kat dalam air cond lagi..huh..macam kat panggung wayang opera dan wayang kulit betul laa dorang buat makmal komputer ni..hampeh betul...

dan kelas yang satu lagi relife..aku just lepak jek dalam kelas dorang..sambil borak-borak dengan student..sampai balik..dan sekarang ni..aku masih lagi di makmal komputer..tengah tunggu angah sudah exam..baru boleh aku balik..huh..

aku nak tido sekejap..salam..