apa yang dicari??

Thursday, September 17, 2009

Majlis Khatam Al-Quran

salam..bertemu kembali..kini aku dah ada semangat kembali untuk mengupdate blog..huhuhu..

bulan ini..banyak betul events yang berlangsung di sekolah aku..semalam..majlis penutup bulan kemerdekaan..dan hari ini..berlangsungnya satu lagi majlis..iaitu majlis khatam al-quran dan pemberian sumbangan kepada anak yatim dan miskin..

program ini..memang salah satu acara tahunan bagi sekolah aku..sejak aku berada di sekolah ni..dah 2kali aku merasanya..kalau nak ikutkan..dah 3 kali..tapi last year..aku kena pergi kursus selama 2 hari di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Samad, Tanjong Ipoh, Kuala Pilah..so tak dapat bersama menjayakan program ini..

tapi tahun ini..alhamdulillah..aku dapat bersama menjayakan majlis yang begitu gemilang ini..dan tahun ini..aku dilantik menjadi NAQIB (ketua majlis khatam quran)..huh..sungguh mendebarkan..sebab aku tak pernah khatamkan orang..hahaha..tapi..sebabkan aku ni jenis releks..so aku terima sahaja..dan majlis berjalan dengan lancar..

seperti biasa..pengacara majlis..tak lain dan tak bukan..kak yanz la..sapa lagi..hehehe..majlis dimulakan tepat pada pukul 8.30 pagi..dimulai dengan bacaan doa oleh sahabat aku..al-fadhil al ustaz mohd al-amin bin mat rani..

selesai bacaan doa..ucapan dari YDP PIBG sekolah aku..en affa faizal bin hj isa..dan majlis dirasmikan oleh beliau juga..seterusnya..acara yang dinantikan oleh semua orang..iaitu majlis khatam al-quran..bagi bulan ramadhan 1430H..sebelum tu aku nak ucapkan tahniah di atas kejayaan peserta tadarus al-quran..kerana berjaya khatam al-quran sebanyak 6kali dalam masa 12 hari persekolahan..satu pencapaian yang boleh dibanggakan..

so selepas pengacara majlis menyerahkan majlis kepada aku..untuk mengetuai bacaan majlis khatam al-quran..aku pun memberi sedikit tatacara nak menjalankan majlis ini..habis je aku bagi tahu tatacaranya..majlis dimulakan dengan membaca surah al-fatihah..dan diikuti membaca surah ad-dhuha sehingga surah an-nas..tapi sayang..majlis kali ini..Guru Besar dan YDP PIBG sekolah aku tak dapat nak turut serta sehingga majlis tamat..


selesai sudah majlis khatam al-quran..kini majlis diserahkan semula kepada kak yanz..dan acara penyampaian sumbangan derma kepada anak yatim dan fakir miskin..yang bestnya..dalam majlis ini..ada terselit satu majlis..dimana sepanjang 12minggu sebelum ini..sekolah aku menerima 6 orang guru praktikum..so hari ini..hari terakhir mereka bersama dengan kami di SKDC tercinta..majlis tamat lebih kurang pada pukul 10pagi..

penat pulak aku menaip..jom layan gambar dulu..kang sambung balik story eh..

antara peserta khatam al-quran tahun ini

doa dibaca oleh al-fadhil al-ustaz mohd al-amin

sebahagian dari penonton yang menyaksikan majlis ini

ucapan dari YDP PIBG



antara jelitawati-jelitawati sekolah..


antara orang tak berapa kuat majlis

penyampaian hamper

majlis khatam bermula..



terima kasih mama cikgu sebab bagi saya hadiah hari raya..



wakil peserta kursus kahwin khatam menerima cenderahati



antara murid yang menerima sumbangan



ucapan dan penyampaian cenderahati kepada pihak sekolah
dari guru-guru praktikum IPRM

peserta Khatam Al-Quran 1430H/2009M


aku pulak kebetulan dah tak ada kelas buat masa ini..kelas aku pukul 11.00 pagi..so sementara masa yang ada..aku bertemu dengan pengawas-pengawas pusat akses yang di bawah jagaan aku..perjumpaan dibuat di my 2nd opis..pusat akses la..mana lagi..ucapan selamat hari raya dan bermaaf-maafan di antara pengawas-pengawas dan guru pembimbing..serta pemberian duit raya kepada mereka..

aku, angah, nisa',raudhah, ikhwan, asyraf, hakim n wan halil

bersama geng pusat akses SKDC


hari terakhir sekolah yang menyeronokkan dan menggembirakan aku..huhu..tepat pukul 12.30 pula..majlis bersalaman di antara murid-murid dan guru-guru diadakan..huh lenguh jugak beb bersalaman dengan budak-budak ni..mana tak nya..murid sekolah aku hampir 1200 orang..hahaha..

itu sahaja cerita aku..LOVE U ALL..untuk entry kali ini...

No comments: