apa yang dicari??

Tuesday, September 15, 2009

majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim


salam..dah lama juga aku tak mengupdate blog aku..bukan busy..tapi aku tak de mood nak updatekannya..entah kenapa tiba-tiba..aku berasa malas dan tidak bermaya untuk mengupdate blog ni..

ok..baru-baru ni..aku terima satu jemputan untuk berbuka puasa dan meraikan bersama anak-anak yatim..peristiwa ni berlaku pada 12.9.2009 yang lepas..majlis ini dianjurkan oleh Pasukan Pengakap Kelana 'A Seremban Timur..


so aku diarahkan untuk mencari 10 orang anak yatim di sekolah aku..untuk diraikan di majlis tersebut..Alhamdulillah..semua yang aku cari..semuanya hadir dan turut serta meraikan majlis ini..

majlis berbuka diadakan di restoran wadi ar-raudhah..di rahang..berhampiran dengan rahang square..dan lokasi yang paling senang nak taw..dekat dengan sekolah kebangsaan rahang..seremban..

majlis dimulakan dengan bacaan doa dan dirasmikan oleh setiausaha pengakap negeri..so memang meriah majlis ini..dan budak-budak ni..betul-betul riang dan gembira..huhuhu..mana taknya..makan free..dah tu pulak dapat duit raya dan sumbangan dari orang yang sudi menderma..

danish aiman menerima sumbangan hari raya..

korang mesti pelik kan..kenapa danish aiman boleh berada di majlis ini??..sebenarnya danish aiman ni..memang anak yatim..dah la yatim..piatu pulak tu..kedua ibubapanya telah pun meninggal..dan kedua ibubapa angkatnya juga telah pulang ke Rahmatullah..kini beliau menumpang kasih dengan family aku..walaupun dia ni cuma anak buah angkat bagi aku..tapi aku layan sama sahaja dengan anak buah aku yang betul..

so terima kasih kepada yang bermurah hati..semoga jasa kalian mendapat balasan yang setimpal dari Yang Maha Esa..

keesokannya..13.09.2009..aku berbuka dengan buah hati aku di Village View Bangi..yang ni..aku tak nak ceritakan..ok lah..sebenarnya.. ada lagi story yang akan aku postkan..nanti je la eh..salam..

No comments: