salam semua..kali ni aku nak poskan 1 entry yang membuatkan aku sendiri pening..pening dan terus pening..hahaha..kepeningan aku ini membuatkan aku sendiri tak lena tidur dan tak lena nak makan..(isy teruknya laa)...sampai tahap macam tu sekali..hehehe..
korang semua mesti ingat..aku ada problem dengan awek aku kan???..tak lah..perkara yang mebuatkan aku pening 2 3 hari ni..ialah kereta baru aku ni ( memang kereta baru..baru je beli..tapi umurnya dah 8 tahun )...buat hal plak..
ok..aku cerita laa apa halnya..once open a time..hahaha..ok ok ok..serius..serius..
kisahnya macam ni..hari selasa malam baru-baru ni..aku nak keluar jumpa kawan aku..dekat taman coral height..dekat sikamat..kononnya nak copy file masa kursus kehakiman kompang selawat baru-baru ni..so seperti biasa..sebelum nak memulakan perjalanan..mesti la nak kena start enjin kereta dulu..betul tak??
tiba-tiba semasa aku nak start enjin kereta aku ni..habis black out all the system..arrghhh..apa hal pulak boleh jadi macam ni..sedangkan aku baru je tukar bateri baru..tak kan bateri dah kong..aku pun call my foreman suruh datang rumah..periksa kereta aku..sementara menunggu kehadirannya..aku pun..switch kan laa bateri lama balik kat kerata aku..boleh pulak dihidupkan enjin..tapi agak susah sedikit..isy musykil ni..apa masalahnya..
so setibanya foreman kat rumah aku..dia pun mulakan la tugasnya sebagai seorang foreman..mesti la kan..tak kan dia nak jadi tukang masak pulak..hehehehe...dia pun mula la mengodek sana sini dekat bahagian enjin aku..dan dia suh aku tukar semula guna bateri baru balik..dia pun cuba hidupkan enjin aku balik..ehh..boleh pula hidupnya..detik hati saya..( ayat sopan sedikit )..hehehe..
esoknya..aku pun menjalankan la rutin harian aku..sebagai seorang guru..pagi tu agak susah sedikit aku nak hidupkan enjin kerata aku..setelah berjaya dihidupkan..seperti biasa aku mendapatkan restu dari my lovely mama..seperti biasa nasihat mama..pandu berhati-hati..dan aku terus melangkah naik ke kereta sambil membaca doa menaiki kenderaan..
sepanjang perjalanan..tak ada masalah yang timbul..cuma masalahnya datang balik semasa aku nak balik dari sekolah..kena benda yang sama sekali lagi..aku pun buka boot belakang..mengeluarkan spare part aku..buka boot depan..mula la aku tukar bateri yang lama balik..boleh hidup pula enjin ni..semasa perjalanan balik..aku pown call back my foreman.dan dia syorkan dekat aku datang bengkel..dan tinggalkan kerata..untuk diperiksa dengan lebih lanjut..hahaha..macam orang sakit pun ada juga kan???
malam tadi dekat nak pukul 9..telefon berbunyi..(kena buat nada macam cerita wonder pets) hahaha..foreman aku call rupanya..kerata aku sudah siap diperiksa dan diperbaiki..sebelum itu..malam semalam aku ada juga datang ke bengkel dia..untuk bertanyakan masalah my white pearl..dia pun cakap..banyak kemungkinan..sama ada e.c.u (electronic center unit), atau wiring..tp tak pasti lagi..tadi semasa aku datang..dia pown bagi tahu..apa masalah nya yang sebenar..rupa-rupanya..jeng jeng jeng..
starter aku yang rosak..auto relay pun sama..so dia dah tukarkan yang baru..terbang aku rm200 malam ni..duit yang aku simpan untuk enjoy masa school holiday..dah tak ada..budget pun dah lari..nampaknya cuti semniggu ni..duduk rumah sahaja la..hehehehe..
so sekarang ini..aku dah boleh lena tidur..dan berselera nak makan kembali..apa tidaknya..kereta kesayangan aku..hehehe..sampai my girlfriend said kat aku..abang kawin je ngan kereta abang tu..aku pun balas la balik..kalau kereta ni orang macam sayang..dah lama dah abang kawin dengan kereta..hahahahaha
begitulah cerita yang membuatkan aku pening dan pening mencari punca apa masalahnya kereta aku..sepangjang sebulan aku gunakan kereta ini..ini la masalahnya yang timbul..tetapi aku yakin dan percaya..setiap masalah mesti ada penyelesaiannya..betul tak??
so esok aku boleh pergi kerja dengan hati yang tenang..dan tidak lagi serabut seperti dulu..hehehe..thanks my foreman..thanks a lot..jasa mu dikenang..aku doakan kau murah rezeki dan menang endurance sabtu ini di litar sepang..
No comments:
Post a Comment