apa yang dicari??

Sunday, March 22, 2009

Tahniah buat Zarifi dan Farah

salam..sorry coz dah berapa hari tak update blog..bukan apa..cuma aku 2 3 hari lepas..aku busy sikit la..busy tolong sepupu aku..membuat persiapan untuk menyambut menantu sulung nya..atau dengan ayat yang mudah..buat persiapan untuk majlis perkahwinan anak sulungnya..zarifi a.k.a eppy

sebelum majlis perkahwinan ni..macam biasa laa my lovely mum..busy la membuat gubahan n sirih junjung..tap aku mintak maaf..sebab yang kali ini..aku tak sempat nak ambil gambarnya..aku busy buat benda lain..hehehe


sebelum majlis perkahwinan berlangsung di rumah beliau di gedong lalang, petang sabtu (semalam)..ada buat majlis khatam al-quran..majlis khatam al-quran berlangsung setelah semuanya selesai di rumah pihak perempuan..lebih kurang dalam pukul 3 petang..so sempat la aku snap gambar ketika adik si eppy nie khatam quran..


selepas majlis khatam selesai..aku pun balik laa rumah..untuk merehatkan badan setelah penat masak memasak..


pagi tadi (ahad) seawal pukul 8 pagi..aku dah terpacak di rumah abang sepupu aku..untuk memulakan kerja-kerja masak memasak lagi..kali ini..masak memasak untuk kenduri kahwin pula..aku seperti biasa..tugas aku memasak nasi..


selesai sahaja memasak nasi..kerja-kerja menghidangkan makanan atau penaggah dijalankan..tengah syok layan buat kerja..tengok-tengok..pengantin dah sampai..aku pun stop kerja sekejap..dan snap la beberapa gambar si eppy ngan farah ni..merah menyala pengantin..patut laa tak hujan sepanjang kenduri berlangsung..hahaha


beginilah berserinya wajah pengantin baru ni..dah selesai bersanding..anak sepupu aku ni..datang mencari sedara-maranya di dapur..semasa jumpa dengan aku..sempat juga si eppy ni bertanya kat aku.."bila lagi pak teh nak berdua??"..(satu soalan cepu emas untuk aku) hahaha..


ntah laa..aku pun tak taw..bila pula giliran aku..hehehe..tunggu jek laa..sampai masanya..tamat juga zaman bujang aku ni..buat abang sepupu aku..abang ramli..tahniah kerana sudah terima menantu..buat engkau pulak eppy..tahniah sebab berjaya menamatkan zaman bujang..dan ingat laa engkau sekarang dah berdua..

No comments: