apa yang dicari??

Friday, March 27, 2009

Team Kompang Selawat Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka

hari ni..hari yang memenatkan aku..terpaksa kejar ke sana dan ke mari..ini semua gara-gara Majlis Tilawah Al-Quran (MTAQ) yang bakal diadakan esok di sekolah aku..selaku tuan rumah bersama dengan SMK Desa Cempaka.. hurm..tapi tak mengapa..dah tugas kena la jalankan jugak..


sebenarnya aku nak story tentang salah satu acara yang akan dipertandingkan semasa MTAQ ni..iaitu kompang selawat..acara ni..baru sahaja diperkenalkan di Negeri Sembilan pada tahun lepas..memang tak banyak sekolah yan
g akan menyertainya..sebab memakan masa yang agak lama untuk latih benda ni..

pada asalnya sekolah aku menghantar aku untuk kursus kehakiman kompang selawat baru-baru ni..so selepas kursus satu hari di PPD Seremban..esoknya aku beritahu la kepada Guru Besar aku tentang benda ni.. pada peringkat awal sebelum cuti sekolah seminggu baru-baru ni..my boss putuskan tak perlu sertai acara ini..disebabkan budak-budak masih tak berapa betul lagi nak palu kompang..

entah macam mana..hari isnin baru ni..boss aku suruh go on kan latihan kompang selawat..perghh..memang gila..seminggu nak latih budak ni..dengan lagu nya pun tak da..hahaha.. so aku dengan guru muzik sekolah aku dan beberapa guru lain..berusaha la untuk jayakan benda ini..memang susah..sebab kompang selawat ni..bukan macam main kompang semasa kenduri kahwin..siap ada formasi lagi..tahu tak formasi tu apa?? formasi=gerakan..

dalam masa seminggu ni..aku dan guru muzik aku..dan guru yang lain..cuba la melatih team kompang selawat ini..berkat dari kesabaran..akhirnya berjaya juga la budak-budak ni..mempersembahkan dengan baik..nak kata perfect tu tak la..sebab berlatih di hujung waktu kan..tapi tak mengapa..boleh try lagi untuk tahun depan..

semasa sebelum rehat

so engkau orang tengok la..punya semangat budak-budak ni berlatih..hehehe..hari terakhir latihan..salah sikit..memang kena marah la ngan jurulatihnya..hehehe..bukan aku sahaja yang marah..boss aku pun marah juga..hahaha..

semasa waktu rehat tahap 1

petang tadi..sempat juga budak-budak ni..bergaya dengan baju yang bakal digunakan untuk pertandingan esok..selepas sesi bergambar..mereka memulakan raptai kali terkahir..semasa raptai ni..tak sempat nak ambil gambar..sebab aku kena siapkan tempat untuk pertandingan esok..

team kompang selawat SKDC

tapi aku agak terkilan sedikit..semasa hari pertandingan esok..aku tak dapat nak saksikan hasil aku dan guru muzik SKDC melatih budak-budak ni..sebab aku kena jadi hakim di sekolah lain..walau macam mana pun..good luck la untuk team kompang selawat SKDC..try your best..

No comments: