apa yang dicari??

Saturday, March 14, 2009

Selamat Pengantin Baru


Selamat Pengantin Baru..Selamat berbahgia..selamat ke anak cucu..selamat sejahtera..hehehe..(ni apa kes pula menyanyi lagu selamat pengantin baru ni)..


Sebenarnya hari ini adalah hari perkahwinan sepupu aku.. en hafizar bin abbas a.k.a am..tahniah laa diucapkan kerana dah menamatkan zaman bujang..selepas ni..engkau dah tak boleh nak join dengan aku lagi..hahaha..nanti isteri kau marah..kui kui kui..


Antara hantaran dan gubahan en. am ni..mak aku yang buat..tak banyak laa..just dua dulang jek..mak aku ni..kalau ada orang kahwin..atau saudara mara yang nak kahwin..dia pun busy laa..hehehe..biasanya mak aku ditugaskan untuk buat sirih junjung dan satu jenis gubahan..dan yang biasa menjadi
driver mak aku ni beli barang-barang untuk buat hantaran adalah aku..

jom kita tengok antara gubahan yang telah berjaya mak aku siapkan untuk anak buahnya..

dari sudut depan

ini lah rupanya..gula-gula yang macam jeli tu..dibungkus dengan plastik putih..dah direka bentuk untuk menjadi gugusan bunga..benda ni agak leceh sedikit untuk dibuat..berbanding gubahan lain..sebabnya..banyak sangat plastik yang nak digunakan..selepas itu nak bungkus dan pintalkan gula-gula pula..

dari sebelah atas

memang memakan masa yang agak lama la..tapi berkat kesabaran seorang ibu..hehehe.. akhirnya malam tadi berjaya juga benda ini disiapkan.. seterusnya sirih junjung..biasanya mak aku akan buat sirih junjung tak tinggi..biasa sahaja..dan pengalas bawahnya..hanya menggunakan bakul plastik atau bakul rotan..tengok pada kos la...

beginilah rupa dan hasil sentuhan pn.norhayati membuat sirih junjung..hiasan yang dicampur adukkan dalam sirih junjung ini ialah bunga yang dibuat dari sabut pinang dan buah pinang yang sudah dikacipkan..kreatif betul my mum..kalau aku..nak buat macam ni???jangan harap la..hehehe.. sekarang kita tengok pula..macam mana rupanya..sirih junjung ini dari sudut atas pula..engkau orang boleh nampak..bunga-bunga tu kan???

macam tu la bentuk rupanya sirih junjung ni..ada bunga-bunga serta sirih yang digulung supaya menyerlahkan lagi kecantikannya..


so akhir sekali..tahniah buat sepupu aku en hafizar a.k.a am..semoga berbahgia hingga ke akhir hayat..sedar-sedar la awak dah berdua sekarang..jangan nak enjoy je..hehehe..untuk readers..kalo rasa-rasa nak tempah sirih junjung dan gubahan..boleh la contact aku..engkau orang mesti berpuas hati dengan sentuhan dari ibu aku ini..

p/s :- bila lagi ibu nak buat untuk ateh dengan fiera ni??asyik buat untuk orang je??hehehe

1 comment:

Anonymous said...

cantiknya gubahan..