apa yang dicari??

Thursday, September 3, 2009

kenapa mesti sampai ke bangi?? kat seremban saja tak boleh ke?? --isy panjang pula tajuk entry ni-- part 2


bertemu kembali..(macam dalam rancangan tv selepas iklan pulak...)..ok lah..aku nak sambung story yang berlaku pada sabtu yang telah berlalu..29.8.2009..kalau nak tahu cerita sebelum ini..sila clik kat sini..
so selepas berbuka tu..kita orang semua..ke Masjid Bandar Baru Bangi..untuk menunaikan solat maghrib dan isyak di sana..selesai sahaja semuanya..aku selaku MARSHALL rombongan..mengarahkan semua kenderaan rombongan menuju ke PUTRAJAYA..hehehe..itu sebab lah aku ajak family aku berbuka di bangi..supaya senang nak ke putrajaya..
tujuan aku tak da lain..hanya nak bergembira bersama family..bersantai bersama-sama..dan nak bagi adik-adik aku happy..sebab asyik study sahaja dan tak berjalan kemana-mana..aku tak kisah pun berhabis berapa ringgit..asalkan..aku rasa happy bersama family..

oklah..setibanya di putrajaya..plan asal nak melepak kat dataran depan masjid putra..tapi tiba-tiba aku mengubah haluan..terus ke MASJID BESI..masjid baru yang baru siap dibina dan digunakan pada hari jumaat sehari sebelum puasa baru-baru ini..masjid ini terletak bersebelahan dengan bangunan Bahagian Hal Ehwal Undang Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri..


keindahan masjid besi putrajaya

Bangunan Bahagian Hal Ehwal Undang Undang
(BHEUU)


tapi sayang..gambar dalam masjid..aku tak sempat nak rakamkan..sebabnya..baru sahaja aku nak cari jalan arah ke dewan solat..adik aku dah call suruh cepat turun..huh..kacau betul la..walau macam mana pun..memang cantik dan indah sekali pemandangannya..disebabkan bahan binaannya kebanyakan dari besi..so bila kena cahaya lampu..membuatkan bangunan ini..nampak berseri-seri..mengalahkan seri yang ada pada kuih seri muka..huhuhu..
sempat lah juga kami sekeluarga merakamkan saat manis dan bahagia di sini..sambil berehat dan bergambar sakan..usik mengusik serta bergurau senda..dan kami buat dataran masjid tu..macam dataran kami sendiri..huhuhu..siap parking tengah-tengah jalan..sambil bergambar..korang saksikan gambar-gambar ini..

berbackgroundkan Masjid Besi..

berbackgroundkan Jambatan Seri Saujana..




di sebelah masjid..berhampiran tasik..



berhadapan dengan pintu masuk masjid

geng-geng jejaka tampan dan kacak..
eh..baju hijau nie cemana bleh sesat neh???

geng-geng srikandi di rumah aku..

posing maut..depan kereta milik masing-masing..

dah penat bergambar serta bergurau senda..akhirnya kakak aku pula buat keputusan nak balik..alah..potong stim betul laa..masih lagi terlalu awal..lampu kat putrajaya pun tak padam lagi..dia dah heboh nak balik..
tapi bila aku kenangkan danish aiman tak berapa sehat..so aku pon accept la cadangan beliau..semasa on the way balik..sempat lagi merakam beberapa pemandangan..tapi yang ini..bukan aku yang ambil gambar..adik aku yang ambil..sebab aku tengah drive..


antara pemadangan yang sempat disnap..

sebelum berlumba balik seremban..KERETA PUTIH TU..KERETA YANG PALING LAJU DAN PALING AWAL SAMPAI SEREMBAN



kita orang semua..sampai di rumah lebih kurang pukul 12 tengah malam..tapi sampai kat simpang rumah aku..berhenti sekejap dekat kedai makan..untuk order lauk buat bekalan sahur keesokannya..sebab kalau tak beli lauk..jawabnya..pagi tu semua sahur minum air sahaja la..hahaha..dah mak aku tak masak..

itulah antara kenangan manis kami sekeluarga..dan aku harap..benda macam ni..akan berulang lagi..suatu masa nanti..salam..

No comments: