apa yang dicari??

Monday, September 21, 2009

SALAM AIDILFITRI



salam dan alhamdulillah..bertemu kembali..selepas seharian aku tak berblog..busy dengan hari raya..yer..semalam kita semua umat Islam menyambut aidilfitri..so selamat hari raya buat semua umat islam..

seperti biasa..bila diumumkan esok raya..masing-masing bila azan isyak..semuanya ke surau untuk solat isyak berjemaah selepas itu takbir dari rumah ke rumah..ini tradisi yang dilakukan setiap kali menjelang syawal..semoga tradisi ini dikekalkan..

so pagi-pagi lagi semua bangun dan bersiap ke surau untuk solat sunat aidilfitri secara berjemaah..selesai solat dengar khutbah..habes khutbah..wat tahlil arwah pulak..selepas tu..aku pun balik ke rumah la..

sampai rumah semua orang dah bersiap sedia..untuk acara seterusnya..bersalaman dan bermaafan dengan ahli keluarga..bermula dari ibu memohon ampun dan maaf pada emaknya (nenek kami)..dan seterusnya diikuti oleh adik-beradik aku yang lain..aidilfitri 1430H..aidilfitri yang ke-3 buat kami sekeluarga merayakan nya tanpa ayah dan adik..yer..ayah dan adik aku meninggal pada tahun 1428H..sebelum puasa dalam tahun tersebut..

nenek..busu bt muhammad amin

fikri..
aishah @ aie

shariff @ ayep










sesi maaf bermaafan dengan ahli keluarga..


selesai bersalaman dan bermaafan..kami bergambar sekeluarga..dan pemberian duit raya la..huhuhu..selesai jek..pergi ziarah pusara ayah, adik dan nenek..di tanah perkuburan islam paroi..berdekatan dengan stadium tuanku abd rahman paroi..




gambar kenangan bersama keluarga..






pemberian duit raya dari kak ngah..



kemudian kami pergi beraya kat rumah busu..adik arwah ayah yang kecik sekali di kg sentosa..agak-agak sejam kat situ..kami beransur pulang dan menuju ke rasah..taman sg ujong..yang ini..rumah sedara aku..rumah pak cik @ cikgu malek junid..lepak kat sini lama jugak..dekat nak 3 jam..huhuhu..panjang ceritanya..




kak ngah..anak abang nizam dan kak seri



adik..anak ke-3 abang nizam dan kak seri



mak cik azizah..



pak cik malik..



kak hanim..my sis..ni anak sulung pak cik malik dan mak cik zizah..



kenangan bersama dua keluarga..



balik dari rasah ingat nak singgah rumah sedara-mara..tapi dorang pulak tak ada..tak jadi singgah dan terus balik ke rumah..sampai rumah aku pown..melelapkan mata..sebab penat malam tu tak hilang lagi..
so itu lah cerita 1st raya aku..hari ini tak kemana..maybe esok kot aku nak beraya dengan cik adik sayang aku..hehehe~~~

1 comment:

Antusabun said...

Rasah tu dekat dah umah aku. Pesal tak singgah?