apa yang dicari??

Saturday, September 19, 2009

projek before eid al-mubarak..

salam to all readers..hope semuanya sehat sejahtera..dan berada dalam perlindunganNya selalu..diam tak diam..sekarang ni..semuanya busy nak siapkan persiapan untuk menyambut ketibaan syawal..bermungkinan tiba pada ahad ni..aku pulak..seawal subuh syafie ni..rajin pulak mengupdate blog..huhuhu..sebab kejap lagi nak pergi pasar..nak tahan mata..supaya jangan shut down power dulu..haha

so sama juga laa dengan family aku..kita orang pun busy jugak..hehehe..busy untuk menyiapkan juadah semasa hari raya nanti..ok..boleh dikatakan setiap tahun..family aku mesti buat benda ni..benda yang menyelerakan..tapi nak buatnya cukup menyeksakan..hahaha..

seingat aku..dari aku sekolah menengah lagi..family aku dah mula buat benda ni..dulu kita orang gunakan dapur kayu..huhuhu..memang masak dibuatnya..benda tu belum masak lagi..kita orang yang masak dulu..huhuhu..tapi sekarang dah kurang sikit laa.sebab dah guna dapur gas untuk membuatnya..

benda yang aku maksudkan ni..salah satu kuih tradisional kita semua..kalau orang negeri sembilan sebut PENGANAN..dan orang lain sebut DODOL..so ini lah projek aku sekeluarga sebelum menjelang hari raya..kita orang buat sebanyak 3.5kg..(ini berat tepung pulutnya..berat sebelum dimasak dan dicampur dengan bahan-bahan lain)..banyak tu beb..

projek bermula pada hari jumaat..18.09.09..seawal pukul 8.30 malam..selepas waktu berbuka..huhu..takkan nak buat masa berpuasa pulak kan..kang ada pula yang kantoi puasa..sebab tak tahan panas bahang apinya..

dimulakan dengan mengupas kelapa dan memesinnya..kelapa yang sudah siap dimesin..diramas pula untuk mendapatkan santannya..kemudian tepung pulut tadi..dibancuh dengan air..dan dicampur dengan beras pulut yang telah dikisar..digaul dan dibancuh sehingga sebati..gula anau dan gula melaka..dilarutkan dengan air dan dijerang sehingga hancur kesemua gula tadi..

bila dah siap..masukkan la..bancuhan tepung pulut dan beras pulut tadi ke dalam kawah yang dah siap sedia di atas dapur..ingat..jangan dihidupkan api dapur tu dulu..nanti bancuhan akan menjadi berkitil atau berbuku..sebab kawah panas..

so mula laa operasi..bila dah masuk benda ni..mula la menggodak atau mengacau..jangan berhenti..nanti akan menyebabkan bancuhan melekat pada kawah..kacau dan godak laa perlahan-lahan..masa ni..tak apa lagi..nak laju pown tak pa..sebab benda nya masih cair lagi..kemudian masukkan santan ke dalam kawah..perlu ditapis dahulu..takut ada hampas kelapa..huhuhu...

kacau la lagi..bila dah mula nak mendidih..masukkan pula gula anau + gula melaka tadi..ke dalam kawah..dikacau dan digodak lagi..godak dan terus godak..sehingga pekat dan likat..masukkan pula gula pasir ke dalam penganan tadi..aku cuma gunakan 2kg gula pasir sahaja untuk adunan ini..terpulang kat korang laa..kalau tak manis..tambah laa lagi..

kacau dan terus godak..mula menggodak pukul 10malam..dan tamat lebih kurang pukul 2.15pagi esoknya..lamakan nak buat benda ni???...huh..memang penat tak terkata..tapi kami puas..sebab hasilnya..dapat kami makan bersama keluarga..dan tetamu yang datang nanti..serta boleh diagihkan kepada sesiapa yang mahukannya..sebagai buah tangan di hari raya..dah penat menaip dan bercerita..kita layan gambar-gmabr yang sempat di snap sepanjang proses menjalankan projek ini..

kelapa yang siap dimesin

kawah yang bakal digunakan..


tepung pulut + beras pulut kisar dibancuh dengan air


operasi memerah santan


gula anau + gula melaka yang telah dicairkan


mula dijerang..ni bancuhan tepung pulut + beras pulut kisar


setelah dimasukkan santan


setelah dicampurkan dengan cairan gula anau + gula melaka


ianya semakin pekat dan likat..


gaya salah seorang penggodak penganan




hasil PENGANAN kami..


so kalau korang nak cuba buatnya..buat laa..ini resepi turun temurun..huhuhu...

SELAMAT HARI RAYA..MAAF ZAHIR DAN BATIN..

No comments: