apa yang dicari??

Tuesday, September 1, 2009

siapa kata saya tak patriotik???


salam kepada semua penghuni dunia yang beragama ISLAM..kali ni aku berkesempatan nak post entry pasal semangat patriotik..yang semakin pudar dikalangan remaja dan muda-mudi kini..huhuhu..macam la aku ni patriotik sangat..siapa kata aku tak ada semangat patriotik???

walaupun hari kemerdekaan MALAYSIA..dah 2 hari berlalu..tapi semangat itu masih ada dan terus membara dalam diri aku..huhuhu..ya memang saya seorang yang patriotik..(kimie..tak baik membanggakan diri..."baik lah mak")..kalau kita tengok..kebanyakan bangunan dah tak ada lagi mengibarkan JALUR GEMILANG..walhal kempen kibarkan JALUR GEMILANG bermula dari 15 OGOS sehingga 16 SEPTEMBER setiap tahun..isy..apa la korang ni..tak kan itu pun tak tahu???

kenapa saya kata saya seorang yang patriotik???kenapa??kenapa??kenapa??...ok..begini kisahnya..1.9.2009 ni adalah hari pertama persekolahan selepas bercuti seminggu yang lalu..memang susah juga aku nak ke sekolah pagi tadi..huhuhu..disebabkan cuti yang agak panjang..dan selalunya bila selepas bersahur dan solat subuh..aku akan tidur..hehehe
so pagi tadi aku ke tempat keja seperti biasa..suasana pagi hening tu..membuatkan aku berasa agak sedih..disebabkan..tak banyak kenderaan yang mengibarkan JALUR GEMILANG lagi..hanya beberapa buah kenderaan sahaja yang aku jumpa..(tahniah kepada yang menyahut seruan Ilahi..KIBARKAN JALUR GEMILANG..)




pandangan dari tepi kereta..


dari sudut hati yang terluka..depan

alamak..ternampak nombor plat pula..

dan amat menyedihkan lagi..bila sampai kat sekolah..hanya kereta aku sahaja yang dihiasai JALUR GEMILANG..kereta big boss aku pun tak ada..hisy..sungguh menyedihkan..bukan la aku nak membanggakan diri..tapi aku rasa..tak salah pun kalau kita hiaskan kenderaan kita dengan JALUR GEMILANG..just untuk sebulan dalam setahun sahaja..bukan lama sangat pun..dari kita hiasi kenderaan kita..dengan teddy bear dan bantal-bantal..yang boleh melindung pandangan kita dari sinaran UV semasa memandu..

tapi itulah realiti masyarakat sekarang..ok lah..aku nak tidur..esok nak kerja..dan nak handle tayangan filem sempena Kempen Hari Kemerdekaan peringkat sekolah..filem yang bakal di tayangkan ialah BUKIT KEPONG..hayatilah erti kemerdekaan negara kita..salam


No comments: