apa yang dicari??

Wednesday, August 19, 2009

minggu exam part 2

salam..bertemu lagi nampaknya..alhamdulillah..masih dipanjangkan umur..untuk aku membebel di blog sendiri..sebelum ni..ada entry yang menceritakan tentang 3rd monthly test sekolah aku..huhuhu..

hari ini masuk hari yang ke-2..esok adalah hari terakhir ujian bulanan..dan jumaatnya hari terakhir persekolahan untuk setengah semester ke-2..cuti selama seminggu sehingga 31 ogos 2009..


exam??..satu perkara yang kebiasaannya budak-budak tak suka..sebab susah nak jawab..hahaha..begitu juga dengan cikgunya..bukan cikgu tak suka nak exam..tapi cikgu pun tak suka sebenarnya nak buat soalan exam..apatah lagi nak menanda kertas exam..huhuhu..

salah satu contoh cikgunya..ialah aku..aku memang tak berapa suka nak menanda kertas exam..jaga exam tak pe..aku suka..sebab tak payah nak mengajar..sambil jaga exam..boleh online..huhuhu..

so pagi tadi..adalah paper bagi subjek yang aku ajar..dah ada 4 set soalan yang aku nak tanda..esok pula..tambah lagi 4 set soalan..jumlah semuanya..8 set la yang aku tanda..sepatutnya 6 set sahaja..tetapi memandang ada seorang cikgu tu cuti bersalin..kertas untuk kelas beliau di bahagikan kepada aku..dan selebihnya kepada cikgu yang lain..

tadi aku baru menghabiskan satu set soalan sahaja..tu pun dah naik lebam mata ni..huhuhu..kertas untuk kelas 3 Dinamis..sempat juga aku menanda sedikit sahaja untuk kelas 3 Efisyen..dah mula rasa pedih mata..


bila dah pedih mata..aku pun stop menanda..dan akan disambung semula pada keesokan harinya..ehh..ye ke esok nak tanda??entah la..tengok la pada mood aku cemana..esok dah ada banyak program..hurm..nampaknya tangguh lagi la..

tapi aku akan usahakan juga untuk menandanya esok..jangan suka tangguhkan kerja..nanti tak siap..hahahha..ok lah..aku nak sambung tanda kertas ni..maybe esok akan aku postkan entry yang lain..jika ada kesempatan..

No comments: