cepat betol masa berlalukan..sedar tak sedar hari ni dah 5.8.2009..dah masuk bulan 8 dah rupanya..hanya tinggal beberapa bulan dah nak masuk tahun 2010..sedar tak sedar..22.8 ni dah mula nak berpuasa..AHLAN ya RAMADHAN..
aku bukan la nak cerita pasal bulan ramadhan yang mulia tu..tapi aku nak ceritakan tentang seorang sahabat aku yang telah kembali ke rahmatullah bulan 4 yang lalu..sekejap jek dah 4bulan arwah ni tinggal kan aku dan kawan-kawan yang lain..
aku betul-betul rasa cepat sangat masa berlalu..seolah-olah aku baru saja semalam aku mendengar berita tentang pemergian beliau..hurm..
zuet..itu lah nama glamour arwah ni..seorang yang peramah dan berhati mulia..kehilangan beliau betul-betul mebuatkan aku terasa kehilangannya..dan sehingga kini nombor phone beliau masih ada dalam phone aku..bak kata p.ramlee dimana kan ku cari ganti..serupa denganmu..
memang beliau berhati mulia..sanggup bantu kawan yang berada dalam kesusahan..semuanya masih segar dalam ingatan..sewaktu aku mula mengenali beliau di KUSZA tahun 1999 yang lalu..tak sangka masa konvokesyen KPLI j-QAF bulan 11 tahun lepas..adalah pertemuan terakhir aku bersama beliau..
semasa bertemu..kami berpelukan erat..sebab dah lama sangat tak jumpa..kerana aku dulu pulang ke tanah air..ketika kami bersama menuntut di Universiti Al-Azhar Mesir..tak sangka itu lah gurauan kami yang terkahir kali rupanya..sebak rasa di dada..bila aku mendapat tahu beliau telah kembali kerahmatullah..aku redha dengan pemergiannya..kerana itulah takdir buat dirnya..dan takdir buat diriku..tak tahu pula macam mana..
ya Allah aku pohon padaMU..cucuri rhamat dan kasih sayangMu buat sahabat ku yang bernama Ahmad Zuhaili..kau ampunilah segala dosanya..bebaskanlah dia dari azab seksa kuburMU dan nerakaMU..dan tempatkanlah dia di dalam syurgaMU..AMIN
No comments:
Post a Comment