apa yang dicari??

Tuesday, August 18, 2009

KU TERIMA LAGI SURAT CINTA..

salam to all..

dah beberapa hari aku berehat dari berblog..hurm..entry kali ini..kisah pasal SURAT CINTA..tentu korang masih ingatkan..masa zaman sekolah dulu-dulu..zaman main kirim-kirim surat cinta..hahaha...ada yang sampai kantoi dengan cikgu..dan ada yang terselamat..ada yang jahat sikit..dengan selamba sahaja mengoyakkan surat cinta tersebut di hadapan si pengirim..kejam betul orang itu..hehehe

tapi aku tak nak cerita tentang surat cinta yang itu..ini surat cinta yang lain..huhuhu..hari ini sekali lagi aku terima surat cinta dari Unit Trafik Polis Di Raja Malaysia..hahaha..surat saman la..apa lagi..

aduh la..ada rupanya saman kereta aku ni..aku pun tak tahu..yang aku tahu..masa aku balik dari kerja petang tadi..mak aku bagikan aku 4 pucuk surat..3 daripadanya surat saman trafik..huh..hebat..memang hebat..sekali 3 aku dapat..dan tarikhnya agak berselang beberapa hari sahaja dalam bulan yang sama...


surat saman pertama..bertarikh 3.6.2009

surat saman ke-2..bertarikh 5.6.2009

surat saman ke-3..bertarikh 9.6.2009

nak kata orang lain pandu my white pearl..mustahil..sebab aku sahaja yang selalu memandunya..ini yang membuatkan aku bingung..kenapa polis suka buat speed trap dekat kawasan yang mendaki??sudah pasti lah semua kereta laju ketika mendaki bukit..yang perlahan hanya lori yang dengan muatan dan bas sahaja la..tak da akal betul..

so nampaknya..budget untuk berjalan-jalan untuk musim perayaan dah tak ada..satu saman rm300..kalo 3 saman..koranh kira la sendiri..pemurah betul aku ni kan..membantu kerajaan bagi duit..hahahha..

ok lah..aku nak tidur..esok aku nak ke sekolah..hurm..alamak..esok budak 3rd monthly test..bosannya..nak tanda kertas..aduh laa..salam..

No comments: