apa yang dicari??

Sunday, August 16, 2009

pergi tak kembali..


salam..bertemu kembali..baru-baru ni..kita dikejutkan dengan pemergian al-fadhil ustaz asri yang cukup dikenali ramai..al-fatihah buat beliau..semoga roh beliau dicucuri rahmat dari NYA..


PERGI TAK KEMBALI..begitu simbolik tajuk lagu tu..satu lagu nasyid yang mengingatkan kita tentang kematian..sebenarnya..aku bukan lah nak ceritakan pasal nasyid ni..tapi aku nak ceritakan sesuatu yang terjadi di rumah aku pagi tadi..


di halaman rumah aku..ada dihiasi dengan lampu lip lap..yang bergantung..so ada satu makhluk Allah ni..membuat rumahnya di situ..aku biarkan je..sebab dia just tumpang untuk berteduh..benda yang aku maksudkan tu..ialah..sarang burung kelicap..



burung kelicap ni rajin betul buat sarang kat situ..untuk bertelur..sampai lah menetas anaknya..dan selepas tu dia tinggalkan sarang tu..dan kembali semula sekiranya ingin bertelur lagi..

so baru-baru ni..burung tu kembali untuk bertelur..dan sekarang ni..telur tu dah menetas..dan ada 2 ekor anak burung..tapi sayang..dan betul apa yang dijanjikan oleh Allah..setipa yang bernyawa..pasti akan mati..tak kira la besar atau kecil..

lihatlah kepada anak burung ni..yang baru menetas..telah pun kembali kepada penciptanya..apabila anak burung ini terjatuh..kesian aku tengok keadaan ini..mesti sedih hati ibu burung tu..bila melihat keadaan anaknya..


beginilah keadaan anak burung kelicap yang terjatuh dari sarangnya..

walaupun aku tak dengar suara burung tu..tapi aku pasti..ibu burng tu mesti sedih..aku pun berasa sedih bila tengok keadaan macam tu..dan membuat aku insaf..yang kita semua pasti akan kembali kepada pencipta kita..satu hari nanti..


so..sediakanlah bekalan kita..sebelum terlewat..

No comments: