apa yang dicari??

Monday, August 31, 2009

kenapa mesti sampai ke bangi?? kat seremban saja tak boleh ke?? --isy panjang pula tajuk entry ni-- part 1

salam semua sahabat..semoga dikau semua dilindungi dan dicucuri rahmat dari yang Maha Esa..malam ni..eh malam ke??bukan dah pagi??..lantak la..huhuhu..aku masih tak boleh nak lelapkan mata..entah kenapa aku pun tak tau la..so aku post kan satu entry..

sila abaikan ikan peliharaan aku ni..
tak da kene mengena dengan entry ni pown


hurm..sebenarnya..hari sabtu yang baru je dua hari berlalu..aku membuat keputusan yang agak drastik..keputusan yang bebas dari pengaruh dadah dan alkohol..ataupun dipengaruhi oleh orang lain..(isy apa yang aku membebel ni)..huhuhu..aku membuat keputusan untuk berbuka di luar bersama keluarga tercinta..hahaha..

aku memang dah plan lama dah nak berbuka kat luar ni..disebabkan masih dalam mood cuti sekolah..dan ramai pula yang berada di rumah bila weekend..lagipun nak bagi my lovely mum rehat sikit..asyik masak je..harapkan aku masak??jawabnya esok lusa pun..belum tentu orang kat rumah ni dapat makan..hahaha

so..aku buat la keputusan untuk berbuka puasa di Bangi..jauhnya..kenapa sampai ke bangi??kenapa tak berbuka kat seremban je??..jawapannya..ikut suka aku la..duit aku..huhuhu..aku nak buka puasa kat mana pun..sebenarnya..kat seremban ni..tak banyak kedai yang best dan selesa nak berbuka..manakala kedai yang aku pilih ni..agak jauh dari jalanraya..so selesa dan tenang la sikit nak makan..dan nama kedai ni Village View..

kita orang keluar dari rumah lebih kurang pukul 5 petang..ikut highway utara selatan..masuk dari plaza tol senawang..tak kisah la kena tol lebih sikit..rm5.70..lebih rm1 kalo aku masuk dari plaza tol seremban..yang bestnya..kak ngah aku boleh buat lawak pula..lepas ambil tiket tol..dia boleh masuk susur ke JB..hahaha..(aku tak perlu ambil tiket tol..sebab aku guna touch n go)..apa la..padahal aku dah bagi tau yang aku nak ke Bangi..bukan JB..huhuhu

pak uda ayoi, pak busu ayep dan aiman
aiman yang monyok


mula nak bertukar menjadi rasaksa


alhamdulillah..kami semua tiba di tempat yang dijanjikan..lebih kurang pukul 6.30 petang..so ada masa lebih kurang 1jam lagi nak berbuka..aku bawa la aiman berjalan sekitar restoran ni..memang best..ada kolam ikan..penuh dengan ikan koi jepun..kat rumah aku pun ada..tapi tak la banyak macam kat kedai ni..tapi sayang..aiman tak berapa sehat masa ni..dia agak monyok..dan asyik nak mengamuk..sebab badan tak berapa selesa..aku pun bawa dia semula kat meja makan..sambil tunggu hidangan sampai..

hahaha..apa menunya untuk berbuka ni??ok..aku order ikan siakap 3 rasa, tom yam campur, paprik daging..semuanya untuk 3 hidangan..air untuk berbuka..jus oren 2 jug..itu untuk berbuka..selepas buka..ada lagi yang oder air panas pulak..so kita layan gambar dulu eh..sila-sila..jangan malu-malu

tengah menunggu hidangan dan waktu berbuka tiba


sabar aishah..kejap lagi kita buka eh..

aiman, papa dan mami beliau..

wajah kesabaran seorang nenek menunggu waktu berbuka

hoi..belum buka lagi la..hahaha

antara menu yang sempat disnap..sebelum dimusnahkan oleh rasaksa yang ganas


semasa menunggu nak berbuka..aiman mula resah dan gelisah..ye la..dia tak sihat..kesian pula aku tengoknya..tak kan nak cancelkan..aku dah booking..macam ni la rupanya dia yang tengah nak bertukar menjadi rasaksa yang ganas..nasib baik tak menjadi ganas..hehehe


lama lagi ke nak berbuka ni???

eh..kau puasa jugak ke aiman??musykil ni..



masa berbuka pun dah tiba..apa lagi..dimulakan dengan bacaan doa buka puasa..dan kami pun menjamu selera bersama..memang menyeronokkan dan menggembirakan..apa taknya..dapat berkumpul beramai-ramai..mesti la seronok kan??selesai berbuka..kita orang rest sekejap sebelum pergi menunaikan solat maghrib di Masjid Bandar Baru Bangi..berapa semuanya??agak-agak korang berapa??korang scroll sampai bawah..nampak la berapa RM semunya..


keadaan meja selepas semua rasaksa mengganas

jumlah yang dibayar..



walaupun sampai macam tu sekali harganya..kami sekeluarga puas dan happy..sebab dapat berkumpul dan berbuka bersama-sama..so sampai sini dulu..tunggu sambungannya @ part 2 selepas ini..aku nak bersahur dulu..pastu nak solat subuh dan tidur..salam..

No comments: