apa yang dicari??

Friday, August 21, 2009

segalanya hanya sementara..

segalanya hanya sementara??..isy..lain macam jek entry kali ni??ye memang lain dari yang lain..hahaha..ye memang semuanya hanya sementara..TIADA yang kekal selamanya hanya DIA..

sebenarnya..hari ini..hari terakhir persekolahan bagi semester ke-2..cuti pertengahan semester ke-2 bermula esok 22.08.2009 sehingga 31.08.2009..jangan ada yang gatal nak pergi sekolah pulak Isnin ni..huhuhu..(ini peringatan untuk cikgu intan)..hehehe

yang ke-2..hari ini hari terakhir aku dan kawan-kawan aku melepak di kantin..sambil minum dan makan-makan..bercerita tentang pelbagai tajuk..bergurau senda dan sebagainya..selepas cuti ni..dah tak boleh dah nak buat benda ni..sebab nak jaga pahala puasa...

bersama rakan-rakan di port biasa..hehehe

yang ke-3 hari ni..hari terakhir aku dan rakan yang seangkatan dengan aku..smoking di siang hari..mulai esok..kita orang akan berhenti smoking..bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari sahaja...

yang ke-4..hari ini..hari terakhir syaitan dan bala tentera beliau bebas menggoda dan mengganggu manusia..tapi esok dan sepanjang ramadhan..beliau dibelenggu sehinga akhir ramadhan..padan muka kau SYAITAN!!!..hahaha

yang ke-5..hari ini bermulanya pintu segala rahmat dibuka seluas-luasnya..dan ditutup segala pintu neraka..disebabkan Allah nak bagi peluang kat kita untuk berbuat kebaikan..

yang ke-6..hari ini juga..Allah melepaskan segala seksaan kubur bagi yang telah pergi..so kita sedekahkan la apa yang patut untuk mereka..sementara peluang kita masih ada..di atas dunia ini..

yang ke-7..hari ini juga..bermulanya solat sunat tarawih dan tadarus al-quran..so rebut la peluang ini untuk menambah amalan kita..

dan yang terakhir sekali..(sebenarnya banyak lagi nak type ni..tapi kang panjang berjela pulak blog aku)..kita renungkan bersama mafhum hadith Nabi S.A.W ini..yang dirriwayatkan dari Abu Hurairah R.A :- BARANGSIAPA YANG BERPUASA DI BULAN RAMADHAN DENGAN PENUH KEIMANAN DAN KEINSAFAN, MAKA ALLAH AKAN MENGAMPUNKAN DOSA-DOSANYA YANG LALU..

akhir kata dari hamba yang lemah,hina dina dan miskin di sisi-NYA ini..SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN dan BERPUASALAH SEMOGA RAMADHAN KALI INI..LEBIH BAIK DARI RAMADHAN SEBELUMNYA..

1 comment:

intanurulfateha said...

.heee x de maknenyeeee nk g skola tym cuti
.tido lagik best ;p

.pst abg, sori td x pasan sms
.slamat berpuase tauu!