apa yang dicari??

Thursday, August 13, 2009

sekolahku syurgaku..


salam to all..semoga sehat sejahtera hendaknya..alhamdulillah..kali ini aku berkesempatan nak berblog selepas dah beberapa hari..tak sempat nak berblog..entry kali ini..nak story sikit..tentang tempat aku bekerja..hehehe

ok lah..aku ni seorang cikgu..dan bertugas tentula kat sekolahkan..takkan cikgu bertugas di hospital pulak..huhuhu..masuk tahun ni..dah hampir 3tahun aku mengajar di sekolah ini..nama sekolah aku ni..SEKOLAH KEBANGSAAN DESA CEMPAKA..


lokasinya terletak dalam Taman Desa Cempaka..dalam area Bandar Baru Nilai..so hari-hari aku berulang dari Seremban - Nilai - Seremban untuk menjalankan tugas..walaupun perjalan ulang alik setiap hari lebih kurang 80km..tapi aku tetap happy dekat sini..





my table..kat bilik guru..

ok lah..itu lah wajah meja aku..tempat aku duduk menanda buku..menyiapkan tugasan seperti menulis rekod perancangan mengajar dan sebagainya..

dan di sebelah kanan meja aku ni..aku panggil dia kan yanz..orangnya comel..huhu dah kawen dan ada 4orang anak..sebelah kiri meja aku pulak..sir amir mahmud..


dekat sekolah ni..banyak port aku..selain di bilik guru..aku biasa akan ke kantin untuk minum dan berehat..biasanya sampai sahaja di sekolah..setiap pagi..aku akan ke kantin terlebih dahulu..pekena teh tarik dan kuih karipap..itu dah jadi rutin aku..hehehe..

inilah menu aku..setiap pagi..

bersama rakan setugas..yang ini port cikgu lelaki..cikgu perempuan kat tempat lain..

antara port aku yang lain..ialah kedai buku sekolah aku..kat kedai ni pulak..aku selalu borak dan lepak dengan kakak yang menjaga kedai buku ni..nama kakak ni..kak ita..boleh dikatakan setiap kali aku lalu di kedai ni..kak ita pasti menjadi mangsa usikan aku..hahaha...

kak ita..khusyuk betol kira duit..huhuhu

yang ini pula..rasaksa kak ita..amir namanya..

dan ada beberapa port aku yang lain..yang tak boleh di letakkan gambarnya..bahaya..hahahaha..walau macam mana pun..aku happy kat sekolah ini..dan gembira sangat-sangat..sebab semuanya seperti satu keluarga..biarpun jauh dari rumah aku..tapi aku suka kat sini..

oklah..itu la serba sedikit dengan tempat aku bekerja..