apa yang dicari??

Wednesday, March 18, 2009

Hari Yang Membosankan

Salam to all..aku sebenarnya tak tahu nak postkan cerita apa kali ini..aku sekarang tengah kebosanan..dan tak tahu nak buat apa..

nak keluar kereta tak ada..motor pun tak ada..duduk rumah sahaja..hehehe..kena pula cuti pertengahan semester 1 ni..tengah bulan pula..mana nak cekau duit untuk berjalan-jalan..

terpaksa la aku menghabiskan masa dengan tidur dan mengemas rumah..hehehe..kena pula baru-baru ini sepupu aku kahwin..so ada la barang-barang yang dia pinjam dari rumah aku untuk masak memasak hari tu..

hurm..ok laa nak quit..bye..

Tuesday, March 17, 2009

lampu projector

hehehe..aku sekarang ini tengah mengidam untuk mencari set lampu depan untuk honda aku..set lampu projector..tapi setakat ini..aku dah tanya banyak kedai aksesori..tapi semuanya yang aku tak berkenan..model yang aku cari ini agak sukar dipasaran..sebab ianya begitu unik sekali..


beginilah rupanya lampu projector yang aku inginkan..siap ada LED dibahagian bawahnya..memang smart dan cantik..tapi dekat mana aku nak cari lampu ni??tolong lah saya yang dalam keadaan buntu ini..

Sunday, March 15, 2009

antara kenderaan yang ada di rumah aku


bertemu kembali...kali ini aku nak story sedikit pasal transport yang ada di rumah aku...korang boleh tengok laa berapa banyak kenderaan yang ada di rumah aku..


sebelum ini..rumah aku cuma ada garaj kereta sahaja..selepas arwah ayah aku dah tak memandu lori lagi..agak lama juga garaj kereta merangkap stall burger tu terbiar macam tu sahaja..sehingga aku balik dari mesir..tahun 2005..hasil dari claim tiket flight..aku belikan sebuah motorsikal..honda ex-5..

my black pearl

nampak macam standard sahaja kan???..setakat yamaha lc135..boleh beat juga ni..dengan motor ini la..aku memulakan kehidupan baru untuk mencari rezeki..sebelum aku mendapat kerja tetap..motor ini banyak kenangannya dengan aku..dan dengan motor ini lah..aku pernah terbaring di atas jalan raya semasa nak pergi kerja..dan dengan motor inilah dua orang adik aku eksiden serta mengorbankan nyawa salah seorang darinya pada tahun 2007..tapi walau macam mana pun..motor ni still digunakan lagi..

selepas dari menggunakan motor..tahun lepas..15 april 2008..aku membeli sebuah kereta perodua viva 1.0 SXi..ini pun setelah my lovely mum bising..dan risaukan keselamatan aku..yang berulang dari seremban ke nilai dengan menaiki motor sahaja..ikutkan sebenar..aku tak nak lagi beli kereta..sebab nak kumpul duit lagi..tapi tak apa lah..aku ikutkan kata ibuku..

8487- tribute to arwah adik aku..

dengan kereta ini aku bawa ibuku ke mana sahaja dia nak pergi..aku gunakan kereta ini juga untuk ke tempat kerja..ambil adik aku dan menghantar ke sekolah...dan macam-macam lagi...walaupun belum sampai setahun lagi..mileage kereta ini dah mencecah 27325..jauhkan dah berjalan kereta ni???sekarang ini..kereta ini adik perempuan aku yang guna..dan dia sambung bayar..setelah aku beli kereta idaman aku sendiri...

tak lama selepas itu..angah ku pula membeli sebuah kereta..setelah beliau lulus ujian memandu..dia pun ajak aku ke proton showroom..nak pilih kereta yang sesuai dengan kehendaknya..so dia pun memilih proton persona 1.6(A) medium line..warna sama kelabu..tetapi kelabu dia pekat berbanding kelabu viva ini..

5243-tribute to arwah ayah aku

PDK 2018

yang ini pula kereta milik along aku..honda civic ej6 1.6..tahun 1996..kereta ini jarang aku gunakan..sebab along aku punya kereta..bukan aku..aku pernah juga memandu kereta ni..bukan tak pernah..hehehe..

dan yang terbaru kereta yang berada di rumah aku..apa lagi..my white pearl la..honda civic es1 1.7(A)..kereta ini adalah kereta terbest dekat rumah aku..hehehe..(mesti laa puji kereta sendiri)..

DAL 2015

sebenarnya..ada sebuah lagi kereta kat rumah aku..kereta alang aku..proton wira 1.5..
dan sebuah motorsikal honda wave kepunyaan adik aku yang aku panggil acik..tapi tak dapat nak masukkan dalam post ini..kerana kereta dan motornya tak sempat nak diambil gambar..lagi pun alang dan acik ni..jarang ada kat rumah..so tak dapat la nak masukkan dalam entry kali ini..entry lain kali..boleh kut..

bila hujung minggu sahaja..memang penuh dengan adik beradik aku..berderet 5 buah kereta depan rumah ibu aku ini..dan dua buah motor..macam ada kenduri pula rasanya..sampai masak nasi 3 pot pun tak cukup..hehehe..kalau beborak pula..mesti cecah sampai pukul 2 pagi..macam tu laa rutinnya bila hujung minggu..memang riuh rendah dibuatnya..adik-beradik ramai katakan..so memang la macam ni..


sekarang ini..baru lah terbuka mata jiran-jiran aku..yang selama ini memperlekehkan keluarga aku..termasuk la juga saudara mara aku..tapi aku sedikit hairan dengan perangai manusia..bila family aku dah senang sedikit..ada pula yang tak puas hati..ada yang dengki dengan mencalarkan kereta yang berada di rumah ini..apa laa punya bodoh manusia jenis macam ini..tak boleh tengok orang senang..


p/s :- dalam banyak-banyak kereta yang engkau orang dah saksikan tadi..kereta mana yang paling mengancam???

horey.. horey.. the public holiday

horey..horey.. public holiday...

salam semua..bermula sabtu 14mac-22mac 2009..aku bercuti..tak payah g keje..hehehe..bestkan jadi cikgu ni..sekolah cuti..cikgu pun cuti juga..tapi jangan engkau orang ingat senang jadi cikgu ni..macam-macam keje kena buat tau..time cuti sekolah ni pun bila-bila masa boleh kena panggil pergi kursus...

sebenarnya cuti ni memang menyeronokkan..tak kira laa murid ataupun cikgu..kau orang pun kalau bercuti..mesti seronok punya laa..tapi cuti sekolah kali ini..aku tak kemana pun..cuti pun ditengah-tengah bulan..mana ada duit nak berjalan-jalan...

walaumacam mana pun..aku boleh rehat sedikit..dan prepare untuk program selepas cuti ini..so kepada semua warga pendidik dan warga yang kene didik..selamat bercuti..untuk kawan-kawan yang akan exam P.T.K rabu dan khamis ni..good luck k..

chow sin chi...daaa~~~

Saturday, March 14, 2009

Selamat Pengantin Baru


Selamat Pengantin Baru..Selamat berbahgia..selamat ke anak cucu..selamat sejahtera..hehehe..(ni apa kes pula menyanyi lagu selamat pengantin baru ni)..


Sebenarnya hari ini adalah hari perkahwinan sepupu aku.. en hafizar bin abbas a.k.a am..tahniah laa diucapkan kerana dah menamatkan zaman bujang..selepas ni..engkau dah tak boleh nak join dengan aku lagi..hahaha..nanti isteri kau marah..kui kui kui..


Antara hantaran dan gubahan en. am ni..mak aku yang buat..tak banyak laa..just dua dulang jek..mak aku ni..kalau ada orang kahwin..atau saudara mara yang nak kahwin..dia pun busy laa..hehehe..biasanya mak aku ditugaskan untuk buat sirih junjung dan satu jenis gubahan..dan yang biasa menjadi
driver mak aku ni beli barang-barang untuk buat hantaran adalah aku..

jom kita tengok antara gubahan yang telah berjaya mak aku siapkan untuk anak buahnya..

dari sudut depan

ini lah rupanya..gula-gula yang macam jeli tu..dibungkus dengan plastik putih..dah direka bentuk untuk menjadi gugusan bunga..benda ni agak leceh sedikit untuk dibuat..berbanding gubahan lain..sebabnya..banyak sangat plastik yang nak digunakan..selepas itu nak bungkus dan pintalkan gula-gula pula..

dari sebelah atas

memang memakan masa yang agak lama la..tapi berkat kesabaran seorang ibu..hehehe.. akhirnya malam tadi berjaya juga benda ini disiapkan.. seterusnya sirih junjung..biasanya mak aku akan buat sirih junjung tak tinggi..biasa sahaja..dan pengalas bawahnya..hanya menggunakan bakul plastik atau bakul rotan..tengok pada kos la...

beginilah rupa dan hasil sentuhan pn.norhayati membuat sirih junjung..hiasan yang dicampur adukkan dalam sirih junjung ini ialah bunga yang dibuat dari sabut pinang dan buah pinang yang sudah dikacipkan..kreatif betul my mum..kalau aku..nak buat macam ni???jangan harap la..hehehe.. sekarang kita tengok pula..macam mana rupanya..sirih junjung ini dari sudut atas pula..engkau orang boleh nampak..bunga-bunga tu kan???

macam tu la bentuk rupanya sirih junjung ni..ada bunga-bunga serta sirih yang digulung supaya menyerlahkan lagi kecantikannya..


so akhir sekali..tahniah buat sepupu aku en hafizar a.k.a am..semoga berbahgia hingga ke akhir hayat..sedar-sedar la awak dah berdua sekarang..jangan nak enjoy je..hehehe..untuk readers..kalo rasa-rasa nak tempah sirih junjung dan gubahan..boleh la contact aku..engkau orang mesti berpuas hati dengan sentuhan dari ibu aku ini..

p/s :- bila lagi ibu nak buat untuk ateh dengan fiera ni??asyik buat untuk orang je??hehehe

Friday, March 13, 2009

pesta payung peringkat sekolah kebangsaan desa cempaka

payung oh payung

assalamulaikum..dan salam sejahtera..(macam pembaca berita pula)..hehehe.. ok lah..hari ni..saya nak menghantar satu entry yang telah berlaku ditempat kerja saya..(skema nyer ayat)..kui kui kui..korang mesti pelik kan kenapa pula aku nak poskan cerita pesta payung pula..begini ceritanya..

pagi tadi semasa on the way nak pergi kerja..hujan turun dengan lebatnya..dari labu batu 7 sampai la dekat tempat kerja aku..mana lagi kat Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka..Nilai..hujan yang turun bagaikan mutiara..memaksa aku memandu dengan penuh berhati-hati..walaupun aku sudah kelewatan nak ke tempat kerja..

dengan kelajuan 60 km/h..aku memandu laa my white pearl dengan penuh berhemah dan bersantun di jalan raya..bahaya bro..kalo hujan-hujan ni bawak laju-laju..hehehe.. so aku pun selamat tiba di sekolah indah tercinta..lebih kurang pukul 7.35 pagi..seperti biasa sampai sahaja di sekolah..tempat pertama di tuju ialah..teachers room..ataupun dalam bahasa arabnya..ghurfatul mu'allimin..hehehe.. selepas itu..kemana lagi..naik ke office untuk punch card..nasib baik tak merah..ngam-ngam pukul 7.39am..hehehe..

semasa aku turun dari pejabat nak ke bilik guru semula..maka terlihat laa aku satu pesta payung yang tak semena mena berlaku di tangga..hehehe setahu aku hari ini..ada sambutan maulidur rasul..bila masa pula ada pesta payung ni..kui kui kui..pelbagai jenis payung yang telah di pamerkan oleh guru-guru ni..berhampiran dengan tangga nak ke pejabat..ada yang kecil..dan ada yang besar..begitu juga dengan warnanya sekali..hehehe..

antara payung yang telah dipamerkan..

agak-agak korang la kan..antara banyak-banyak payung ni..mana yang boleh menang???hehehe..
ok lah..saja-saja..pos entry ni..sebab aku bosan tak taw nak buat apa malam ni..hehehe..

akhir sekali sebagai pengajarannya..ingat pesan orang tua..sediakan payung sebelum hujan..

peningku fahami dirimu

salam semua..kali ni aku nak poskan 1 entry yang membuatkan aku sendiri pening..pening dan terus pening..hahaha..kepeningan aku ini membuatkan aku sendiri tak lena tidur dan tak lena nak makan..(isy teruknya laa)...sampai tahap macam tu sekali..hehehe..

korang semua mesti ingat..aku ada problem dengan awek aku kan???..tak lah..perkara yang mebuatkan aku pening 2 3 hari ni..ialah kereta baru aku ni ( memang kereta baru..baru je beli..tapi umurnya dah 8 tahun )...buat hal plak..

ok..aku cerita laa apa halnya..once open a time..hahaha..ok ok ok..serius..serius..

kisahnya macam ni..hari selasa malam baru-baru ni..aku nak keluar jumpa kawan aku..dekat taman coral height..dekat sikamat..kononnya nak copy file masa kursus kehakiman kompang selawat baru-baru ni..so seperti biasa..sebelum nak memulakan perjalanan..mesti la nak kena start enjin kereta dulu..betul tak??

tiba-tiba semasa aku nak start enjin kereta aku ni..habis black out all the system..arrghhh..apa hal pulak boleh jadi macam ni..sedangkan aku baru je tukar bateri baru..tak kan bateri dah kong..aku pun call my foreman suruh datang rumah..periksa kereta aku..sementara menunggu kehadirannya..aku pun..switch kan laa bateri lama balik kat kerata aku..boleh pulak dihidupkan enjin..tapi agak susah sedikit..isy musykil ni..apa masalahnya..

so setibanya foreman kat rumah aku..dia pun mulakan la tugasnya sebagai seorang foreman..mesti la kan..tak kan dia nak jadi tukang masak pulak..hehehehe...dia pun mula la mengodek sana sini dekat bahagian enjin aku..dan dia suh aku tukar semula guna bateri baru balik..dia pun cuba hidupkan enjin aku balik..ehh..boleh pula hidupnya..detik hati saya..( ayat sopan sedikit )..hehehe..

esoknya..aku pun menjalankan la rutin harian aku..sebagai seorang guru..pagi tu agak susah sedikit aku nak hidupkan enjin kerata aku..setelah berjaya dihidupkan..seperti biasa aku mendapatkan restu dari my lovely mama..seperti biasa nasihat mama..pandu berhati-hati..dan aku terus melangkah naik ke kereta sambil membaca doa menaiki kenderaan..

sepanjang perjalanan..tak ada masalah yang timbul..cuma masalahnya datang balik semasa aku nak balik dari sekolah..kena benda yang sama sekali lagi..aku pun buka boot belakang..mengeluarkan spare part aku..buka boot depan..mula la aku tukar bateri yang lama balik..boleh hidup pula enjin ni..semasa perjalanan balik..aku pown call back my foreman.dan dia syorkan dekat aku datang bengkel..dan tinggalkan kerata..untuk diperiksa dengan lebih lanjut..hahaha..macam orang sakit pun ada juga kan???

malam tadi dekat nak pukul 9..telefon berbunyi..(kena buat nada macam cerita wonder pets) hahaha..foreman aku call rupanya..kerata aku sudah siap diperiksa dan diperbaiki..sebelum itu..malam semalam aku ada juga datang ke bengkel dia..untuk bertanyakan masalah my white pearl..dia pun cakap..banyak kemungkinan..sama ada e.c.u (electronic center unit), atau wiring..tp tak pasti lagi..tadi semasa aku datang..dia pown bagi tahu..apa masalah nya yang sebenar..rupa-rupanya..jeng jeng jeng..

starter aku yang rosak..auto relay pun sama..so dia dah tukarkan yang baru..terbang aku rm200 malam ni..duit yang aku simpan untuk enjoy masa school holiday..dah tak ada..budget pun dah lari..nampaknya cuti semniggu ni..duduk rumah sahaja la..hehehehe..

so sekarang ini..aku dah boleh lena tidur..dan berselera nak makan kembali..apa tidaknya..kereta kesayangan aku..hehehe..sampai my girlfriend said kat aku..abang kawin je ngan kereta abang tu..aku pun balas la balik..kalau kereta ni orang macam sayang..dah lama dah abang kawin dengan kereta..hahahahaha

begitulah cerita yang membuatkan aku pening dan pening mencari punca apa masalahnya kereta aku..sepangjang sebulan aku gunakan kereta ini..ini la masalahnya yang timbul..tetapi aku yakin dan percaya..setiap masalah mesti ada penyelesaiannya..betul tak??

so esok aku boleh pergi kerja dengan hati yang tenang..dan tidak lagi serabut seperti dulu..hehehe..thanks my foreman..thanks a lot..jasa mu dikenang..aku doakan kau murah rezeki dan menang endurance sabtu ini di litar sepang..