apa yang dicari??

Friday, January 23, 2009

hadiah untuk yang tersayang...

baru-baru nie..aku menghabeskan duet simpanan aku..semata-mata untuk aku belikan hadiah buat insan yang aku sayang..hadiah nie khas untuk hari lahirnya.. korang mesti ingat aku hadiahkan tok awek aku kan??..hehehe..tp sebenarnya bukan..coz besday die lambat lagi..

hadiah yang aku belikan nie..khas untuk "anak kesayangan" aku nie..sapa lagi kalo bukan nurul izzah athirah...hadiah berbentuk sebuah baby walker..walaupown besday die dah lepas hampir sebulan..aku tetap nak hadiahkan gak..sebab dah sayang punya pasal..


ari sabtu..kalo tak silap 10 jan kot..aku gie laa cari kat seremban..kat kedai yang ada jual baby walker..takkan nak cari kat kedai tv plak kan..huh penat gak mencari..akhirnya jumpa laa kedai yang menjualnya dengan pelbagai pilihan..


so aku pilihla..baby walker yang sesuai tok athirah..n yang boleh tahan lama..biar laa belanja lebih..asalkan puas hati..bukan laa aku nie nak berlagak..tp itu laa cara aku berbelanja tok beli sesuatu barang yang aku inginkan...betapa seronoknya die bila dapat baby walker nie..so tak payah laa asyik nak berampu n berdukung jek lagi pasnie...


sekarang tertunai juga hajat aku..tok hadiahkan kat "anak kesayangan" aku nie...SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG PERTAMA sayang...semoga cepat membesar dengan sehat..panjang umur n murah rezeki..serta dirahmatiNya selalu hingga hujung nyawa....

Thursday, January 22, 2009

cuti-cuti malaysia

salam..1stly..sory laa coz dah lama tak update blog nie..bukan sengaja..tp disebabkan banyak sgt halangannya...hurm..so arie nie aku post laa satu topic.. baru2 nie..aku ke penang..temankan abg aku yang ada urusan di sana..walaupown masa tuh aku masih demam..huh..kene gak laa pegi..coz kesian nengok abg aku nie..lagi pown aku dah lama tak gie penang..seingat aku..last aku pegi..tahun 2001 dulu.. so sampai sana..dah dekat pukul 1..coz banyak sgt persinggahannya semasa perjalanan...dengan kete nie laa aku pegi ngan abg aku n familynya...

PDK 2018

ari sabtu tu..abg aku selesaikan laa urusannya..n aku pown selesaikan urusan aku...urusan ape pown aku tak taw...kui kui kui...pada malamnya plak..aku n family abg aku nie..pegi laa melepak kat queensbay...lebih kurang macam danga bay yang kat johor tuh..tp beza nya..queensbay nie..lagi best laa..coz kawasan yang lapang n selesa tok bersantai..udara pown nyaman jek malam tuh...n bermacam gelagat manusia yang melepak kat situ..kene plak malam minggu...
seronok betol laa si kecik nie..bile di bawa ke sana..orang tengah kemaruk nak berjalan..mmg mcm nie laa...tp cemana pown kene gak layan die ngan baek..coz die nie anak buah kesayangan aku...hehehe..so tengok laa sendiri ekspresi wajahnya cemana...



selepas penat berjalan..kami sume pegi laaa mengisi perot yang kelaparan..kalo dah sampai penang..tak pekena char koay teow memang tak lengkap laa..abang aku pown bawak laa kat kedai yang terfamous ngan char koay teow kat penang nie...ori punye beb..

kenapa aku kata ori???..sebab macam nie laa rupenye char koay teow yang sebenarnya..kat seremban nie pown bersepah gak orang jual char kuoy teow..tp sumenye tak kene ngan citerasa aku...yang nie gak yang best nyer...


kalo korang datang penang laa aku cadangkan korang gie kedai nie tok pekena char koay teow..kat tokong ular... n nie laa nama kedainya...


pas dah makan..aper lagi..balek rumah laa..coz esoknya nak mulakan perjalan jauh plak..dari penang ke gerik..pastu nak balek seremban plak...

betol2 cuti-cuti malaysia aku nie..walaupown dalam keadaan demam..heheheh..disebabkan aku dah baek skit dari demam..aku plak yang kene drive dari gerik ke seremban..coz abg aku plak yang tetiba sakit kepala..tp tak per laa..coz aku nie mmg dah biase drive jauh-jauh tanpa perlu menukar driver..yang penting mesti ada "candu" aku..kite orang sampai seremban pukul 3pagi..mampos..esok dah nak keje..hahahaha..padan muka aku..saper suh pegi penang..kui kui kui...

Tuesday, January 13, 2009

phone idaman

salam..lama betol aku tak ngantar topic kat blog nie..sory laa..coz skang nie dah mula keje..selepas cuti hampir 2bulan..mcm2 laa kene settlekan..kene plak awal2 tahon nie..nak wat cemana.. nama pown dah keje...

ok laa aku skang nie nak share ngan korang tentang phone idaman aku...mmg dah lama aku usha phone nie dalam internet..bg aku nie phone nie memang d'best laa..coz ngan function yang tak menyusahkan..hehehehe..phone yang aku maksud kan nie model sony ericsson c905..the latest selepas c902..


setelah lama aku usha kat internet..so hari isnin
baru nie pas abes keje jek..ako pown round laa kat terminal 1 tok jengok2..kalo dah sampai phone nie kat pasaran..mmg nasib aku baek..aku pown aper lagi..terjebak menghabiskan duet tok beli phone nie..tak per laa yang penting ako puas hati..(walaupown sebenarnya tak puas hati..coz nie bukan kaler yang aku nak...)


harganya????..korang agak laa sendiri eh..aku just discribe sket jek..camera 8mp cyber shot..ader wifi n gps..n mcm2 lagi laaa..penat plak aku nak terangkan satu per satu..hahahhaha..kalo dah minat..sanggup abeskan duet tok puaskan hati..lagipown..wat masa nie..sebelum kawen..baek aku enjoy dlu ngan gaji aku..kui kui kui....

Saturday, January 10, 2009

becarefull sebelum menikmati limau...

wei kawan2...salam..hurm aku sebenarnye tak taw nak post pasal aper..tp tetibe jek aku dapat email dr seorang nie..cite pasal limau...

mmg skang nie kalo kite pegi memane..mesti bersepah orang jual limau..yer laa dah dekat ngan chinese new year laa kata kan..so melampoh lampoh laaa limau yang di bawa masok dari negara china..

sebenarnye limau nie mmg baik tok kesihatan..kaya ngan vitamin c..n mcm2 lagi laaa..aku taw skit2 jek..tapi korang kene berhati hati laa kalo membeli limau nie...jangan laa kelahap sgt...nak tros telan jek..kadang2 ada bende yang kita tak nampak ada dalam limau tuh... antaranya mcm nie...
cube korang perhatikan betol2 apa yang korang nampak dalam limau nie...
.

tentu korang tak perasankan..coz makhluk nie bentuknya hampir sama jek ngan isi limau tuh..so sebelum makan pastikan laa korang belek laa dulu k...SELAMAT MAKAN LIMAU...

Thursday, January 8, 2009

Bubur Asyura - Asal usul dan pengajaran

Perkara yang sering menjadi adat dikalangan kita ialah memasak BUBUR ASYURAA' (ada sesetengah panggil bubur lambok). Hal ini disandarkan kepada peristiwa Nabi Allah Nuh as.

Disebutkan dalam kitab Nihayatuz Zain (halaman 196 Syeikh Nawawi Al-Banteni), Kitab Nuzhatul Majalis (halaman 172 Syeikh Abdur Rahman Al-Ushfuri), Kitab Jam'ul Fawaid ( halaman 132 Syeikh Daud Al-Fathoni) bahawasanya ketika mana bahtera Nabi Nuh as berlabuh di bukit Juudi pada hari Asyuraa maka berkatalah baginda kepada umatnya :

"Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih, maka dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila' iaitu kacang ful dan satu genggam kacang Adas dan Ba'ruz dan tepung dan kacang Hinthoh sehingga menjadi tujuh jenis biji bijian yang dimasak"

"Maka berkata Nabi Nuh as : Masaklah sekaliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang".

Maka berdasarkan kisah inilah sebahagian kaum muslimin menjadikan makanan mereka itu daripada biji bijian yang dinamakan BUBUR ASYURAA' (bubur yang dimasak sempena hari kesepuluh dalam bulan Muharam). Dan itulah masakan yang pertama dimasak di atas permukaan bumi setelah berlakunya banjir besar dan taufan yang melanda bumi. Syeikh Ibn Hajar Al Asqolani bersyair dengan katanya

في يوم عاشوراء سبع تهرس بر أرز ثم ماش عدس وحمص ولوبيا والفول هذا هو الصحيح والمنقول

Maksudnya : Pada Hari Ayuraa' terdapat tujuh yang dimakan iaitu Gandum (tepung) Beras, kemudian Kacang Mash (kacang kuda) dan Kacang Adas (kacang dal). Dan Kacang Himmash (kacang putih) dan Kacang Lubia ( sejenis kacang panjang) dan kacang Ful. Inilah kata-kata yang sohih dan manqul (yang diambil dari kata-kata ulamak).

Daripada apa yang dibahaskan di atas, maka dilihat bahawa sejarah BUBUR ASYURAA' ini diambil daripada peristiwa arahan dan perintah Nabi Nuh as kepada umatnya ketika dahulu.

Oleh itu, Adakah salah bagi kita mengambil apa yang dilaksanakan oleh umat terdahulu dan apa yang diarahkan oleh Nabi Nuh as kepada umatnya untuk kita pula laksanakannya?

Perkara ini bukanlah termasuk dalam hukum hakam yang ada nasakhnya dalam Syariat Islam. Ianya hanya kisah dan peristiwa yang perlu diambil iktibar dan dihayati oleh umat manusia dan seterusnya beriman dan menghampirkan diri kepada Allah swt dengan sebenar-benar taqwa.

Andai ia arahan tadi merupakan suatu perintah, maka kita mengatakan ia merupakan Ash Syar'uu Man Qablana iaitu perkara syariat yang berlaku pada zaman dan umat terdahulu yang tidak dinasakhkan untuk menjadikan iktibar dan panduan hidup berterusan umat akan datang.

Maka BUBUR ASYURAA' merupakan salah satu daripada perkara yang disebutkan sebagai Ash Syar'uu Man Qablana yang boleh kita amalkan dalam kehidupan kita dan ia tidaklah di anggap sebagai suatu BIDAAH.

Tanggapan sebahagian orang yang mengatakan perkara ini BIDAAH dan adat semata-mata adalah tidak benar. Adat juga boleh menjadi Ibadah andai perkara seperti memasak BUBUR ASYURAA' ini kita jadikan sebagai amalan untuk mengingati dan menghayati peristiwa yang berlaku di zaman Nabi Nuh as. Kerana kelalaian dan lupa dengan tuntutan beragama, dan di sebabkan menuruti kehendak nafsu yang rakus, maka Allah tenggelamkan mereka sehingga tiada suatu pun yang tinggal dan disimpan untuk dimakan melainkan sedikit sahaja.

Maka tidak salah kita adakan Majlis Memasak BUBUR ASYURAA' dengan penghayatan tersebut dan bertujuan untuk memberi makan kepada keluarga, faqir miskin yang sangat memerlukan dan menjamu orang yang berbuka puasa dan sebagainya. Ia akan dihitung sebagai Ibadah yang mulia disisi Allah swt insyaallah.

Wednesday, January 7, 2009

C.I.N.T.A

ok laa..aku rase nie last topic for today..dah penat aku post topic jek dari petang tadi..sementara tengah free..aku post laa apa yang patot..kali nie..pasal kesah CINTA plak...

Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya. Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.

Cinta adalah buta…cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain. Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat. Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta.

Cinta adalah CINTA . Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI.... Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan.

Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas oang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalah sepenuh hati. Namun jangan letakkan harapan terlalu tinggi.

Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan. Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari…. Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah... Diberikan kepada yg pandai membalas CINTA.. CINTA itu harus menyeluruh, ikhlas & jujur.. Dan sebaik - baik sasaran CINTA hanyalah kepada Allah swt.. Bukan hanya “keindahan cinta” yang dicari setiap insan....tetapi “erti cinta” yang sesungguhnya lah yang selalu didambakan oleh setiap insan.. Jangan katakan selamat tinggal jika kita belum siap meninggalkannya..... Jangan menyerah kerana cinta, perjuangkanlah, dan jagalah cintamu jika kamu menginginkannya kerana jika kamu membiarkannya pergi bererti kamu tidak mencintainya sepenuh hati.....

Manusia yang pernah merasakan sakitnya cinta akan selalu menjaga cintanya.....Kerana…bagi mereka yang tersakiti sangat mengerti bahawa cinta telah merubah hidupnya......menjadi lebih bererti… Cinta adalah perhiasan kehidupan yang selalu menghiasi setiap insan manusia, bagi mereka yang bisa mengenal apa makna dan erti cinta yang sesungguhnya, kerana cinta adalah perasaan tulus dan suci tanpa pernah memandang sesuatu...apa-apa pun ianya tetap merupakan anugerah terbesar dari Tuhan Yang Maha Esa untuk kehidupan ini..

Keagungan cinta terserlah bila bahagia....tapi bila derita dimana letaknya cinta???? BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.... aCinta letaknya di hati, meskipun tersembunyi, namun getarannya jelas sekali...

Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalahan yang tak sudah... Dimanakah letaknya cinta bila kekesalan menguasai hati dan perasaan....apakah nilainya cinta bila ada penyesalan?

so...jumpe lagi lenkali ngan topic2 yang baru..salam...


orang yang mencintai kamu

Org yg mencintai kamu....

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu,kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?'

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20] Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

[ Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada,jangan pernah mensia-siakan orang tersebut... kamu akan menyesal melukakannya! ]

jom join TAKAFUL IKHLAS

salam kengkawan sume...aku nak wat skit promotion nie..hahaha...kalo korang nak cari pahala lebih tok mak bapak korang..jom laa kita join pelan takaful nie....

pelan pertama.. PERLINDUNGAN WARGA EMAS

pelan yang tok warga emas nie..kene cepat skit kalo nak join..tarikh expired die tinggal beberapa hari jek lagi...sebelum 15 February ni....

pelan kedua plak.. TABUNG PENDIDIKAN ANAK


so kalo korang berminat..korang bleh laa contact..orang yang menguruskan benda nie..namo dio en muhammad nasrul..0174047685 atau 0196029987..korang bleh tipon terus..sms jek pown tak per...tak pown emailkan jek kat die.. amn.osman76@yahoo.com.my

p/s :- jom laa rebut tok buat baik sebelum peluang kita nak buat baek dah tak de lagi...

KAWAN tu macam mane eh??

macam mane eh korang nak discribe kawan dalam hidop korang...adakah seperti ini:-

1) kawan tu bukan macam maen FUTSAL..memula kejar..dah dapat sepak
2) kawan tu bukan macam maen SKATE..memula gosok..pastu pijak
3) kawan tu bukan macam maen RAGBI..memula tangkap..pastu sepak
4) kawan tu bukannya macam PAMPERS..dah pakai..buang
5) kawan tu bukannya macam BARANG KEMAS...waktu baru beli..dipakai..bila dah sengkek..gadai
6) kawan tu bukannya macam PELANGI..hari cerah takde..bila hujan gerimis baru menjelma
7) kawan tu bukannya macam KERETA..bila agak2 rasa muak..jual n beli yang baru plak
8) kawan tu bukannya macam CHIPSMORE..sekejap ada..sekejap tak
9) kawan tu bukan macam BANK..bila dah tak de duet..pegi kat sana ambik..
10) LAGI???...kawan tu macam ape ye????

HAAAAA..kawan tu macam korang laaa...bila aku hantar msg...korang akan baca msg aku sampai habis dengan teliti... walau ape pown tanggapan orang tentang kawan...bagi aku..kawan tetap penting dalam hidop...seorang kawan takkan biarkan kawan dia MENANGIS, SEDIH, BERDUKA dan sebagainya.....

kawan yang sejati..adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang..tentang pelbagai perkara..yang penting...seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kepada kawan-kawannya....

so...aper lagi yang kita nak buat kat kawan kita??? LU PIKIR LAA SENDRI.....

alfu mabruk to my cousin

tahniah laa kepada sepupu aku nie..yang telah berjaya menamatkan pelajaran di Institut Perguruan Raja Melewar baru2 nie dalam bidang KPLI (SR)..so skang nie die sama gak mcm aku..Pegawai Perkhidmatan Pelajaran (Siswazah)..bezanya..aku ngajar subjek Bahasa Arab..die nie plak..subjek sains..semalam..06012009..telah berlepasnya sepupu aku nie ke sarawak tok memulakan tugasnya di sana.. meh kita tengok skit mukenye cemana...


nie laa orang yang aku maksudkan td..die nie memang macam nie la..apa2 situasi pown sengeh jek..susah nak tengok die nie sedey..hahahahahah..tahniah laa sekali lagi wat my cousin chachacuwa..caiyok k..aku wish semoga ko berjaya..aku sentiasa ada sokong ko...sorry tak dapat datang semalam..coz ko pegi waktu aku kat sekolah..xper..len kali bleh jumpe k...

Tuesday, January 6, 2009

yang mana satue pilihan hati????

adus..pening nye kepala aku tok membuat pilihan nie..sama ada nak yang ini..atau yang itu..pening betol kepala aku nie bilee pikirkannya...hahaha..nie bukan pasal awek eh..kalo awek..senang jek aku wat pilihan..kui kui kui..tapi nie..tok kepuasan hati aku sendiri..yang aku maksudkan nie adalah kereta yang aku nak beli...

baru2 nie..aku surf laa internet ngan along aku (bapak sebenar pada athirah)..cari kereta2 yang nak dijual..so jumpa laa antara kereta yang aku berkenan..kereta yang aku maksudkan HONDA CIVIC..kete nie memang jadi kegilaan aku dari sejak skool lg..so dapat laaa aku 2buah kereta yang aku berkenan..pagi new year aku ngan along aku..pegi laa tgk kete2 nie..


meh kite tengok gambar nye eh...jeng jeng jeng....

nie laa gambarnye

aku discribe laa skit ngan kete putih nie dlu...nie lah 1st model civic es 1.7 single cam non vtec 2002..harga yang owner nak jual dalam RM 65,000..skang nie tengah deal ngan owner kalo dapat kurangkan lagi..


dan yang nie satu lagi..

honda civic ej8 1.6 vtec tahun 1998..yang nie plak owner letak harga lebih kurang RM48,000..tp kete nie asyik bertukar owner..dari tahun 98..sampai tahun lepas jek..dah 5orang..2 tahun jek tukar owner..
kete nie plak memang dah tip top..



aku pown compius nak pilih yang mana..hahaha..susah2 beli kete sorong jek laa.. kui kui kui




nurul izzah athirah 2

nie sambung balek cite pasal anak buah aku... yang pic kat bawah tuh..pic die mase umur dalam 6 bulan kot..aku pown tak ingat dah..yang nie laa pic terbarunya...umur skang nie pown dah setahun dah..dah mula lasak..hehehe..penat gak aku layan kerenah die nie..tp nak wat cemana..anak buah kesayangan..kena laa ikot kan gak ragamnya..yang aku plak siap ajar die panggil aku ABAH..hehehe..

yang nie pic die baru sudah menangis..kene sakat ngan bapak2 sedara die..hahaha padan muke ko..sapa suh jadi yang paling kecik..kui kui kui...seb baek laa aku ado..menyelamatkan keadaan..hehehe..tengok laa muke nye tuh..die nie kalo dah melalak..mmg tak taw nak sekejap..perghhh..

yang nie plak..pic die tengah sedap tido..baru jek aku amek petang semalam..die nie kalo dah tido..mcm2 aksi yang akan die buatnya..hahaha..

tengah2 aku leka amek gambar die..die sedar laa plak..hahaha..aper lagi terus jek die membunyikan sirennye..kui kui kui..jom kite tengok plak cemana agak eh muko "anak" kesayangan aku nie menangis...

nie laa wajahnya apabila NURUL IZZAH ATHIRAH menangis..hahaha..nasib baik sultan mahmud dah mangkat..kalo tak sure orang istana datang tadah air matanya 7 tempayan tok hantaran meminang puteri gunung ledang..huhuhu..
okies laa tu jek cite tok si comel nie..to MY LOVELY athirah..abah doakan...semoga panjang umur..murah rezeki..n bahagia dunia n akhirat...AMIN~


nurul izzah athirah

nie laa anak buah kesayangan aku... nama nye dah ader kat atas tuh..korang bleh baca sendiri la...hehe..mmg aku sayang gile kat die nie..owh lupe plak..nama timangan die athirah..athirah nie.. adalah anak buah sulung dalam family aku...hehehe..tu yang sayang sangat tuh..kene plak tarikh lahirnya sama ngan aku..lagi laa membuatkan aku sayang kat athirah nie...skang nie umurnya dah setahun pown...

ahlan wasahlan

ahlan wasahlan..welcome aboard..selamat datang..haha sama r sume tuh..