apa yang dicari??

Monday, August 31, 2009

kenapa mesti sampai ke bangi?? kat seremban saja tak boleh ke?? --isy panjang pula tajuk entry ni-- part 1

salam semua sahabat..semoga dikau semua dilindungi dan dicucuri rahmat dari yang Maha Esa..malam ni..eh malam ke??bukan dah pagi??..lantak la..huhuhu..aku masih tak boleh nak lelapkan mata..entah kenapa aku pun tak tau la..so aku post kan satu entry..

sila abaikan ikan peliharaan aku ni..
tak da kene mengena dengan entry ni pown


hurm..sebenarnya..hari sabtu yang baru je dua hari berlalu..aku membuat keputusan yang agak drastik..keputusan yang bebas dari pengaruh dadah dan alkohol..ataupun dipengaruhi oleh orang lain..(isy apa yang aku membebel ni)..huhuhu..aku membuat keputusan untuk berbuka di luar bersama keluarga tercinta..hahaha..

aku memang dah plan lama dah nak berbuka kat luar ni..disebabkan masih dalam mood cuti sekolah..dan ramai pula yang berada di rumah bila weekend..lagipun nak bagi my lovely mum rehat sikit..asyik masak je..harapkan aku masak??jawabnya esok lusa pun..belum tentu orang kat rumah ni dapat makan..hahaha

so..aku buat la keputusan untuk berbuka puasa di Bangi..jauhnya..kenapa sampai ke bangi??kenapa tak berbuka kat seremban je??..jawapannya..ikut suka aku la..duit aku..huhuhu..aku nak buka puasa kat mana pun..sebenarnya..kat seremban ni..tak banyak kedai yang best dan selesa nak berbuka..manakala kedai yang aku pilih ni..agak jauh dari jalanraya..so selesa dan tenang la sikit nak makan..dan nama kedai ni Village View..

kita orang keluar dari rumah lebih kurang pukul 5 petang..ikut highway utara selatan..masuk dari plaza tol senawang..tak kisah la kena tol lebih sikit..rm5.70..lebih rm1 kalo aku masuk dari plaza tol seremban..yang bestnya..kak ngah aku boleh buat lawak pula..lepas ambil tiket tol..dia boleh masuk susur ke JB..hahaha..(aku tak perlu ambil tiket tol..sebab aku guna touch n go)..apa la..padahal aku dah bagi tau yang aku nak ke Bangi..bukan JB..huhuhu

pak uda ayoi, pak busu ayep dan aiman
aiman yang monyok


mula nak bertukar menjadi rasaksa


alhamdulillah..kami semua tiba di tempat yang dijanjikan..lebih kurang pukul 6.30 petang..so ada masa lebih kurang 1jam lagi nak berbuka..aku bawa la aiman berjalan sekitar restoran ni..memang best..ada kolam ikan..penuh dengan ikan koi jepun..kat rumah aku pun ada..tapi tak la banyak macam kat kedai ni..tapi sayang..aiman tak berapa sehat masa ni..dia agak monyok..dan asyik nak mengamuk..sebab badan tak berapa selesa..aku pun bawa dia semula kat meja makan..sambil tunggu hidangan sampai..

hahaha..apa menunya untuk berbuka ni??ok..aku order ikan siakap 3 rasa, tom yam campur, paprik daging..semuanya untuk 3 hidangan..air untuk berbuka..jus oren 2 jug..itu untuk berbuka..selepas buka..ada lagi yang oder air panas pulak..so kita layan gambar dulu eh..sila-sila..jangan malu-malu

tengah menunggu hidangan dan waktu berbuka tiba


sabar aishah..kejap lagi kita buka eh..

aiman, papa dan mami beliau..

wajah kesabaran seorang nenek menunggu waktu berbuka

hoi..belum buka lagi la..hahaha

antara menu yang sempat disnap..sebelum dimusnahkan oleh rasaksa yang ganas


semasa menunggu nak berbuka..aiman mula resah dan gelisah..ye la..dia tak sihat..kesian pula aku tengoknya..tak kan nak cancelkan..aku dah booking..macam ni la rupanya dia yang tengah nak bertukar menjadi rasaksa yang ganas..nasib baik tak menjadi ganas..hehehe


lama lagi ke nak berbuka ni???

eh..kau puasa jugak ke aiman??musykil ni..



masa berbuka pun dah tiba..apa lagi..dimulakan dengan bacaan doa buka puasa..dan kami pun menjamu selera bersama..memang menyeronokkan dan menggembirakan..apa taknya..dapat berkumpul beramai-ramai..mesti la seronok kan??selesai berbuka..kita orang rest sekejap sebelum pergi menunaikan solat maghrib di Masjid Bandar Baru Bangi..berapa semuanya??agak-agak korang berapa??korang scroll sampai bawah..nampak la berapa RM semunya..


keadaan meja selepas semua rasaksa mengganas

jumlah yang dibayar..



walaupun sampai macam tu sekali harganya..kami sekeluarga puas dan happy..sebab dapat berkumpul dan berbuka bersama-sama..so sampai sini dulu..tunggu sambungannya @ part 2 selepas ini..aku nak bersahur dulu..pastu nak solat subuh dan tidur..salam..

Saturday, August 29, 2009

entry khas sempena kemerdekaan..


wah..dah nak merdeka??bes2..dah lama tak dengar orang jerit MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA..huhuhu..tapi tahun ini..Kemerdekaan di sambut dalam bulan Ramadhan..10 ramadhan 1430H..may be next year..kita sambut kemerdekaan Malaysia yang ke-53..bersamaan 1 Syawal 1431H...



sebenarnya..tajuk entry tu..tak da kena mengena pown ngan entry ni..saje je..untuk menghilangkan kebosanan..huhuhu..aku sebenarnya..tengah demam..kalau dalam bahasa inggeris..FEVER..SICK or what ever lah..hahaha..

walaupun dalam keadaan 'demam'..aku masih mampu tergelak ketawa..bagi menhilangkan gundah gulana..aku sebenarnya demam rindu..ya..diulangi sekali lagi..aku DEMAM RINDU..


aku rindu kat buah hati aku..yer aku rindu sangat kat dia..cik adik kesayangan aku..kalau ikutkan akal yang tidak waras..aku akan drive malam ni jugak..pergi gegar rumah dia..hahaha..tapi sebabkan aku masih waras..aku tak buat la benda macam tu..dan aku masih bersabar menantikan tarikh yang dijanjikan untuk bertemu dengannya..

tahun ini..dah masuk 4tahun kami bersama..dan dah 7tahun kami saling mengenali antara satu sama lain..lama kan??dan dah ramai yang bertanya..bila lagi aku dan fiera hendak disatukan..terutamanya dari saudara mara sebelah cik fiera sayang..

bukan aku tak nak..cuma belum tiba masanya..tapi bila dah tiba masanya..aku akan bagi tahu korang semua..yang aku akan menamatkan zaman bujang aku..tapi yang penting..aku tetap sayangkan dia..

korang pun mesti taw kan..kalau dah 4 tahun bersama..mesti macam-macam benda yang telah terjadi antara kami..ya..tepat sekali..SEDANGKAN LIDAH SELALU TERGIGIT..inikan pula hubungan kami berdua..kami tempuhinya dengan sabar dan bertolak ansur..ALHAMDULILLAH..sehingga kini..kami masih lagi mampu mempertahankannya..



aku nak bagi tahu..kat sini..kat korang semua..dengan tanpa rasa segan silu dan malu..yang aku memang rindukan cik NOR FAHIRA.... kenapa nak malu??sebab RINDU ini satu anugerah..ye satu anugerah..anugerah dari ALLAH..dan aku SAYANG sangat kat FIERA..so kawan-kawan..doakan agar hubungan aku dan cik fiera cayang..berkekalan hendaknya..hingga ke hujung nyawa kami berdua..dan kebahagiaan kami dunia dan akhirat..

Wednesday, August 26, 2009

menu hari ini..


alhamdulillah..ada lagi masa untuk aku berblog malam ini..kebiasaannya aku akan keluar malam..bersama kawan-kawan..tapi malam ni..aku rasa macam malas nak keluar pulak..disebabkan badan dan mata letih memeriksa kertas exam yang tak sudah lagi..

hari ni dah 5 hari kita berpuasa..so SELAMAT BERPUASA..jangan nak ponteng puasa!!!..10 yang awal ini..ada keberkatan..10 yang tengah ada pengampunan..dan 10 yang terakhir ada pembebasan dari azab neraka..jom lah kita rebut peluang ini..mungkin tahun depan kita sempat nak rebut peluang keemasan ini lagi..

so aku nak story tentang juadah berbuka puasa tadi..hehehe..walaupun suasana berbuka agak suram..tak seperti sebelumnya..tapi kami sekeluarga tetap berbuka bersama..yang pasti masakan my lovely mama..memang tak da tandingannya..

inilah menu berbuka tadi..

petang tadi..sebelum berbuka..aku ke bazar ramadhan dengan mama..hehehe..saja jalan-jalan..walaupun masa tu hujan renyai-renyai..saja menjamu mata..sebelum berbuka..sempat la aku membeli murtabak, roti jala, putu bamboo..mee goreng dan kueh tiaw goreng..

masa tengah jalan-jalan..aku dah nak balik dah masa tu..aku ternampak satu benda yang memang susah nak jumpa di sini..dan memang dah lama aku tak jumpa benda ni..apa benda nya eh???korang teka la..aku bagi tengok gambarnya dulu..huhuhu...

pandangan dari sudut tepi..

pandangan dari sudut atas..

ok..benda ni amat famuos dekat pantai timur..terutama sekali dekat terengganu..dan benda ini menjadi kegilaan aku..semasa aku duduk di terengganu sekitar tahun 1999 sehingga 2002..benda ni memang best dan menyelerakan..huhuhu..dan menjadi juadah wajib aku untuk berbuka puasa..

apa benda nya ni???...hehehehe..ini lah yang dinamakan SATA..di ulangi..nama benda ni..SATA..tapi bukan aziz satar..huhuhu..memang sedap dan menyelerakan..sata ni..lebih kurang macam otak-otak je..tapi aku lebih suka sata dari otak-otak..tak tahu kenapa..bagi aku rasanya lagi enak dan lazat berbanding otak-otak..

beginilah rupa bentuknya SATA..

aku bedal 4 ketul..mama aku nak rasa satu..aku bagi..dan abang aku sempat rasa satu je..huhuhu..sorry la bro..benda ni kegemaran aku..hahaha..itu pun nasib baik aku tinggalkan untuknya 1..kalau tak..abang aku mesti tak merasakannya..huhuhu..

sata yang ke-4 sebelum selamat ditelan oleh aku..

begitulah storynya aku berbuka hari ini..sungguh menghiburkan..walaupun masuk tahun ini..dah 3 tahun kami sekeluarga tak berbuka dengan ayah n muhaimin..betul kata nabi S.A.W..orang yang berpuasa ini bila berbuka dapat 2 kegembiraan..kegembiraan yang pertama dirasaai semasa berbuka puasa..dan kegembiraan yang ke-2 pula..dapat bertemu dengan Allah nanti..

so teruskan puasamu..walaupun di mana jua anda berada..janganlah sesekali tinggalkannya tanpa sebarang keuzuran..salam..

entry gambar sahaja

aku tak tahu nak story pasal apa..

so kita nengok 4 keping gambar aja eh..

boleh kan???

korang scroll je sampai ke bawah eh..



disebabkan title entry GAMBAR SAHAJA..so tidak ada satu perkataan pun yang nak menerangkan ke-4 empat gambar tersebut..HARAP MAKLUM

aku kepenatan..


huh..sungguh memenatkan dan sungguh meletihkan tubuh badan aku..boleh dikatakan seluruh anggota badan ku terasa letihnya...sendi-sendi dan semuanya lah..(tapi ini tiada dengan kaitan H1N1 atau demam CHIGUKUNNYA..HARAP MAKLUM )..mana tak letihnya..aku dari tadi duduk mengadap kertas exam budak-budak ni..dah naik tepu otak aku dibuatnya..dan naik pedih biji mata aku...hahaha..

sepanjang cuti semniggu ni..ni lah kerja aku..menanda kertas exam..sebelum ni aku ada plan nak ke terengganu..lepak sana seminggu sambil berpuasa di sana..tapi tak jadi la..sebab nak menanda kertas ni..melampuh-lampuh ha...

yang ini set yang ke-4..

aku menanda 8set soalan...tapi alhamdulillah..3 set dah siap diperiksa dan ditanda..markah pun budak-budak dah tahu dah..cuma yang 5 set ni aku agak malas sedikit nak tanda..kena pula dah masuk bulan Ramadhan ni..mata aku asyik mengantuk nak tidur je..hahahaha...biasa la..sangap CANDU..hehehe

ni koleksi yang masih belum ditanda..

ok lah..aku nak solat sebentar dan nak sambung balik menanda kertas balik..hari ni dah hari rabu..next week sekolah dah strat..kerja tak siap lagi..huhuhu..lagi jumpa..daaa~~~

happy birthday ALONG

aku rasa..entry bulan ogos ni..banyak cerita pasal birthday kan???nak buat macam mana..dah ramai sangat yang lahir bulan ogos ni..huhuhu..

ok lah..24.8.2009..hari isnin yang baru je lepas..merupakan birthday buat adik sepupu aku..yang mesra dengan panggilan ALONG..(kalau nak tengok muka dia macam mana..korang scroll ke bawah..ada gambar dia sebelah kiri tu..aku malas nak upload gambar)..so happy birthday yang ke 14..semoga panjang umur dan murah rezeki selalu..n jangan malas nak study..hahaha..

along nak hadiah ke??boleh nak bagi present..tapi nanti dulu ehh..nanti along akan dapat jugak hadiah nya..

tribute to Allahyarham Muhaimin

salam kepada semua muslimin dan muslimat..

bertemu kembali..selepas aku dah beberapa hari tak berblog..disebabkan banyak sangat kerja nak buat..ingat cuti sekolah nak lepak..tapi kena tanda kertas exam yang berlambak-lambak..tapi nak buat macam mana..itu dah tugas aku..

ini merupakan entry pertama aku..selepas aku menukar link blog aku..sebab tukar??tak payah tanya..hahaha

23.8.2009..genap 2tahun pemergian adik aku..(itu kalo ikut kalender masehi..kalo kalender hijriyah..dah 2tahun lebih)..walaupun dah 2tahun..aku tetap ingat kat dia..sebab dengan dia selalu aku ke sana dan ke mari..menaiki motosikal..(masa tu..aku tak mampu beli kereta lagi)..


INILAH WAJAH TERAKHIR BELIAU

beliau meninggal selepas 3bulan lebih ayah aku meninggal..akibat kemalangan jalanraya di PORT DICKSON..so memang masa tu..satu dugaan yang hebat diberikan kepada ku sekeluarga..aku tak boleh nak story panjang..sebab kang aku menangis..

cuma sekarang nie..aku just boleh sedekahkan al-fatihah buat beliau..dan aku kirimkan doa untuknya..SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT..

Tuesday, August 25, 2009

attention please..

salam kepada semua kawan-kawan..sila ambil perhatian ini..sebab ini amat penting sekali..aku akan mengubah link blog aku ini..tidak berapa lama lagi..mungkin esok atau lusa..

sebabnya???tak perlu tahu la kenapa ye..link http://kifiemiera.blogspot.com akan ditutup..dan akan aku ubah kepada link yang lain selepas ini..

so kepada follower tercinta dan rakan-rakan yang tak follow..sila ambil perhatian dengan entry ini..harap maklum..

Saturday, August 22, 2009

hari pertama di bulan Ramadhan..

salam ramadhan buat semua kawan-kawan blog dan semua umat Islam..

huhu..hari ini hari pertama umat Islam di Malaysia menjalani ibadah puasa..hahha..bestnya puasa..dah lama ramadhan hilang kini muncul kembali..so seperti biasa..aku dan family bangun bersahur pagi td..yang laen bangun awal sangat..cuma aku sahaja yang bangun dalam pukul 5.30 pagi..

sahur???aku just minum air panas satu mug dan 3ulas kurma..sudah memadai bagi aku..nak makan nasik???tak per lah..tak selera nak makan nasik pagi-pagi...

tak de sebarang aktiviti yang hendak dilakukan..sebab hari ini..hari cuti..dah lah cuti..ditambah dengan hujan yang mencurah-curah..huhuhu..ni masa aku update blog pun..masih hjan lagi ni..aku ingat nak tanda kertas exam..tapi aku rasa tidur lagi best kan???hahahaha..

ok lah..buat semua..kita jumpa di entry yang lain..mungkin esok..

SELAMAT BERPUASA..semoga kita menjadi orang yang bertaqwa kepadaNYA...

Friday, August 21, 2009

segalanya hanya sementara..

segalanya hanya sementara??..isy..lain macam jek entry kali ni??ye memang lain dari yang lain..hahaha..ye memang semuanya hanya sementara..TIADA yang kekal selamanya hanya DIA..

sebenarnya..hari ini..hari terakhir persekolahan bagi semester ke-2..cuti pertengahan semester ke-2 bermula esok 22.08.2009 sehingga 31.08.2009..jangan ada yang gatal nak pergi sekolah pulak Isnin ni..huhuhu..(ini peringatan untuk cikgu intan)..hehehe

yang ke-2..hari ini hari terakhir aku dan kawan-kawan aku melepak di kantin..sambil minum dan makan-makan..bercerita tentang pelbagai tajuk..bergurau senda dan sebagainya..selepas cuti ni..dah tak boleh dah nak buat benda ni..sebab nak jaga pahala puasa...

bersama rakan-rakan di port biasa..hehehe

yang ke-3 hari ni..hari terakhir aku dan rakan yang seangkatan dengan aku..smoking di siang hari..mulai esok..kita orang akan berhenti smoking..bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari sahaja...

yang ke-4..hari ini..hari terakhir syaitan dan bala tentera beliau bebas menggoda dan mengganggu manusia..tapi esok dan sepanjang ramadhan..beliau dibelenggu sehinga akhir ramadhan..padan muka kau SYAITAN!!!..hahaha

yang ke-5..hari ini bermulanya pintu segala rahmat dibuka seluas-luasnya..dan ditutup segala pintu neraka..disebabkan Allah nak bagi peluang kat kita untuk berbuat kebaikan..

yang ke-6..hari ini juga..Allah melepaskan segala seksaan kubur bagi yang telah pergi..so kita sedekahkan la apa yang patut untuk mereka..sementara peluang kita masih ada..di atas dunia ini..

yang ke-7..hari ini juga..bermulanya solat sunat tarawih dan tadarus al-quran..so rebut la peluang ini untuk menambah amalan kita..

dan yang terakhir sekali..(sebenarnya banyak lagi nak type ni..tapi kang panjang berjela pulak blog aku)..kita renungkan bersama mafhum hadith Nabi S.A.W ini..yang dirriwayatkan dari Abu Hurairah R.A :- BARANGSIAPA YANG BERPUASA DI BULAN RAMADHAN DENGAN PENUH KEIMANAN DAN KEINSAFAN, MAKA ALLAH AKAN MENGAMPUNKAN DOSA-DOSANYA YANG LALU..

akhir kata dari hamba yang lemah,hina dina dan miskin di sisi-NYA ini..SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN dan BERPUASALAH SEMOGA RAMADHAN KALI INI..LEBIH BAIK DARI RAMADHAN SEBELUMNYA..

model tercomel abad ini..

bertemu kembali..eh..kenapa aku begitu bertenaga mengupdate blog ni???...aku sebenarnya banyak sangat free hari ini..(ayat orang belagak..) tapi ari ni aku kena kutuk ngan alil... ade ke patut dia kata aku sakai!!!!!!..biaso la orang jeles..sebab aku banyak free..huhuhu

ok lah..korang mesti terkasima bila baca tajuk entry aku kan???...kau orang mesti kata awek cun kan..... ahahaahahah... tapi bila besar tu mesti cun tu...

aku nak memperkenalkan model ini..namanya nur athirah abd jabar..nama timangan adik @ athirah...umurnya??dirahsiakan..hehehe..nanti kau orang ngorat dia..

jom kita saksikan model tercomel abad ini..


semua gambar di snap dengan menggunakan DSLR CANON 1000D..ok lah..jam dah menghampiri pukul 12 tengah hari..aku nak berkemas untuk balik..n bercuti selama seminggu..salam..lagi jumpa~~~