apa yang dicari??

Friday, March 13, 2009

pesta payung peringkat sekolah kebangsaan desa cempaka

payung oh payung

assalamulaikum..dan salam sejahtera..(macam pembaca berita pula)..hehehe.. ok lah..hari ni..saya nak menghantar satu entry yang telah berlaku ditempat kerja saya..(skema nyer ayat)..kui kui kui..korang mesti pelik kan kenapa pula aku nak poskan cerita pesta payung pula..begini ceritanya..

pagi tadi semasa on the way nak pergi kerja..hujan turun dengan lebatnya..dari labu batu 7 sampai la dekat tempat kerja aku..mana lagi kat Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka..Nilai..hujan yang turun bagaikan mutiara..memaksa aku memandu dengan penuh berhati-hati..walaupun aku sudah kelewatan nak ke tempat kerja..

dengan kelajuan 60 km/h..aku memandu laa my white pearl dengan penuh berhemah dan bersantun di jalan raya..bahaya bro..kalo hujan-hujan ni bawak laju-laju..hehehe.. so aku pun selamat tiba di sekolah indah tercinta..lebih kurang pukul 7.35 pagi..seperti biasa sampai sahaja di sekolah..tempat pertama di tuju ialah..teachers room..ataupun dalam bahasa arabnya..ghurfatul mu'allimin..hehehe.. selepas itu..kemana lagi..naik ke office untuk punch card..nasib baik tak merah..ngam-ngam pukul 7.39am..hehehe..

semasa aku turun dari pejabat nak ke bilik guru semula..maka terlihat laa aku satu pesta payung yang tak semena mena berlaku di tangga..hehehe setahu aku hari ini..ada sambutan maulidur rasul..bila masa pula ada pesta payung ni..kui kui kui..pelbagai jenis payung yang telah di pamerkan oleh guru-guru ni..berhampiran dengan tangga nak ke pejabat..ada yang kecil..dan ada yang besar..begitu juga dengan warnanya sekali..hehehe..

antara payung yang telah dipamerkan..

agak-agak korang la kan..antara banyak-banyak payung ni..mana yang boleh menang???hehehe..
ok lah..saja-saja..pos entry ni..sebab aku bosan tak taw nak buat apa malam ni..hehehe..

akhir sekali sebagai pengajarannya..ingat pesan orang tua..sediakan payung sebelum hujan..

2 comments:

rose emely said...

oit abg!!!
tak kojer ke wat n3 cenggini. bagi suspen org jew. igtkan pesta payong tu ala2 pesta buih..heheheheh
ni nak tanya...dok gempaq2 bawak white pearl tu, lesen keter dah ada ke blom?

hakiminwizan said...

alo cik adik..sorry sket eh..siap ader lesen kelas e full lagi