apa yang dicari??

Sunday, March 15, 2009

antara kenderaan yang ada di rumah aku


bertemu kembali...kali ini aku nak story sedikit pasal transport yang ada di rumah aku...korang boleh tengok laa berapa banyak kenderaan yang ada di rumah aku..


sebelum ini..rumah aku cuma ada garaj kereta sahaja..selepas arwah ayah aku dah tak memandu lori lagi..agak lama juga garaj kereta merangkap stall burger tu terbiar macam tu sahaja..sehingga aku balik dari mesir..tahun 2005..hasil dari claim tiket flight..aku belikan sebuah motorsikal..honda ex-5..

my black pearl

nampak macam standard sahaja kan???..setakat yamaha lc135..boleh beat juga ni..dengan motor ini la..aku memulakan kehidupan baru untuk mencari rezeki..sebelum aku mendapat kerja tetap..motor ini banyak kenangannya dengan aku..dan dengan motor ini lah..aku pernah terbaring di atas jalan raya semasa nak pergi kerja..dan dengan motor inilah dua orang adik aku eksiden serta mengorbankan nyawa salah seorang darinya pada tahun 2007..tapi walau macam mana pun..motor ni still digunakan lagi..

selepas dari menggunakan motor..tahun lepas..15 april 2008..aku membeli sebuah kereta perodua viva 1.0 SXi..ini pun setelah my lovely mum bising..dan risaukan keselamatan aku..yang berulang dari seremban ke nilai dengan menaiki motor sahaja..ikutkan sebenar..aku tak nak lagi beli kereta..sebab nak kumpul duit lagi..tapi tak apa lah..aku ikutkan kata ibuku..

8487- tribute to arwah adik aku..

dengan kereta ini aku bawa ibuku ke mana sahaja dia nak pergi..aku gunakan kereta ini juga untuk ke tempat kerja..ambil adik aku dan menghantar ke sekolah...dan macam-macam lagi...walaupun belum sampai setahun lagi..mileage kereta ini dah mencecah 27325..jauhkan dah berjalan kereta ni???sekarang ini..kereta ini adik perempuan aku yang guna..dan dia sambung bayar..setelah aku beli kereta idaman aku sendiri...

tak lama selepas itu..angah ku pula membeli sebuah kereta..setelah beliau lulus ujian memandu..dia pun ajak aku ke proton showroom..nak pilih kereta yang sesuai dengan kehendaknya..so dia pun memilih proton persona 1.6(A) medium line..warna sama kelabu..tetapi kelabu dia pekat berbanding kelabu viva ini..

5243-tribute to arwah ayah aku

PDK 2018

yang ini pula kereta milik along aku..honda civic ej6 1.6..tahun 1996..kereta ini jarang aku gunakan..sebab along aku punya kereta..bukan aku..aku pernah juga memandu kereta ni..bukan tak pernah..hehehe..

dan yang terbaru kereta yang berada di rumah aku..apa lagi..my white pearl la..honda civic es1 1.7(A)..kereta ini adalah kereta terbest dekat rumah aku..hehehe..(mesti laa puji kereta sendiri)..

DAL 2015

sebenarnya..ada sebuah lagi kereta kat rumah aku..kereta alang aku..proton wira 1.5..
dan sebuah motorsikal honda wave kepunyaan adik aku yang aku panggil acik..tapi tak dapat nak masukkan dalam post ini..kerana kereta dan motornya tak sempat nak diambil gambar..lagi pun alang dan acik ni..jarang ada kat rumah..so tak dapat la nak masukkan dalam entry kali ini..entry lain kali..boleh kut..

bila hujung minggu sahaja..memang penuh dengan adik beradik aku..berderet 5 buah kereta depan rumah ibu aku ini..dan dua buah motor..macam ada kenduri pula rasanya..sampai masak nasi 3 pot pun tak cukup..hehehe..kalau beborak pula..mesti cecah sampai pukul 2 pagi..macam tu laa rutinnya bila hujung minggu..memang riuh rendah dibuatnya..adik-beradik ramai katakan..so memang la macam ni..


sekarang ini..baru lah terbuka mata jiran-jiran aku..yang selama ini memperlekehkan keluarga aku..termasuk la juga saudara mara aku..tapi aku sedikit hairan dengan perangai manusia..bila family aku dah senang sedikit..ada pula yang tak puas hati..ada yang dengki dengan mencalarkan kereta yang berada di rumah ini..apa laa punya bodoh manusia jenis macam ini..tak boleh tengok orang senang..


p/s :- dalam banyak-banyak kereta yang engkau orang dah saksikan tadi..kereta mana yang paling mengancam???

4 comments:

Anonymous said...

banyak nye kereta

Anonymous said...

betol bro
untung lu adik beradik ramai
tak macam gua
dua orang je
boleh laa gua nak pinjam DAL 2015 tu

Anonymous said...

wei..bilo plak nak bawak den ngan keto baru ko nie...hahaha

Anonymous said...

sket ari lg abg wt showroom plak kt umh abg eh..huhuhu...