apa yang dicari??

Thursday, December 24, 2009

ku rindukan mu...


salam..bertemu kita lagi..kalau dah baca tajuk entry tu..mesti terbayang-bayang wajah orang yang kita rindukan..yer..aku pun tak lepas dari benda ini..sebab benda ni..adalah satu anugerah ALLAH kepada setiap hambanya..

hari ini..24 DISEMBER 2009..adalah tarikh lahir bagi seorang sahabat baik aku..iaitu ALLAHYARHAM AHMAD ZUHAILI BIN SHAFIE..ulang tahun kelahiran arwah yang ke 28..sebaya dengan aku..sayu dan hiba bila tiba waktu ni..kebiasaannya..bila tiba waktu macam ni..aku akan wish happy birthday padanya..tak kira la tengah malam ke..pagi ke..sebab kami memang rapat..serapt rapatnya...

aku rindukan arwah ni..seorang sahabat yang baik..terlalu baik buat aku..dan kawan-kawan yang lain..segalanya masih aku ingat bersama arwah..baik kami sama-sama di KUSZA dan Mesir dulu..pahit manis..kami harungi bersama..tapi ALLAH lebih menyayanginya..arwah menemui penciptaNYA..pada 4.4.2009..akibat kemalangan jalan raya..pilu dan sayu bila mendengar berita pemergian arwah..kali terakhir aku bertemu arwah ni..masa kami sama-sama konvo KPLI kat putrajaya..kebetulan tarikh konvo kami sama..

YA ALLAH..aku amat merindui sahabatku AHMAD ZUHAILI bin SHAFIE..ku mohon pada MU..cucuri rahmat dan kasih sayang Mu ke atas rohnya..ampunkan segala dosa-dosanya..jadikanlah kuburnya seperti taman di dalam syurga..tempatkanlah dia di sisi para rasul, anbiayak, para sahabat, para soleh yang dekat denganMU..ku mohon pada MU YA ALLAH..tunaikan lah permintaan hambaMU ini..AMIN YA RABBAL 'ALAMIN

5 comments:

shashazura said...

Al-fatihah ..
hmm. sedih jugak. da setahun dia meninggalkan kita :(
semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT. semoga dia aman bersemadi di sana. amin..

shashazura said...

Al-fatihah ..
hmm. sedih jugak. da setahun dia meninggalkan kita :(
semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT. semoga dia aman bersemadi di sana. amin..

shashazura said...

maksud aku, dah dekat setahun ..

Zura said...

al-fatihah...semoga roh nye di cucuri rahmat..

hakiminwizan said...

tu lah..cepat sangat masa berlalu..dekat nak setahun dah arwah ni tinggalkan kita kan chacha???