apa yang dicari??

Tuesday, March 31, 2009

bosannya

agrhh..kenapa la hari ini begitu membosankan aku..hurm..mengantuk pun ada..tapi mata tak mahu lelap..puas dah aku bergolek ke kanan dan kiri..isy..apa hal plak ni..

disebabkan aku tak boleh nak tidur..aku pun merapu la kat sini sekejap..hehe..esok keje..badan penat..mengantuk..tapi tak boleh tido..aduh laa

sebenarnya..hari ini..betul-betul memenatkan aku..ke sana ke mari semasa aku kat school tadi..banyak pula kerja nak diselesaikan selain mendidik murid-murid..hurm..

ingat bila dah penat macam ni..boleh la tidur awal sikit..tapi tak gak dapat..nak borak nak my mum pun..my mum dah tidur..hurmm..

isy..cemana ni..tolong la saya...huhhuhhuhh~~~

Monday, March 30, 2009

tahniah team kompang selawat..

huhuhu..akhirnya usaha aku dan rakan guru yang lain..telah berjaya walaupun di saat-saat akhir sebelum pertandingan..

baru-baru ni..sekolah aku menjadi tuan rumah untuk karnival pendidikan islam atau majlis tilawah al-quran (mtaq)..so ada acara yang telah murid-murid dari sekolah aku menyertainya..dan sebelum ni..aku ada cerita tentang team kompang selawat sekolah aku..

tahniah la untuk team kompang selawat..sebab berjaya melayakkan diri untuk ke peringkat negeri yang bakal diadakan pada 11.4.2009 bertempat di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi di Jempol..

huh..pada sebelum pertandingan..ramai di antara guru tak yakin dengan kemampuan team kompang selawat..sebab budak-budak ni..tak serius semasa latihan..ada sahaja yang tak datang..dan mereka berlatih tak bersungguh-sungguh..

tapi semasa hari pertandingan..lain pula ceritanya..(aku dengar dari mulut guru yang lain..sebab aku tak ada masa tu..jadi hakim di sekolah lain)..mereka menunjukkan persembahan yang terbaik dari kalangan yang terbaik..huhuhu,,cayalah team kompang selawat desa cempaka..

dan ada beberapa acara juga yang berjaya menempah kedudukan yang terbaik bagi daerah seremban 1..antaranya bercerita (perempuan) johan, nasyid tempat ke-3, dan yang lain sekadar saguhati sahaja..tapi lirik terbaik dapat dimiliki oleh team nasyid SKDC..

so tahniah buat yang menang..dan yang gagal..boleh cuba tahun depan sekali lagi..salamzzz...

Sunday, March 29, 2009

taman orkid

hurm..kali ni aku nak ceritakan di mana selalu aku menghabiskan masa bila ada waktu terluang..sejak ayah aku meninggal 2tahun lepas..aku dah kurang merayau ke sana ke mari..kalau tak..boleh kata setiap malam aku menghabiskan masa dengan kawan-kawan aku..duduk melepak sampai pukul 2pagi..

tapi sekarang ni..aku dah kurang buat benda tu..bukan apa..kesian kat my mum yang tinggal seorang diri..kang jadi apa-apa hal..susah pula aku..lagi pun sejak dah bekerja ni..semakin kurang la aktiviti aku dengan kawan-kawan aku..


bila ada masa terluang..aku selalu melepak di rumah..kalau tak tidur..ni la kerja aku..update blog..di rumah aku ni..my mum ada buat taman orkid..my mum ni memang suka tanam orkid..sebelum ayah aku meninggal..arwah ni sempat buatkan kolam ikan di dalam rumah orkid my mum.. memang best..tenang je dan happy aku rasa.bila dengar air pancut dari kolam aku..sambil melihat kehijaun daun orkid my mum..


tadi selepas habis 60 minit kempen earth hour..aku melepak di halaman rumah aku..saja menghidup udara segar selepas hujan petang tadi..nyamannya udara..melepak sambil menghirup air tea o panas (air kegemaran aku)..tenang dan nyaman.. hilang rasa penat dengan beban kerja..dan lupa sekejap segala masalah..tapi sayang lah..sekarang ni..bukan musim orkid berbunga..kalau time berbunga..memang cantik taman orkid my mum ni..penuh dengan bunga orkid yang berbagai bentuk dan warna..


aku ingat lagi..masa aku kecil-kecil dulu..main bola sepak dengan abang dan adik-adik aku..di halam rumah..terpesak bola kuat sikit..kena pokok orkid my mum..hahaha..apa lagi..my mum hambat kami sekeliling rumah..huhuhu..jangan main-main..my mum memang sayang sangat dekat pokok-pokok orkidnya..hehehe

orkid ni senang je nak jaga..tak perlu nak disiram setiap hari..pagi dan petang..macam pokok bunga lain..tapi modalnya agak beasr sedikit la..sebab anak pokoknya sekitar RM10 sepasu..ada yang cecah sampai RM30..


ok lah..itu sahaja la cerita pasal taman orkid my mum..nanti kalau dah berbunga..aku postkan ceruta nya..aku nak tidur..esok ada misi besar nak dilakukan..apa lagi..kemas halaman rumah la..hehehe..itu lah kerja aku di hujung minggu..salam

Saturday, March 28, 2009

Majlis Tilawah Al-Quran ( MTAQ )Daerah Seremban 4

salam pembuka bicara..hehehe..semalam aku ada post story tentang team kompang selawat sekolah aku..yang bertanding siang tadi..tapi aku tak tahu apa keputusannya..

sebenarnya sekarang ni di daerah Seremban sedang berlangsung MTAQ atau nama barunya Karnival Pendidikan Agama Islam Daerah Seremban.. so siang tadi..aku menjalankan tugas aku..sebagai hakim..di salah sebuah sekolah yang menjadi tuan rumah untuk karnival ni..

sekarang ni..untuk daerah seremban sahaja..dah dipecahkan kepada 4 zon..hari ni berlangsung pertandingan untuk daerah Seremban 1 dan 4.. aku telah dilantik menjadi hakim untuk acara seni khat daerah seremban 4 yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang..

nak kata aku ni pandai khat..tak juga..tapi boleh la sikit..setakat asas tulis kaht dan jenis-jenis khat tu..aku tahu la.. sepanjang pertandingan ni dijalankan..memang best jadi hakim untuk acara ni..banyak sangat releks nya..hehehe..apa tak nya..bagi kertas soalan dan kertas khas untuk menulis khat..selepas tu semua hakim relks sambil berborak sehingga masa tamat..selama satu jam setengah..senangkan berbanding menjadi hakim pertandingan lain..hehehe..

ketua hakim sedang meronda melihat peserta

sempat aku snap beberapa gambar semasa pertandingan dijilankan..khusyuk betul budak-budak ni menjawab soalan..macam exam pula..hahaha..mestila tekun..sebab nak pergi ke peringkat negeri pula..mestila nak hasilkan yang terbaik untuk sekolah masing-masing..tapi keputusan hakim adalah muktamad..hehehe

begilah tekunnya mereka..

yang ini pula pembantu hakim..murid dari sekolah ni..2 orang pelajar ni..ditugaskan hanya untuk menjaga masa dan mengedarkan kertas jawapan kepada peserta..dan mengutip semula kertas jawapan untuk dinilai siapa yang menjadi juara..

wajah pembantu hakim yang control ayu..

so begitulah berlangsungnya karnival ni..awal juga habis karnival ni..lebih kurang pukul 12.30..sebelum majlis penutup tadi..para jemaah hakim menerima cenderahati sebagai menghargai tugas yang kami lakukan sepanjang karnival ini..ini lah bentuknya cenderahati yang aku dapat..

sehelai tuala

sekeping sijil penghargaan

minggu depan aku akan menjadi hakim di sekolah lain pula..minggu depan pertandingan untuk daerah seramban 2 dan 3..aku ditugaskan menjadi hakim untuk daerah seremban 2..dan tuan rumahnya Sekolah Menengah Seremban 2..thanks kepada Pejabat Pelajaran Daerah Seremban ( PPDS ) yang sudi melantik aku menjadi hakim..tahun depan boleh lantik aku lagi..daa~~

Friday, March 27, 2009

Team Kompang Selawat Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka

hari ni..hari yang memenatkan aku..terpaksa kejar ke sana dan ke mari..ini semua gara-gara Majlis Tilawah Al-Quran (MTAQ) yang bakal diadakan esok di sekolah aku..selaku tuan rumah bersama dengan SMK Desa Cempaka.. hurm..tapi tak mengapa..dah tugas kena la jalankan jugak..


sebenarnya aku nak story tentang salah satu acara yang akan dipertandingkan semasa MTAQ ni..iaitu kompang selawat..acara ni..baru sahaja diperkenalkan di Negeri Sembilan pada tahun lepas..memang tak banyak sekolah yan
g akan menyertainya..sebab memakan masa yang agak lama untuk latih benda ni..

pada asalnya sekolah aku menghantar aku untuk kursus kehakiman kompang selawat baru-baru ni..so selepas kursus satu hari di PPD Seremban..esoknya aku beritahu la kepada Guru Besar aku tentang benda ni.. pada peringkat awal sebelum cuti sekolah seminggu baru-baru ni..my boss putuskan tak perlu sertai acara ini..disebabkan budak-budak masih tak berapa betul lagi nak palu kompang..

entah macam mana..hari isnin baru ni..boss aku suruh go on kan latihan kompang selawat..perghh..memang gila..seminggu nak latih budak ni..dengan lagu nya pun tak da..hahaha.. so aku dengan guru muzik sekolah aku dan beberapa guru lain..berusaha la untuk jayakan benda ini..memang susah..sebab kompang selawat ni..bukan macam main kompang semasa kenduri kahwin..siap ada formasi lagi..tahu tak formasi tu apa?? formasi=gerakan..

dalam masa seminggu ni..aku dan guru muzik aku..dan guru yang lain..cuba la melatih team kompang selawat ini..berkat dari kesabaran..akhirnya berjaya juga la budak-budak ni..mempersembahkan dengan baik..nak kata perfect tu tak la..sebab berlatih di hujung waktu kan..tapi tak mengapa..boleh try lagi untuk tahun depan..

semasa sebelum rehat

so engkau orang tengok la..punya semangat budak-budak ni berlatih..hehehe..hari terakhir latihan..salah sikit..memang kena marah la ngan jurulatihnya..hehehe..bukan aku sahaja yang marah..boss aku pun marah juga..hahaha..

semasa waktu rehat tahap 1

petang tadi..sempat juga budak-budak ni..bergaya dengan baju yang bakal digunakan untuk pertandingan esok..selepas sesi bergambar..mereka memulakan raptai kali terkahir..semasa raptai ni..tak sempat nak ambil gambar..sebab aku kena siapkan tempat untuk pertandingan esok..

team kompang selawat SKDC

tapi aku agak terkilan sedikit..semasa hari pertandingan esok..aku tak dapat nak saksikan hasil aku dan guru muzik SKDC melatih budak-budak ni..sebab aku kena jadi hakim di sekolah lain..walau macam mana pun..good luck la untuk team kompang selawat SKDC..try your best..

Thursday, March 26, 2009

Jom Join Kempen Earth Hour


salam to all..sorry sebab dah berapa hari tak update blog..biasa laa..cuti dah habis..sekolah pun dah bermula..so memang la tak sempat nak update..faham-faham sahaja la..


ok 28 mac ni..ada satu kempen..kempen earth hour..memang bagus la kempen ni kalau kita join..bukan la aku ni anggota green peace..tapi aku ajak ni sebab aku rasa kan dah jadi tanggungjawab..kan kita semua berpijak di bumi yang sama..dan menjujung langit yang sama..

sekarang ni..memang kita dapat rasakan..kalau cuaca panas..memang seterik-teriknya..dah tak macam dulu lagi..malam pun sama juga panasnya..kadang-kadang bila berjalan di siang hari..rasa macam nak terbakar kulit dibuatnya..

so apa salahnya kita join kempen ini bersama..sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kepanasan global..dan kita pun dapat sama-sama mengurangkan bil elektrik rumah kita..bukan lama pun..selama satu jam sahaja..dari pukul 8.30 malam sampai 9.30 malam..hehehe..


kalau engkau orang nak join..daftar la di laman web nya..http://www.earthhour.org.my..sebagai sokongan kita terhadap kempen ini..selamatkan bumi kita..dan yang paling penting..bersyukur la ke atas nikmat Allah..sebab Dia bagi kita peluang untuk hidup di bumi ini..kalau dah tak ada bumi..dekat mana lagi kita semua nak tinggal??renung-renungkan la ya!!

Sunday, March 22, 2009

Tahniah buat Zarifi dan Farah

salam..sorry coz dah berapa hari tak update blog..bukan apa..cuma aku 2 3 hari lepas..aku busy sikit la..busy tolong sepupu aku..membuat persiapan untuk menyambut menantu sulung nya..atau dengan ayat yang mudah..buat persiapan untuk majlis perkahwinan anak sulungnya..zarifi a.k.a eppy

sebelum majlis perkahwinan ni..macam biasa laa my lovely mum..busy la membuat gubahan n sirih junjung..tap aku mintak maaf..sebab yang kali ini..aku tak sempat nak ambil gambarnya..aku busy buat benda lain..hehehe


sebelum majlis perkahwinan berlangsung di rumah beliau di gedong lalang, petang sabtu (semalam)..ada buat majlis khatam al-quran..majlis khatam al-quran berlangsung setelah semuanya selesai di rumah pihak perempuan..lebih kurang dalam pukul 3 petang..so sempat la aku snap gambar ketika adik si eppy nie khatam quran..


selepas majlis khatam selesai..aku pun balik laa rumah..untuk merehatkan badan setelah penat masak memasak..


pagi tadi (ahad) seawal pukul 8 pagi..aku dah terpacak di rumah abang sepupu aku..untuk memulakan kerja-kerja masak memasak lagi..kali ini..masak memasak untuk kenduri kahwin pula..aku seperti biasa..tugas aku memasak nasi..


selesai sahaja memasak nasi..kerja-kerja menghidangkan makanan atau penaggah dijalankan..tengah syok layan buat kerja..tengok-tengok..pengantin dah sampai..aku pun stop kerja sekejap..dan snap la beberapa gambar si eppy ngan farah ni..merah menyala pengantin..patut laa tak hujan sepanjang kenduri berlangsung..hahaha


beginilah berserinya wajah pengantin baru ni..dah selesai bersanding..anak sepupu aku ni..datang mencari sedara-maranya di dapur..semasa jumpa dengan aku..sempat juga si eppy ni bertanya kat aku.."bila lagi pak teh nak berdua??"..(satu soalan cepu emas untuk aku) hahaha..


ntah laa..aku pun tak taw..bila pula giliran aku..hehehe..tunggu jek laa..sampai masanya..tamat juga zaman bujang aku ni..buat abang sepupu aku..abang ramli..tahniah kerana sudah terima menantu..buat engkau pulak eppy..tahniah sebab berjaya menamatkan zaman bujang..dan ingat laa engkau sekarang dah berdua..