apa yang dicari??

Thursday, March 26, 2009

Jom Join Kempen Earth Hour


salam to all..sorry sebab dah berapa hari tak update blog..biasa laa..cuti dah habis..sekolah pun dah bermula..so memang la tak sempat nak update..faham-faham sahaja la..


ok 28 mac ni..ada satu kempen..kempen earth hour..memang bagus la kempen ni kalau kita join..bukan la aku ni anggota green peace..tapi aku ajak ni sebab aku rasa kan dah jadi tanggungjawab..kan kita semua berpijak di bumi yang sama..dan menjujung langit yang sama..

sekarang ni..memang kita dapat rasakan..kalau cuaca panas..memang seterik-teriknya..dah tak macam dulu lagi..malam pun sama juga panasnya..kadang-kadang bila berjalan di siang hari..rasa macam nak terbakar kulit dibuatnya..

so apa salahnya kita join kempen ini bersama..sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kepanasan global..dan kita pun dapat sama-sama mengurangkan bil elektrik rumah kita..bukan lama pun..selama satu jam sahaja..dari pukul 8.30 malam sampai 9.30 malam..hehehe..


kalau engkau orang nak join..daftar la di laman web nya..http://www.earthhour.org.my..sebagai sokongan kita terhadap kempen ini..selamatkan bumi kita..dan yang paling penting..bersyukur la ke atas nikmat Allah..sebab Dia bagi kita peluang untuk hidup di bumi ini..kalau dah tak ada bumi..dekat mana lagi kita semua nak tinggal??renung-renungkan la ya!!

No comments: