apa yang dicari??

Saturday, March 28, 2009

Majlis Tilawah Al-Quran ( MTAQ )Daerah Seremban 4

salam pembuka bicara..hehehe..semalam aku ada post story tentang team kompang selawat sekolah aku..yang bertanding siang tadi..tapi aku tak tahu apa keputusannya..

sebenarnya sekarang ni di daerah Seremban sedang berlangsung MTAQ atau nama barunya Karnival Pendidikan Agama Islam Daerah Seremban.. so siang tadi..aku menjalankan tugas aku..sebagai hakim..di salah sebuah sekolah yang menjadi tuan rumah untuk karnival ni..

sekarang ni..untuk daerah seremban sahaja..dah dipecahkan kepada 4 zon..hari ni berlangsung pertandingan untuk daerah Seremban 1 dan 4.. aku telah dilantik menjadi hakim untuk acara seni khat daerah seremban 4 yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang..

nak kata aku ni pandai khat..tak juga..tapi boleh la sikit..setakat asas tulis kaht dan jenis-jenis khat tu..aku tahu la.. sepanjang pertandingan ni dijalankan..memang best jadi hakim untuk acara ni..banyak sangat releks nya..hehehe..apa tak nya..bagi kertas soalan dan kertas khas untuk menulis khat..selepas tu semua hakim relks sambil berborak sehingga masa tamat..selama satu jam setengah..senangkan berbanding menjadi hakim pertandingan lain..hehehe..

ketua hakim sedang meronda melihat peserta

sempat aku snap beberapa gambar semasa pertandingan dijilankan..khusyuk betul budak-budak ni menjawab soalan..macam exam pula..hahaha..mestila tekun..sebab nak pergi ke peringkat negeri pula..mestila nak hasilkan yang terbaik untuk sekolah masing-masing..tapi keputusan hakim adalah muktamad..hehehe

begilah tekunnya mereka..

yang ini pula pembantu hakim..murid dari sekolah ni..2 orang pelajar ni..ditugaskan hanya untuk menjaga masa dan mengedarkan kertas jawapan kepada peserta..dan mengutip semula kertas jawapan untuk dinilai siapa yang menjadi juara..

wajah pembantu hakim yang control ayu..

so begitulah berlangsungnya karnival ni..awal juga habis karnival ni..lebih kurang pukul 12.30..sebelum majlis penutup tadi..para jemaah hakim menerima cenderahati sebagai menghargai tugas yang kami lakukan sepanjang karnival ini..ini lah bentuknya cenderahati yang aku dapat..

sehelai tuala

sekeping sijil penghargaan

minggu depan aku akan menjadi hakim di sekolah lain pula..minggu depan pertandingan untuk daerah seramban 2 dan 3..aku ditugaskan menjadi hakim untuk daerah seremban 2..dan tuan rumahnya Sekolah Menengah Seremban 2..thanks kepada Pejabat Pelajaran Daerah Seremban ( PPDS ) yang sudi melantik aku menjadi hakim..tahun depan boleh lantik aku lagi..daa~~

No comments: