apa yang dicari??

Sunday, May 17, 2009

terima kasih cikgu

ketua kelas : semua bangun..assalamualaikum cikgu..
murid-murid : assalamualaikum cikgu..
cikgu : wa'alaikumussalam..ok bediri dengan tegak..dan tadah tangan..kita mulakan bacaan doa..

tentu korang semua masih ingat benda ini kan..rutin seharian di sekolah dulu..semua orang..aku yakin dan percaya..mesti pernah melalui semua ini..sampaikan dato' seri najib pun..pernah lalui benda ni..cuma mungkin ayatnya berbeza..ada yang dalam bahasa melayu..atau bahasa inggeris..mahupun dalam apa jua bahasa..

korang mesti lagi ingatkan..betapa besarnya jasa seorang manusia yang dipanggil GURU ataupun CIKGU..inilah orang yang penting dalam hidup kita..selepas ibu dan bapa kita..di sekolah merekalah yang menggantikan ibu dan bapa kita..

insan yang bergelar GURU atau CIKGU ini..tak pernah kenal erti jemu..mendidik dan mengajar kita dengan pelbagai ilmu..ya..dengan ilmu itulah kita gunakan pada masa sekarang...

walaupun sekarang ini..aku tergolong dalam golongan ini..aku juga tidak pernah lupa pada jasa-jasa guru-guruku yang pernah mengajar dan mendidik aku selama ini..tanpa mereka..sudah pasti..aku tidak akan berada di tahap ini sekarang..

kepada semua guru di malaysia..aku ucapkan Selamat Hari Guru..segala jasa dan pengorbanan mu..akan ku kenang hingga ke akhir hayat ku..buat guru-guruku yang telah kembli ke Rahmatullah..ku hadiahkan mu dengan AL-FATIHAH..

dan kepada semua guru-guru yang masih lagi berkhidmat..jalankan tugas dan amanah..dengan sepenuh hati dan ikhlas..Semoga Allah memberkati hidup kalian..

TERIMA KASIH CIKGU!!!


2 comments:

♥ cik intanurulfateha ♥ said...

.abg!
.samat ari guru :)

ReeN said...

hmm...nk komen ape yek?ngee~