apa yang dicari??

Monday, June 15, 2009

hari pertama selepas cuti yang tak best

salam..back to school to semua cikgu dan murid sekolah..hehehe..hari ini merupakan hari persekolahan pertama bagi sesi ke-2/2009..memang jadual tidur aku berubah..kena bangun awal semula..seawal pukul 5.30 pagi..

semua itu aku tak kisah..tapi yang aku kisahkan..peristiwa petang tadi..selepas tamat sesi persekolahan..kira petang la eh..lebih kurang pukul 1.30 petang..kami warga SKDC dipanggil ke satu mesyuarat tergempar..mesyuarat ini diadakan untuk memberitahu kepada semua guru..bahawa sekolah akan dipantau oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan..secara berkelompok pada hari rabu ini..17 Jun 2009..

hahaha..sungguh menakjubkan..mood cuti tak hilang lagi..dah kena pantau pulak..dah la next week ada Canang dan exam pertengahan tahun..orang sibuk nak selesaikan soalan-soalan exam..masa tu pula dia nak datang..huhuhu..

habis menggelupur semua cikgu dibuatnya..termasuk la aku..yang sekarang ini tengah mengupdate sistem fail..huhuhu..padan muka aku..siapa suruh tak update masa cuti hari tu kan..wakakka..tensionnya la..hari pertama kerja selepas cuti..dapat berita macam ni..

apa nak buat..dah nasib..terima sahaja la..ok la..aku nak sambung update fail aku..lagi jumpa..salam

No comments: